There was an error in this gadget

Tuesday, January 15, 2013

Dating Tengah Malam


" Kadang2 kita terbangun awal, kita cadang nak bangun 5.00 pagi.
Tapi Allah kejut kita pukul 1.30 pagi. Kita tengok2 jam masa tu baru pukul 1.30 pagi. 
Masa tu terdetik dalam hati kita, “em, awal lagi la, tidur dulu lah pukul 5 pagi nanti la baru bangun”, tapi rupa-rupanya nak bangun pukul 5.00 pagi tu pun liat jugak.

Tahu tak sebab apa? Sebab kita rasa perancangan kita lebih baik. 
Walhal kalau waktu tu kita bersangka baik dengan Allah, walaupun Allah kejut kita pukul 1.30 pagi, mungkin masa tu la sebenarnya waktu yang paling mustajab dan doa kita dimakbulkan oleh Allah

Soo..apa kata kita tak payah set nak bangun pukul berapa 
tapi berdoalah pada Allah, “Ya Allah, masa doa paling mustajab malam ini Engkau kejutlah aku.” Kalau awal Allah bangunkan kita, syukur dan raikan, 
layanlah baik-baik panggilan dari Allah. Kasihnya Allah pada kita kan :) "


What do you think?

Benda paling susah ialah nak berlawan dengan diri sendiri.
Your biggest enemy is yourself bak kata omputeh. M.A.L.A.S.
Ye memang selalu terjaga malam kan, tapi aku lebih rela terkebil-kebil daripada bangun pergi amik wudhu' solat tahajjud solat taubat solat hajat mengadu dengan Allah mengaji etc. Lagi teruk, bila terjaga dan tak boleh tidur, lebih rela amik handphone ngadap fb yang takde pape tu. Bila dah boring, tidur balik. Aiyo!

Tapi sejak ada Aisy, tengah training untuk lawan M.A.L.A.S tu.
Berusaha nak lawan nates yang kata daripada gi amik wudhu baik layan youtube. Cis!
Sebelum tidur jangan lupa niat, kalau Allah kejutkan aku nanti (untung sapa yang ada baby sebab mesti akan terjaga bila anak nak menyusu) aku nak bangun solat. Ala 5 minit je. Bukan lama pun. Lagipun kita berdoa untuk diri sendiri dan kebaikan lain jugak kan.

Base on my experience, memang Allah akan kejutkan kalau kita niat nak bangun. 
Tak payah set alarm. Mesti akan terjaga punya. Kadang-kadang pukul 3 pagi, kadang-kadang 1.30 pagi, kadang-kadang 2 pagi. Tapiiiiii..kita kena terus bangun la. Jangan berlengah.
Teringat member sorang ni, uyun, cakap dia pakai jam psycology je. Tak set alarm pun. Sebelum tidur tu niat la nak bangun kul bape. InshaAllah mesti terjaga sendiri punyalah.

Bila dah berjaya solat tengah malam kan, akan rasa satu feeling yang best sangat.
Rasa tenang dan seronok tetiba. Tenang sebab dan mengadu dan berdoa pada yang sepatutnya. Seronok sebab berjaya lawan si malas. Best je tidur balik. 
Sungguh menggamit kedamaian yang susah nak di explain.

Ada orang kata kalau dah terrrrlampau malas sangat nak bangun kan, tapi bila terjaga, 
amik la kesempatan untuk berdoa sekejap. Sebab memang mungkin itu waktu yang Allah panggil kita dan yang paling mustajab untuk kita memohon sesuatu. Gituu..

Oh lupa nak share tips nak senang bangun tengah malam ni selain dari niat sebelum tidur.
TIDUR AWAL. 
Bila kita cukup tidur 1/3 malam, memang tak liat sangat nak bangun 2/3 malam.
Pastu aku suka biar sejadah terbentang dengan telekung atasnya. Ni kengkonon memang get ready sangat lah confirm nak bangun jap lagi. And it works. 
Selamat mencubaaaa!


#Ni kang ada la kata aku cam ustazah norbahiyah lagi ni kang.
Ala, kita kadang-kadang angelina jolie, kadang-kadang katy perry, kadang-kadang nigella lawson, kadang-kadang norbahiyah..hewhewhew..

No comments: