There was an error in this gadget

Tuesday, January 22, 2013

Gosok gigi dengan..


Perbualan suami isteri.

Me: Ish..nak tau tak? Tadi kan ya bosok gigi kan, ya gosok la camni camni camni atas bawah luar dalam depan belakang kan.. (sambil menggayakan semula cara orang gosok gigi bersungguh-sungguh laju-laju sampai terpejam mata)

Ish: Haaa..ok..?? (sambil dahi berkerut mungkin tertanya-tanya pehal dia ni cite pasal gosok gigi tetibe nih?)

Me: Pastu kan..bila ya nak kumur kan, baru ya perasan apsal takde rasa mint..

Ish: Haaa..kenapa? (dahi tambah berkerut)

Me: Pastu kan..pelik la sebab dah la takde rasa mint pastu cam banyak sangat bubble pulak.

Ish: Haaa..kenapa sebenarnya? (dah pandang tempat lain sambung main psp mungkin malas nak dengar sebab lambat sangat aku straight to the point)

Me: Rupa-rupanya kan..ya kan..bukan letak toothpaste..tapi ya terletak facial foam..

Ish: Hahhh??!! (mata terbeliak dan tersengih) Hahahhahaha! Heeee..Ok pas ni confirm gigi takde jerawat dan makin putih. Hahhahahha..Camne la mommy niii..Apa rasa dia?

Me: Payau la. pfffttt!

Ye..memang semalam gosok gigi pakai facial foam rupanya. Camne la dah siap gosok gigi beria baru tersedar yang rasanya payau, pastu buih terlbih-lebih macam shampoo..hmm..



No comments: