Monday, October 29, 2012

Lesson of the day..


LISTEN TO YOUR HEART.

and sometimes..you also need to..

LISTEN TO YOUR MOM / MIL's HEART!

Salah satu kelebihan wanita yang Allah kurniakan ialah,
gerak hati / instinct yang kuat..Especially jika anda seorang isteri dan ibu..

Bila tetiba mak/mak mertua anda menyuarakan sesuatu perkara,
jangan la amik enteng. Sila fikirkan dan buat sesuatu.

Bagi kes aku yang kekadang buta hati, aku bersyukur ada mak dan mama yang selalu mengingatkan dan tolong fikir jalan penyelesaian *ye aku selalu bodoh*

#Ya Allah panjangkanlah umur kedua ibu tercintaku. 
Jadikanlah aku setabah mereka berdua hingga ke hujung nyawaku. 
Amin..

Sedihnya Jadi Julia

updated via hp saje..

Tertengok Julia tadi. Takde la follow sangat. Tapi episod tadi berjaya membuatkan aku sebak sampai bergenang air mata. Coverline duduk kat hujung skali sambil bf aisy. Kalau ish nampak sure sampai habis cite julia die gelakkan aku.

Mana tak sedih..Dah la tengah pregnant, dah takde husband (memang baik takde, daripada anak beranak menyakitkan hati cam family si azwan tu). Di saat memerlukan support, family dicintai  pulak dijemput Ilahi. Tengah tersadai bersedih, tetibe hilang job pulak. Ya Allah besarnya dugaan..Sedih gile ok tengok Julia nangis terduduk teresak-esak cenggitu. Kesian Julia. Kesian baby Julia..

Yela memang ni drama je. Tapi tak mustahil pernah terjadi pada hamba Allah. Tetibe rasa sangat insaf. Aku banyak complaint. Banyak merungut. Walhal aku sepatutnya bersyukur. Masih ada suami. Ada anak-anak. Masih ada mak abah ucu mama sdare mara kawan-kawan baik. Masih ada kerja. Masih cukup segalanya walaupun sederhana..Subhanallah..

Allah ada cakap dalam AQ bahawa harta dan anak-anak adalah pinjaman. Jika masih ada, bersyukurlah..Dalam buku La Tahzan pun ada mention jika anda masih ada tempat berteduh, sesuap nasi dan seteguk air, maka tiada sebab untuk anda bersedih.

Tapi aku tak, ada masalah sket, dan sedih. Diuji sket, da down gile. Walhal ada hamba Allah lain yang lagi kesian daripada aku. Astragfirullah..So Adila, bersyukurlah...

My Baby Girl's Interest

Make up.






Dah la banyak hilang. 
80% dah hilang ntah kemana.
Apa yang tinggal tu pun dia nak bawak lari.
Allysha..Allysha..

30 Days To Do List


Untuk mengelakkan terus rasa malas dan leka duduk rumah dengan tak membuat apa-apa selama 60 hari, maka to-d0-list ini adalah perlu sebagai reference supaya tidak out-of-track dan terus lena diulit intan di siang hari.

So mulai hari ini..eh ni dah petang..mulai hari esok lah..saya perlu..

Buat EBM stock : Target sehari mesti dapat simpan at least 6oz. Bukan tak boleh usahakan lebih, tapi sebab xde extra fridge dan freezer rumah ni sentiasa full, banyak mana sangat la stock yang boleh disimpan kan? Mungkin perlu tumpang fridge rumah emak juga. Baiklah. So far susu banyak sampai kekadang memancut dan Aisy tersedak terbatuk bila minum. Alhamdulillah. Hanya perlu kerajinan yang hakiki dari diri sendiri untuk mengepam di mana itu adalah perkara paling memboringkan pada masa ini..

Practice Aisy berjaga siang dan tidur malam : Hah kau. Ni penting ni. Taknak la mommy gi keje mata cam panda. Or even worse cam zombie. Maka, mulai hari ini, kena paksa Aisy bukak mata dan jangan tidur sangat waktu siang supaya malam dia mengantuk dan tidur nyenyak cam mommy jugak. Please Aisy, help mommy for this sayang..

Bawak Aisy pergi inject dan khatan : Seronok sangat tidur siang tengok tv duduk rumah, sampai lupa perkara penting.Maka perlu masuk dalam list. ASAP!

