Salah satu azam 2013 ialah nak bangun awal setiap pagi dan
uruskan anak-anak dan suami (suami pun?) dengan sebaik mungkin sebelum pergi
kerja secara cool.
Tadi agak berjaya. Bangun pukul 5.30 pagi dan mula pump susu
Aisy. Dapat la 5oz.
Pastu iron baju suami dan diri sendiri. Pastu tukar diaper
Aisy dan bf dia.
Pastu gi mandi dan solat. Pastu bersiap dan main-main dengan
Aisy.
Pukul 6.45 baru suami bangun. Pukul 7.15 suami tak siap
lagi. Sempatlah kemas bilik, bf, dodoi dan tidurkan Aisy. Terus pergi dapur
dengan Cica yang sebok nak mommy dukung. Bukak fridge dan kuakan barang masak.
Kelentang kelentung, siap tapaw breakfast suami.
Pukul 7.30 turun bawah gi warm up motor. Sambil tunggu
sempat touch up make up. Neighbours memang dah biasa tengok aku makeup kat
bawah. Pukul 7.45 baru suami turun dan gerak dari rumah. Berjaya
mengekalkan coolness dengan sampai office pukul 8.00 pagi.
Semoga esok lusa tulat dan seterusnya dapat menjalankan
tanggungjawab sebagai mak, isteri, staff dengan sebaik mungkin. Yang penting
mahu jadi lebih penyabar dan cool dalam apa saja perkara. Kalau orang tak appreciate tak pe. Mungkin
dapat kutip butir pahala. InshaAllah.
1 comment:
nak jgk recipe roti yg sgt sedap! sedap sehingga menjilat jari...!!
Post a Comment