Monday, January 21, 2013

Bubur Nasi Berlauk


Sangat suka makan bubur ayam dengan lauk.
Teringat masa tengah boyot dulu pernah teringin nak makan bubur berlauk 
tapi taknak masak. Nak yang beli jugak.
Lantas suaminya pun pergi la belikan semangkuk bubur dan seco'et lauk.
Seco'et tu ialah 3 helai cendawan putih dan 2 keping ikan masin nipis.

Makcik : 7 dik.
Ish : Hah?
Makcik: 7 ringgit.
Ish : ??? 7 hengget???

Buburnya tu memang rasa macam nasi + air semata-mata. Lauk tu dapat la dalam 3-4 sudu.
Dah la bubur sikit, lauk pun sikit. Terkulat-kulat mak buyung makan. Buat sakit hati je.

Ish : This is the first and last time. Cepat la kau kaya makcik tapi tak berkat kot.puiiih.
Kuang aja betul berniaga camni. Apa la yang nak charge mahal sangat?
Gerai tepi jalan je. Setakat cendawan 3 helai ngan ikan masin tu mahal sangat ke?

Since then Ish terus blacklist makcik tu dan tak bagi beli yang bukan-bukan camtu.
Maka kalau teringin, masak je sendiri. Bukan susah pun. 
Bubur ayam je. Bukan ayam penyet (pernah try buat ayam penyet, fail sambal)
A'ah memang tak susah. Senang je. Lauk pun senang sangat. Campak-campak je.
Ini lah favourite dari zaman kekecik dulu.


Ni bubur ayam biasa.
Lauk tu ikan masin nipis rangup + ikan bilis rangup + kentang + cendawan + cili padi + 
sos tiram + kicap manis + bawang banyak-banyak.

Natijahnya: masing-masing makan bertambah dua mangkuk.
Yums! Perut kenyang, hati senang. 

1 comment:

Puan Ira said...

so mahal..buat sendiri lg best..