Cari baju : Baru kemas wardrobe. Setelah dibungkus baju-baju masa pregnant yang takkan dipakai lagi dah dalam masa 5 tahun ni (yela tu kau Adila..tetengok next year mengandung lagi hahha), apa yang tinggal hanyalah 3 helai baju kurung. What? Mana yang lain. Baju jenjalan pun banyak MIA. Baru teringat semua dah hantar balik Rawang sebab tak muat pakai masa pregnant. Bila dah sampai sana, haruslah Ika dah rembat beberapa helai kan. I know you read this ika. Sila pulangkan! Muahah! Oh malasnyaaaa nak cari balik bebaju yang tak tahu kat mana ku humbankan. Bawah katil agaknya. Mungkin perlu juga menempah baju kurung baru dan membeli beberapa baju casual lain supaya bersemangat memulakan kerja (alasan tak sabar nak shopping)

Cari kasut : Same goes with all my shoes. Wedges, heels, entah kemana. Yang nampak hanyalah selipar jepun. Walhal elok elok belaka. Mungkin ada kat boot kete, bawah seat, kat shoe rack mama, shoe rack mak, bilik rumah Rawang, atas almari dan bawah katil. Eh bersepahnya. Patutla laki aku bising. Ok ok akan mula mengumpul semula semua kasut di satu tempat saja supaya senang pilih nak pakai yang mana bila dah start keje nanti.

Cari make up : Masa belum bersalin, beg make up gemok sampai tak muat zip. Sekarang dah leper yang tinggal hanyalah mascara beku, eyeliner patah, dan compact powder yang pecah.  Mane pergi eye shadow, blusher, brushes, lipstick etc?? Ini sume kerja Allysha! Nak cari celah mana bebenda kecik tuuu? Tapi rasa macam dah lama tak beli make up. So need to spend money on it. Hadoii..Takpelah. Skali skala.

Baca buku : Gatai sangat beli buku tetebal sampai 6 bijik kengkonon nak baca masa tengah cuti ni. Tapi dah 30 hari berlalu, 1 buku pun tak khatam lagi. So akan cuba habiskan at least 3 buku supaya impian nak jadikan ini sebagai hobi dengan azam 1 bulan 3 buku termakbul. (agak mustahil ada hobi mulia camni. Tapi akan cuba supaya dapat jadi contoh kepada anak-anak)

Practice routine bila dah start keje nanti : Dah terbiasa bangun lambat dengan alasan sebab tidur lambat. Bila nak keje nanti mesti liat. So perlu practice 2 minggu sebelum start keje. Seterika baju keje, mandi subuh, mandi/salinkan anak2, breakfast awal, siapkan bekal Ish, itu ini begitu begini. Yang penting, takleh tidur siang lagi!

Wah banyaknye! Ni pun ade lagi yang tak teringat ni. Ape lagi ek? Takpe. Bila ingat nanti, akan edit entry ini. Eh ok la. Nak pump susu dan kejutkan Aisy (kononnnnn walhal ada rasa cam nak nap) Bye!

Monday Blues

Tertengok time and date kat laptop.

2.14 PM
29/10/2012
..........

What?? Today is already 29th October?? Seriously??
That means..Aisy is already 1 month old..Woooo..anak mommy dah besar! Yippie!
Tapi macam seswatu lah..Something missing..Ape die ek? Ermm..Hmmm..

Ow em jaayyyy..Mommy forgot Aisy's 1st clinic appointment!!
Ok..terbukti betapa leka dan seronoknya aku duk kat rumah sampai tak sedar dah sebulan masa berlalu.. Ha? Dah sebulan? Dah sebulan dah ke? Betul ke?
Kalau dah sebulan, maknanya cuti ada sebulan je lagi..Sebulan je lagi??
Pastu? Pasni dah kena keje ke? Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Tetibe mood down di petang isnin.
MONDAY BLUES. 

hmm..apa nak buat dengan cuti lagi 30 hari yang bakal berlalu dengan cepat ni ye?
*start buat to-do-list*

Like fathers, like daughter and son

The whooleeee family's favorite pics.


Memang anak bapaaakkk..
Like fathers, like daughter and son.
Hahah!


Wednesday, October 24, 2012

Penyusuan Eksklusif Sehingga 6 Bulan


Mampukah? Masa Allysha dulu, berjaya! Tapi Aisy..hmm..
Aisy banyak menyusu. Tapi banyak jugak muntah.
Pastu bila nak muntah, mesti merengek, menangis.
MIL panic, suh bagi makan nestum. Allaaaa..ni yang lemah niii..
Bagi air kosong pun doctor kata tak boleh, apetah lagi nak bagi nestum.
Never thought that 1 day i'll face this kind of dilemma.
Kenapa mak-mak, makcik-makcik ramai camtu?


  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang mencari-cari sesuatu
  • Anggapan bahawa bayi lapar
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali. Malah, bayi di bawah umur 6 bulan belum sesuai diberi sebarang makanan kerana:

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?


2. Masalah kesihatan jangka masa panjang

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?


3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa RasulullahSAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.
Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.
Source : http://mysuperkids.net


Friday, October 19, 2012

Baby Aisy Kerap Muntah Lepas Menyusu


Betul la kata orang, lain baby lain experience. Dari dalam perut lagi.
Teringat masa pregnant Allysha dulu, mual muntah pening tak larat sampai bulan ke 5.
Masa tu ramai cakap 'Takpe..kalau dah susah awal2, nanti nak bersalin senang..'
Time Aisy pulak, langsung takde simptom preggo. 9 bulan, rilex je.
Ada jugak terfikir, 'Aik, takde masalah time pregnant, nanti nak bersalin susah ke?Alaa..'
Alhamdulillah, proses bersalin Aisy lagi cepat dari kakak.

