There was an error in this gadget

Wednesday, January 02, 2013

Perkara Sadis


Salah satu yang aku tak boleh blah dengan diri sendiri ialah susah nak melupakan perkara sadis yang aku tahu/baca/tengok di siang hari. I couldn’t easily handle anything touched my heart.

Kes 1-
Ain: Adila cuba ko google Junko Furuta. Kesiaannn..Aku malas nak cerita. Sedih. Ko baca aa sendiri. Kesian woo.. (dengan gaya rocknya)

Natijah: Tak boleh tidur malam selama 2minggu. Teringat-ingat, terbayang-bayang kisah Junko. Walaupun hanya baca dan tengok beberapa gambar saja, cukup untuk buat aku trauma dan gelisah. Trauma as if aku kenal Junko walhal benda tu dah berpuluh tahun terjadi. Kat Jepun pulak tu. Patut la mak Junko jadi sewel. Kuaja nye Yakuza!

Kes 2-
Pompans office: Wey sape dah tengok video budak kena dera tu? Baby lagi tuu..Mak dia sepak dia henyak dia ngan bantal! Dasyat betul la mak dia tu! Binatang pun sayang anak tau. Tengok la wey tengok la..Kesiannn..

Natijah: Tak boleh tidur seminggu. Terbayang-bayang perasaan baby tu kena belasah.Nak aje masuk pintu doraemon untuk pergi amik baby tu dan peluk dia masa dia tengah terkapai-kapai ditolak mak dia. Sedih. Peluk cium allysha ketat-ketat.

Kes 3-
Metro: Seorang wanita dirogol bergilir-gilir oleh perompak-perompak yang menceroboh bilik tidurnya di hadapan suami, ibu bapa, dan anak-anak.

Natijah: Tak boleh tidur 2 minggu. Trauma sehingga kunci pintu bilik most of the time. Bila dengar orang bukak pintu atau bunyi pape la tengah-tengah malam, aku cepat terkejut dan berdebar-debar. Selalu plan akan lari terjun tingkap kalau tetiba ada stranger dalam murah.

Malam tadi juga aku tak boleh tidur. Boleh teka apa perkara sadis yang mengjembalangi fikiran aku? 

Cite Zaiton Sameon. Haihhh..(satu malam sudah lah ye)


No comments: