Dedicated to Sham, sempena share kat FB pasal
'Kes HANI si caller HOT.FM pagi ni mmg hot....aduhai..ada gak pompuan mcm ni..
die nk buat HARI POLIGAMI....so die boleh kahwin dgn bf die @ somi org tanpa tnda tgn wife...
dah 2 thun die tnggu'
'sbb die belum rasa lg..bile die dh kawen nt, pastu laki die tetibe bgtau nak kawen pompan lain, mase tu baru die tau langit ni tinggi ke rendah..karma..biar Allah je yg balas..mintak2 la bini lelaki tu tabah, tenang, byk2 doa pd Allah..aku nk doakan die jgk semoga rumahtangga die selamat dunia akhirat..xsilap aku ada doa utk suami kite..nt aku update kat blog ye sham..hehee..'
Memang banyak kes macam ni sekrang. Bila bersembang ngan kawan-kawan mesti
ada je cerita pasal ahli keluarga atau kawan-kawan diorang yang terkena kes camni.
Pompan lain rampas suami diorang dan suami sanggup nak lepaskan keluarga tercinta.
Bila tanya suami kenapa tetibe nak kahwin lain, dah tersuka, tersayang, terbercinta,
pastu takkan boleh lupakan, dan nak jugak jadikan isteri, katanya.
Ada yang baru kahwin 3 bulan, dah diceraikan. Anak dua, umur baru 26tahun cantik bergaya kerjaya lawyer pun diceraikan jugak. Dah kahwin 25 tahun pun ada yang diceraikan jugak semata-mata nak hidup dengan pompan baru yang tak tahu mana asal usulnya.
Sanggup suami pilih orang baru yang die kenal berbanding isteri yang bersusah senang denganya sehingga melahirkan zuriat yang sepatutnya dijaga dengan baik sebab itulah
harta dunia akhirat kita. Alasan, isteri taknak dimadukan pastu minta diceraikan.
Pompan mana yang sanggup berkongsi kasih dengan orang lain??
Walau dijanjikan payung emas, tapi hidup makan hati sedih sentiasa mengenangkan suami dalam dakapan orang lain, itu bukan mudah. Na'uzubillah. Ya Allah minta dijauhkanlah.
Pastu ada terbaca satu blog yang cerita pasal kes ni jugak.
Kakak tu bagi tips nak elakkan dugaan yang macam ni. Ada doa yang boleh kita bacakan setiap kali suami keluar rumah pergi kerja atau urusan lain.
Doa ni untuk keselamatan suami dari kemalangan, dugaan wanita lain, dan sebagainyalah.
Kalau bukan pada Allah, pada siapa lagi kita nak minta tolong kan. Hanya Allah.
Sesunggunya hati itu kepunyaan Allah. Allah boleh membolak balikkan hati hambaNya semudah kita membalikkan telapak tangan. So kita doakanlah semoga suami berubah hati untuk kekal setia. Semoga juga sesiapa yang mencintai suami kita dengan niat nak merampasnya, berubah hati dan sedar akan perbuatannya. Insyaallah.
'Ya Allah, limpahkan rahmatmu kurniaanmu, rezekimu yang halal lagi diberkati,kekayaanmu, kesihatan yang baik, kebahagiaan dunia akhirat dan kurniakan syurgamu buat suamiku. Ya Allah, lindungilah suamiku dari pandangan mata yang jahat, dari kejahatan & kezaliman manusia,dari fitnah kecil dan besar, dari kecelakaan dan kemalangan sepanjang pergi dan pulang, dan lindungilah aib dan kemaluan suamiku dari zina dan maksiat ya Allah-amin..'
4 comments:
thumbs up!
utk peringstan & amalan bersama...
ok...aku nak share byk doa lg sham..usaha kita utk fight for our love~!!
Mohon share doa tu
Fighting for love!!!!!!!!!!!!!!!!!
Gambatte ne!!!!!!!!!!!
Moga kasih sayang antara adik-adik akak ni kekal & terus subur sampai ke syurga!
Post a Comment