Dugaannya lepas lahir la pulak. Baby Aisy G6PD. 
Kena monitor lebih dari biasa sebab senang kena jaundice. Nasib baik tak. 
Tapi, baby Aisy kerap muntah. Sangat banyak. Banyak yang sangat.
Muntah sampai kena salin baju sehari 6 kali. Pastu bantal, tilam, memang lencun.
Tak ke risau..Risau sangat okeh. Pernah tanya doctor masa warded dulu.
Dia suruh make sure Aisy burp. Ok..memang akan diburpkan. Tapi Aisy muntah jugak.

Bila tanya Mak ngan Mama, cakap Aisy kembung.
Tapi walaupun dah tuam, Aisy tetap kerap muntah. Membak-buak.
Tanya Makcik Bidan, pun dia suruh tuam jugak. Tuam la banyak mana pun, Aisy tetap muntah. Kalau sikit meleleh takpe, ni menyembur. Panic dibuatnya.
Sampai Mommy Papa Opah Mama risau sangat kat Aisy.

Teringat nak google pasal ni semalam. Dan terjumpa ini.

Muntah Yang Kuat

Ada kalanya seseorang bayi muntah dengan kuat sehingga muntahnya terluah jauh. Sekiranya bayi anda berkeadaan begini pada 2 penyusuan berturut-turut, segera bawa bayi anda ke hospital atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Punca dia mengeluarkan sebahagian besar penyusuannya diekori oleh sendawa angin yang banyak setiap kali penyusuan dan dia kelihatan sentiasa lapar, bayi anda mungkin mengalami suatu keadaan yang dipanggil pilorik stenosis, masalah usus (saluran usus terhalang).

Masalah ini sering dikaitkan dengan keturunan dan biasa menulari bayi ketika berusia 2 hingga 8 minggu. Sekiranya bayi anda mengalami keadaan ini dia memerlukan pembedahan kecil.


Cukup untuk buat Mommy Papa mengglabah pukul 11 malam.
Papa ajak pergi hospital terus. Sebab simptom memang sama ngan Aisy.
Dia menyusu banyak tapi asyik muntah menjeluak je sampai lencun.
Ya Allah risau teramat sangat bila terbaca banyak article menakutkan.
Paling dikesalkan, dah masuk 20 hari baru nak goggle dan nak refer hospital.

So pukul 11.45 malam tadi sampai hospital.
Patient tak ramai tapi tunggu turn sampai dekat 2 jam.
Kul 1.30 pagi baru dapat masuk bilik doctor. Doctor interview dan check Aisy.
Tunggu 10 minit. Sangat nervous masa nih. Ini jawapan dia.

'Ok, parents don't have to worry. Saya dah discuss dengan boss, baby ok sebenarnya.
Sebab baby gain weight. 20 days dah 5kg (surprised!).
Kalau berat dia kurang, baru la kena risau sebab mungkin ada masalah lain.
Lagipun baby tak pucat, bernafas dengan baik, air kecil air besar pun normal.
Baby muntah tu sebab dia overfed. Banyak sangat dia menyusu ni.
Baby memang sentiasa nak susu je. Tapi size perut tu cuma besar coin 5 posen.
Tak boleh nak tampung susu yang banyak. Sebab dia termuntah. Normal.
So kena control lah. Jangan bagi kerap. Sepatutnya baby menyusu 1-2 jam sekali je.
Baby menangis pun tak semestinya nak susu. Mungkin dia terkejut ke, nak bau ibu ke.
So cuba cara lain untuk tenangkan dia sebelum bagi susu k..Dont worry..'

Syukur..Lega sangat..
Memang ye. Mommy kerap menyusukan Aisy. Aisy merengek je terus bagi nenen.
Lagipun dah terbiasa kat ward dulu doctor dan nurse selalu pesan kena kerap menyusu baby untuk elak jaundice atau masalah lain. Breast milk is the king of all medicine for baby.
Ok, ok..understood. Kena bagi susu ikut keperluan dia saja ye..

Hari ni try kurangkan breastfeed. Sejam sekali. Bila Aisy nangis walhal baru pas menyusu, 
mommy dodoi-dodoi dia dulu. Buat apa yang patut supaya dia tertidur balik. 
Mommy siap beli rocker baru untuk Aisy. Bila Aisy tidur atas rocker, 
kepala Aisy lebih tinggi dari perut, so boleh kurangkan possibility termuntah.



Alhamdulillah. Hari ni Aisy muntah 2 kali je. Before this sehari lebih 10 kali.
Haaa.. Tukar baju pun 3 kali je. Pheww..lega..




