Baginda Rasulullah
s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Alhamdulillah. Masih
boleh menahan sabar. Walaupun Allysha tengah sangat suka setiap hari mensepahkan
barang, tuang susu dan segala jenis liquid yang dia jumpa, korek make up mommy,
tuang bedak kat lantai, keluarkan semua baju dari almari sampai hari-hari pun
kena lipat semula, conteng bedsheet, panjat sana sini, amik bantal dan tidur
kat verandah sebab nak temankan cats, keluarkan segala tupperware dan pinggan
dalam cabinet, apa orang nak buat semua dia nak buat, menjerit berguling kalau
tak dapat, mengamuk kalau nampak orang nak keluar rumah, main air kat toilet
senyap-senyap sampai basah lencun dan macam-macam lagilah yang boleh
menyebabkan tetibe naik darah dan bakal menjadikan dia mangsa penderaan kalau
tak sabar haha.
Syukur as at today masih
bertahan dan senyum je tengok budak baik tu buat keje dia. Belum pernah
terpukul atau tercakap bukan-bukan lagi rasanya. Lebih kepada rayuan kalau dah
tak tahan sangat ‘ Allysha..Please lah. Jangan
la buat sepah pastu mengamuk camni. Cha kan dah besar, dah tau, dah pandai. Cha
kan dah faham kan. Mommy penat la sayang. Please cha..Cha good girl kan..’ sambil
peluk dia dan harap dia faham, walaupun dia memang tak faham dan wat dek je.
Tapi tu jela yang mampu. Hehe. Takpelah. That is the way she learns and express
her feeling. Semoga Allah terus bantu mommy untuk sentiasa jadi penyabar dan
cool. Kan azam 2013 pun nak maintain coolness in everything kan. Cewah! eh, InshaAllah ; )
Ni tengah memujuk Allysha duduk dan main kat seat belakang.
Pandai dia buat manja camtu supaya orang kesian tau!
1 comment:
last2 nati elica akan cakap siam lepas ko membebel..heee
Post a Comment