Baby Yang Siang Mengantuk Malam Berjaga


Tah pape ntah tajuk.
Ye, siang mengantuk, malam berjaga.
That is Baby Aisy.

Aisy sleep soundly in daytime.
Buuuutttt..ehek ehek eheekkkkkk and cry in the middle of night.
11pm-3am / 12am-4am / 2am-6am / 3am-5am...
Mommy dah macam zombie.

Dah siap salin diaper, salin baju, bf, dodoi, baca doa, tuam perut, etc pun nangis jugak.
Mommy tried everything that thought to calm down Aisy every night.
Agak stress tapi kena sabar dan layan je. Opah kata mommy dulu pun camtu jugak.
Ohhh besarnya pengorbanan ibu. Baru faham maksud sebenar.



Tuesday, October 16, 2012

Doa Kasih Sayang : Surah Al Baqarah Ayat 165

Ini tips dari ibu mertua tercinta.
Sebab aku sangat kagum dengan kasih sayang dan kesetiaan papa ngan mama 
yang bersama sehingga ke akhir hayat ketika susah senang.
So mama share this with me.

Bacakan ayat ini, dan tiupkan ke ubun-ubun dan dahi suami/isteri/anak-anak/saudara mara/sahabat untuk mewujudkan perasaan kasih dan sayang sesama insan.


(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)

Insyaallah..Hanya pada Allah kita sepatutnya bermohon.
Thanks mama!Love u!

Doa Buat Suami Setiap Kali Keluar Rumah


Dedicated to Sham, sempena share kat FB pasal 
 'Kes HANI si caller HOT.FM pagi ni mmg hot....aduhai..ada gak pompuan mcm ni..
die nk buat HARI POLIGAMI....so die boleh kahwin dgn bf die @ somi org tanpa tnda tgn wife...
dah 2 thun die tnggu'



'sbb die belum rasa lg..bile die dh kawen nt, pastu laki die tetibe bgtau nak kawen pompan lain, mase tu baru die tau langit ni tinggi ke rendah..karma..biar Allah je yg balas..mintak2 la bini lelaki tu tabah, tenang, byk2 doa pd Allah..aku nk doakan die jgk semoga rumahtangga die selamat dunia akhirat..xsilap aku ada doa utk suami kite..nt aku update kat blog ye sham..hehee..'

Memang banyak kes macam ni sekrang. Bila bersembang ngan kawan-kawan mesti 
ada je cerita pasal ahli keluarga atau kawan-kawan diorang yang terkena kes camni. 
Pompan lain rampas suami diorang dan suami sanggup nak lepaskan keluarga tercinta. 
Bila tanya suami kenapa tetibe nak kahwin lain, dah tersuka, tersayang, terbercinta, 
pastu takkan boleh lupakan, dan nak jugak jadikan isteri, katanya. 

Ada yang baru kahwin 3 bulan, dah diceraikan. Anak dua, umur baru 26tahun cantik bergaya kerjaya lawyer pun diceraikan jugak. Dah kahwin 25 tahun pun ada yang diceraikan jugak semata-mata nak hidup dengan pompan baru yang tak tahu mana asal usulnya. 
Sanggup suami pilih orang baru yang die kenal berbanding isteri yang bersusah senang denganya sehingga melahirkan zuriat yang sepatutnya dijaga dengan baik sebab itulah 
harta dunia akhirat kita. Alasan, isteri taknak dimadukan pastu minta diceraikan. 
Pompan mana yang sanggup berkongsi kasih dengan orang lain?? 
Walau dijanjikan payung emas, tapi hidup makan hati sedih sentiasa mengenangkan suami dalam dakapan orang lain, itu bukan mudah. Na'uzubillah. Ya Allah minta dijauhkanlah. 

Pastu ada terbaca satu blog yang cerita pasal kes ni jugak. 
Kakak tu bagi tips nak elakkan dugaan yang macam ni. Ada doa yang boleh kita bacakan setiap kali suami keluar rumah pergi kerja atau urusan lain.
Doa ni untuk keselamatan suami dari kemalangan, dugaan wanita lain, dan sebagainyalah.

Kalau bukan pada Allah, pada siapa lagi kita nak minta tolong kan. Hanya Allah.
Sesunggunya hati itu kepunyaan Allah. Allah boleh membolak balikkan hati hambaNya semudah kita membalikkan telapak tangan. So kita doakanlah semoga suami berubah hati untuk kekal setia. Semoga juga sesiapa yang mencintai suami kita dengan niat nak merampasnya, berubah hati dan sedar akan perbuatannya. Insyaallah.

'Ya Allah, limpahkan rahmatmu kurniaanmu, rezekimu yang halal lagi diberkati,kekayaanmu, kesihatan yang baik, kebahagiaan dunia akhirat dan kurniakan syurgamu buat suamiku. Ya Allah, lindungilah suamiku dari pandangan mata yang jahat, dari kejahatan & kezaliman manusia,dari fitnah kecil dan besar, dari kecelakaan dan kemalangan sepanjang pergi dan pulang, dan lindungilah aib dan kemaluan suamiku dari zina dan maksiat ya Allah-amin..'


Sunday, October 14, 2012

La Tahzan



When you wake up in the morning do not expect to see the evening.
Live as though today is all that you have. 
Yesterday has passed with its good and evil.
While tomorrow has not yet arrived..

With this attitude, you will not be caught between an obsession over the past.
With all its anxieties, and the hopes of the future, with all its uncertainty..

Thursday, October 11, 2012

Thank You to All My Fans


This entry is especially dedicated to my fans..


Today..I wish to say deepest gratitude to my fans.

THANK YOU TO ALL MY LOVELY FANS


For cooling us when the weather is really hot all day long.

Cuaca sangat panas sehingga aku perlu mandi 4 kali sehari 
dan switch on 2 kipas ceiling plus kipas kecik. 

Aisy pun diizinkan tak payah bedung waktu siang sebab berpeluh-peluh 
pastu kulit jadi merah-merah pastu jadi rash skit.

Terima kasih kipas-kipas di rumah! Kalau kat Ampang, selamba on AC. 
Kat sini tak boleh. Nak naik tangga pun Mak dah bising. Takpe, tunggu seminggu lagi. 
Tak sabar nak lepak ngan Aisy dalam bilik kita pulak.
Oh room sweet room...


p/s: mesti ada yang ‘ek elehhhh’ kan entry ni. Haks..

Tuesday, October 09, 2012

Petua Sembelit Selepas Bersalin

The title is a bit disturbing. I know. Sorry. Tak tau apa ayat yang sesuai. Hee..

Ramai orang yang baru pas bersalin ada problem nak buang air kan..
Samada 'isi' yang nak dibuang tu agak keras, pastu susah nak dikeluarkan, pastu rasa sakit, pastu takut nak teran, pastu paranoid takut jahitan terbukak, pastu phobia, etc.

'Pn Adila, dah buang air kecil air besar?'
'Kecik je. Besar belum..'
'Eh ni dah nak masuk 3rd day takkan belum lagi?'
'Phobia la Doctor. Phobia nak mengeluarkan sesuatu kat bawah..'
'Errkk..Pulak dah..Ok takpe nanti I bagi ubat..'

Tapi tak makan punn..
Sebab nak proses itu berlaku secara natural.
Kita ikut kekdah mak ajar masa berpantang pas bersalin Allysha dulu.


Sebelum makan nasi, makan buah orange dulu sebijik.
Biasanya kita makan buah last kan, ni kita makan buah ngan sayur dulu yeee.
Bila kita makan orange dulu, nanti senang nak hadam nasi yang kita makan kemudian tu. Pastu 'isi' yang kita nak buang tu tak la keras. Lembut je.
Sangat senang nak menyahtinja. Tak perlu meneran. Takkan phobia lagi.

Selamat mencubaaaa!

Pengalaman Bersalin Aisy Azziqry (Part 2)


Haa..nak sambung previous entry pasal experience 2nd labor. Ni yang kat hospital pulak.
Ingatkan nak continue tengah hari tadi. Tapi tetibe ada nurse datang check baby.
Cam pelik sebab baru je datang semalam, hari ni datang lagi? Rajin betul..
'Baby G6PD Dificiency memang kita akan spot check selalu ye..'   Ohh ok baiklah.
Baby jaundice katanya. Tapi Mommy cakap tak sebab cuaca tengah panas.
Anak bujang I tuh tak boleh kena panas/menangis, cepat je merah kekuningan jadinya.
Nurse tuh insist suh datang clinic cecepat buat blood test. Alahai malasnya. Takpela. Gi je.
Lelaju Papa balik rumah dari Jln Tun Razak tu. Nasib baik la takyah q. Sampai je, terus dia check. Dan Alhamdulillah baby memang tak jaundice. Photolevel juga rendah je..Phew!

Eh ni bebetul nye sambung cerita bersalin tadi. Heheee..
Hah we ol sampai hospital dekat kul 5 pagi kan. Melanguk lama jugak sebelum di attend sebab tetibe ada 4 orang datang nak bersalin pastu diorang tak cukup doctor + nurse + katil.
Plus, muka ni tak nampak cam nak bersalin sangat pun, rilex je boleh borak-borak ngan husband pastu gegelak menyebabkan diorang ignore je aku dulu untuk 20 minit. Fine..
Takpela, sila utamakan patient yang lebih berkerut muka mereka. Kesian tengok diorang.

Kul 5.30 pagi baru la ada houseman available check mak buyung ni hah. Dr Thoh namanya. 'Bla bla bla..Ok 4cm. Boleh ready untuk masuk labor room ye puan..'
Hah? 4cm? Rasa cam dah dekat 6 jam contraction ni.. Tapi baru bukak 4 cm?
Frust + happy. Frust sebab membayangkan kena tunggu lagi 6cm = 6jam (biasanya la)
Happy sebab doa supaya dapat bersalin hari tu termakbul. Alhamdulillah.

Kul 6 pagi ditolak ke labor room guna wilcha..Eh saya boleh jalan lagi la..Takpela..
 'Hi Papa..Mommy dah 4cm..'   'Yeke? Ok..jumpa dalam labor room..'
Masa ni boleh sesenyum sesengih lagiiii..Rasa senggugut je kann..(belum tau nasib diri)
Midwife pasang zikir ngan bacaan AQ. Bagus.

Dalam labor room. melanguk sengsorang. Ish ntah kemana. Lupa nak amik hp kat dia.
Kalau tak, leh check in 'labor room hosp ampang' kan. Heheee..
Dengar bunyi CTG tu yang tak best tuh. Elok dup dap dup dap, tetibe bunyik tiiiiiittt..
Lantas bergegas lah diorang datang tengok..Oh takde ape. Salah position tuh.
Fuuhh..Suspen je tau. Dalam labor room, Dr Kogi yang handle. So sweet and nice.
Nasib baik la dia suh mengiring ke kiri. Ada terbaca yang mengiring ke kiri boleh mudahkan proses bersalin. Dr tu pun bg alasan yg sama. Lagipun, kurang sikit rasa sakit pinggang kalau mengiring berbanding dengan baring terlentang. Betul.

Pukul 7 pagi Dr Kogi asyik tanya je ada rasa nak buang air besar tak? Serious takde.
Dia nak pecahkan ketuban supaya cepatkan proses bersalin. Ok..Silakan..
'Eh..Mana ni..Takde pun..Alamak tingginye amnion sac u.Tak sampai la..Macam susah la..'
Erk..maknanya ape? Baby tinggi lagi kan? Baby taknak keluar ke? Masa Allysha dulu Dr seluk sket je dah pecah ketuban. Ni kemain payah nye la haih. Sakit betul lah korek2 cenggitu.
Teringat cerita Inna yang kena c-sect sebab baby dia tak engage. O.. M.. G..
After bout 10 min trying, zoosshh..panas jek..Fuhh lega..Nasib baik la tangan dia kecik.
Dr Kogi check bukaan lagi, dah 7-8 cm katanya. Wah! Biar betul! Alhamdulillah..

Pukul 7.30 pagi, masa ni dah terasa sakit. Sakit yang amat. Tak pasal-pasal mengalir air mata. Dr cakap la jangan nangis nanti takde energy. Kena tough di saat2 akhir nih.
'Takkk..I tak nangis. Tak sengaja. huuuuu..Nak husband. Mana diaaa..' (x nangis konon!!)
'U tak bawk handphone ke?'  Oh..i never know sekarang trend bawak hp ke labor room.
'I dah carik dia kat luar tapi takdela. Dah 3 kali tengok husband orang lain ade la..'
Mana Ish time aku tengah sakit sangat ni! Sampai ati! Gi sapkok la tu!! (jerit dalam hati)
'Huuuu..Dr tolong la callkan dia..Please..Adoiii sakitnyee'  'Ok ok gimme his number..'
Dr Thoh masuk, 'Eh Kogi, why u didn't give her the gas? She's in pain.. Aiyoo'
Yes..yes! the gas! I neeeeeddd theeee gaaassssss!! (jerit dalam hati jugak. tak larat dah)
Fuuhhh..lega la skit..Srroootttt..sedut gas taknak lepas!

'Assalammualaikum Mommy..mommy ok tak..Istighfar banyak2..Papa ada ni yang..' 
Ya Allah leganya nampak muka husband. Puas genggam besi katil sampai panas besi tuh. Sekarang dapat la pulas tangan Ish pulak sampai berbunyik2 tulang dia hahah.
'Papa pegi mane? sapkok kan?!'  'Eh tak aa tadi papa gi solat dulu..pastu doakan mommy..'
Ok menyesal menuduh. Dah la banyak kali mintak maaf tapi buat dosa jugak lagi..Haih..
Then..faham2 jela adegan suami menenangkan isteri tak keruan dalam labor room kan..
Masa ni Ish cakap ape pun dah tak dengar. Sedut gas lelaju. Terpaksa sebab tak tahan.
Nasib baik nampak lagi la ayat-ayat AQ yang diorang tampal kat dinding. 
Dah berpinar2 tapi cuba jugak baca sebab taknak terpengsan.

Pukul 8.15 pagi tetiba rasa cam urge. Nak meneran. Errkkhh..Errrkkhh..
'Mommy, mommy nak push dah ke? Papa nak tekan bell nih' 'Belum kot..tunggu jap..'
Meneran lagi..Cam mengerang pun ada. Euww..mesti buruk bunyiknye kan..hehe..
'Mommy, mommy nak push dah ke? Papa nak tekan bell nih' 'Jap jap..belum lagi ni..'
Meneran lagi..Kali ni mengerang lagi kuat. Hahah takleh nak control woo..Cam nak buang..
'Mommy, mommy nak push dah ke? Papa nak tekan bell nih' 'Tekan cepaaattt!!.'


Pukul 8.30 pagi midwife masuk, tengok sket, terus prepare barang-barang dia.
'Wife saya dah nak bersalin ke kak?' Dah bape cm?  'Ha'ah full..dah boleh push ni'
Ok start push. Rasa cam dah prepare mentally and physically, penuh ilmu di dada dah pasal push2 nih, hari-hari baca pasal push..Tapi tak tau la kenapa fail. Salah technique Ish kata.
'Mommy jangan meneran kuar suara! Teran kat perut! Cam nak buang air besar! Breathing teknik tu mommy. Tarik nafas pastu teran kat perut! Push!!'
Wah berbaloi train husband I sebelum ni. Boleh jadi Pak Bidan!

Pukul 8.40 pagi..here u go! Uweeeekkkk!
'Papa..boy ke girl?'    'Boyyy..Boy yang..Alhamdulillah..' *nangis okeh!
Terus dia letak baby atas dada. heeee..Cam kakak masa baru lahir dulu lah..Leganya..
Midwife keluarkan placenta dah tak rasa ape dah. Happy tengok muka baby.

Pukul 8.50 pagi. Dr Thoh ngan Dr melayu masuk 'Now nak buang darah beku dalam perut which is a bit painful. Tapi bukan I yang buat. Ada doctor lain ye. Tahan sket..' 
Ohh..ingatkan tak la sakit sangat. Tapi sakit jugak la sebenarnya dia korek2 perut kita ni..
Tekan-tekan perut, masukkan cotton, pastu tetekan lagi..adoooii..

Pukul 9 pagi, 'Ok done. Sekarang nak jahit pukak. Ha ni I yang jahit ye. Ada 3 layer. 
Dalam, tengah, dengan luar. Kalau sakit, u sedut gas ye..' Kata Dr Thoh.
Bagus Dr nih. Masa Allysha dulu midwife yang jahit dan diorang tak bagi sedut gas! Kijam!!
'Dr..nak bius..I ingat lagi jahit la yang paling sakit skali. tak kire, nak bius jugak..'
'Of course, memang la bius pun..' Ye dan aku sendiri dapat rasa dia inject kat 3 tempat.
Sesambil sedut gas, boleh nampak jarum yang cam mata kali tuh. Pastu boleh rasa benang lalu kat isi bawah ni okeh! kenapaaa rasa sakit lagi niii..haddooiii..tahan jela..

'Ok siap dalam dengan tengah. Now lapisan luar. Which is painful. I know. Tahan ye..'
Hahhhh?  Belum siap lagi ke? Dr ni dari tadi jahit sulam ke ape?? Alaaaa..
Haaaa..masa nii..terangkat2 kaki aku. Sakit gileeee..Mengalir air mata weyyy..
At least Dr Thoh ni cool. Banyak support. Lembut je. Kalau midwife, membebel je tau. Ingat orang merintih sakit sesaje ke? Tak baik tau..

Kul 9.20 pagi settle la sumenye..Tapi kena tunggu dalam labor room dulu jap sebab ward full. Boleh plak ramai gile orang bersalin hari tu. Ramai sampai ada yang kena baring atas katil kecik cam stretcher. Yang kena duduk je pun ada jugak. Walhal baru lepas bersalin nih. Kesian. Takpela. Kat negara diorang lagi teruk agaknya kan. Privilege sangat la dapat bersalin kat sini sebenarnya. Pastu nurse hantar kita kat 3rd class dulu. 
Serious cam berada di negara lain. Stress tul bising pastu orang lalu lalang. Pastu panas.
Cian family and friends yang datang visit ramai-ramai di tempat sempit. 
Tapi takpe, tetap bersyukur sebab dapat bersalin normal dengan selamat. Tu yang penting.
After 2pm baru la dapat masuk bilik. Fuuhh lega..Tido 1 malam kat situ.

Esoknya, dah siap-siap nak balik ni..tetibe Dr Akmal datang
'Encik, Puan..sorry to inform..dari blood test semalam..baby ni ada G6PD Dificiency..'
.......... 
Both mommy and papa speechless. Mulut ternganga. Berdebar tunggu explaination Dr tu.

Apa G6PD ni? Tu entry lain ye..Sebba ni pun dah berjela sangat dah niiiiii..
Takut ada yang termuntah baca pepanjang..K bai!

Monday, October 08, 2012

Pengalaman Bersalin 2nd Baby : Aisy Azziqry



This entry's title suppose to be 'What I Did to Fasten the Labor' or '12 hours Before Deliver' hehee..

Haaaa..Pagi ni baru berkesempatan nak update pasal experience 2nd labor ni..Patutnya last night kan..Biasa la..Janji dicapati..Eh tak..Malam tadi Aisy meragam sikit. Tak dapat nak buat pape. Maybe sebab dia suka tido siang, pastu malam dah tak boleh tido dah. Pastu merengek kat Mommy nak tet je. Kalau boleh nak melekat ngan Mommy 24 jam..

As you all knew, Aisy was few days exceed original estimated due date. Suppose to be on 25th Sept but still got no signs, no contraction or what so ever until 27th SepT. Doctor allowed to wait until 5th Oct. Ok..Mommy at the first place don’t want to really think about it. Just let it go with the flow. The time will come. Well, it was only in my mind..

But in my heart, only Allah swt knows how afraid and nervous I am, at that time, every single second, thinking about what would happen if baby still don’t wanna go out naturally. Huyoh..masa tu terbayang-bayang cerita induce and c-sect yang menggerunkan..Eee..tak boleh jadi ni! I need to do something to fasten the labor!!Selagi boleh usahakan, apa pun nak try..The intercourse seems doesn’t really work this time..Heeee…Ok, next tips. Google..Google..Google..

So on Thursday 27th Sept, after a long chat with a friend with the same case, I took all her advice seriously. Dia kata minum air kelapa. Before that memang ada minum tapi tak banyak. So petang tu, beli air kelapa (no ice no sugar) sebijik. Pastu dia kata, minum je air akar Fatimah tu banyak-banyak. Kalau ada air selusuh pun, minum je jugak, Sampai kembung pun takpe. So, bersusunlah air kelapa, air Fatimah, air selusuh, dan air zamzam ku minum malam tu sampai kembung. Haaa..4 jenis air kauuu! Dengan harapan, ada la contraction sket. Masa tu baru kul 9 malam.

Mencari idea apa lagi nak buat ni nak galakkan bukaan rahim pulak. Ting! Teringat excersice yang doctor ajar kat antenatal class. Ape lagi, practise ngan Allysha. Dia ingat Mommy dancing cam dia jugak. Hahahaa..Terkangkang-kangkang gak la masa tu. Pelik Allysha tengok Mommy. Sampai lenguh paha dibuatnya. Dengan harapan membantu bukaan rahim. Masa tu dah kul 10 lbh malam. Rest kejap sambil tidurkan Allysha.

Mencari idea apa lagi nak buat. Ting! Teringat dia kata ‘gentel nipple’. To trigger the contraction. I’ve done that before tapi takde apa effect sebab sebelum tu takde perasaan langsung. Tak geli tak geleman. Hahah..Tonight nak try lah. Detik hatiku. Eceh. Masa tu tengah browse FB sebelum tidur (my every 10 min routine) pastu tertengok page Victoria Secret. M so in love with the lovely and charming models bras and panties. Uiiii..cantiknya..Kalau I pakai jadi ape eh? Nampak sexy jugak tak? Ke nampak selulit je hahah. Tetibe terbayang kalau pakai innerwear VS berserta body butter VS Pure Seduction depan husband. Wooow weeeee..Heeeee..(Sambil mengusap nipple nih..) Hahah.. 

Baru 10 minit, tetibeeeee..Ssshhhhhhh…(terasa ada contraction) Oh! It works! Bagus. Ini la yang dinanti-nantikan.. Teruskan aktiviti itu selama sejam. The contraction was consistent for every 15 minutes from 11 pm -12 midnight.  Ah-mah-zinggggg.. *grin* 

SMS husband yang tak balik lagi masa tu.. ‘Papa..I can feel consistent contraction for every 15min. Now 2 hours already..Papa cepat balik. Malam ni kot..’ Kul 1 lebih Ish sampai rumah dan ajak gi hospital. Eiii.. sabar le dulu. Kita layan contraction ni sampai every 5 min baru pegi hospital k. Taknak la pergi hospital awal tapi baru dilate 1-2 cm kannn..So tunggu la dari kul 11 malam tu sampai kul 4 pagi. Sempat la mandi dulu, baca segala potongan ayat AQ untuk mudahkan bersalin, kemas beg etc. Boleh tahan sebab contraction masa tu macam sakit senggugut je..

Nak tidur,memang tak boleh walau mata dah seakan panda..Jeles sangat tengok Ish lena kat sebelah. Takpela. Kul 4.30 pagi bertolak gi hospital. Sempat singgah Mc D Drive Thru beli porridge sebab cam lapar gile plk. Tapi tak berani makan banyak takut muntah. Kul 5 pagi sampai hospital, masuk dewan bersalin PAC yg kat bawah tepi entrance hosp for emergency tu..

Apa cerita kat hospital pulak? Wait for part 2! Heheeeee…jangan marah..nak breakfast dulu ye..