Every morning memang I yang kena tunggu hubby masuk kete. Sebab dia akan lambat 15 minit untuk keluar rumah. Kalau berjaya keluar sama-sama pun, mesti dia akan naik balik sebab adeeeee je benda yang tertinggal. Sebab taknak buang masa tunggu hubby, I akan pergi ke kereta dulu untuk start engine to warming up dan sambil-sambil tu akan make up dalam kete, sambil-sambil itu juga akan tune in to Ikim.fm sebab suka dengar segmen tazkirah pagi (something like that la). hehe..
I would like to share something interesting today (for me) which is ustaz bagitau tips untuk hidup bahagia dan gembira. Literally, tips kebahagiaan yang menggunakan kaedah yang sangat senang dan simple. But very little people managed to apply it in their life. Including myself.
Tips pertama, JADILAH INSAN BERSYUKUR. Ayat macam senang. Tapi sebenarnya bukan setakat ucap Alhamdulillah je. Sepatutnya mesti dengan seikhlas hati dan syukur yang berterusan melalui percakapan dan perbuatan juga. Kadang-kadang I ni (taknak la point kat orang lain,baik cermin diri sendiri) cakap je syukur semua walhal jauh di sudut hati ni masih lagi tak puas hati itu ini pastu rasa tak best dan tak bahagia dan boleh sampai ke tahap hati tak tenang, rasa kosong dan gelisah. Ish ish ish..
Ustaz tu kata lagi pernah tak kita cakap terima kasih bersungguh-sungguh seikhlas hati dekat kaki kita yang membawa kita keluar cari rezeki? Pernah tak kita cakap terima kasih kat tangan kita yang banyak tolong kita buat kerja? Pernah tak kita cakap terima kasih dekat mata sebab tolong kita tengok benda-benda yang kita perlu tengok? Pernah tak kita cakap terima kasih dekat seluruh tubuh kita yang sempurna ni? Seriously, honestly I memang tak pernah lagi tengok tangan betul-betul pastu ucap “terima kasih tangan, terima kasih Allah swt kerana mengurniakan ku nikmat anggota yang tak terhingga ini”. Sad. Betapa tak bersyukurnya aku niiii..
Tips kedua, JANGAN COMPARE LIFE DENGAN ORANG LAIN. Ini memang susah. For me memang ini susah. Sebagai orang yang bersosial dan hari-hari menghadap laman sosial yang kebanyakan orang gebang beli itu beli ini, I tak boleh lari dari membandingkan life I dengan orang lain. Selalu rasa “bertuahnya die, untung la die, banyaknye duit die, bestnye die, seronoknya kalau jadi die, itu ini semua nak macam die die die”..How do you assure that their life is much better than you? Ntah-ntah orang itu wish untuk jadi macam kita. Ntah-ntah orang lain berharap supaya dia jadi kita. Ntah-ntah juga orang itu sedang diuji oleh Allah swt dengan nikmat. Pernah dengar kan ujian nikmat? Ada orang yang Allah swt limpahkan nikmat kepada mereka sebagai ujian.
We have no idea what others have been through to get what they got now. Mungkin juga itu ganjaran kepada mereka atas segala ujian, usaha, doa dan kesabaran mereka selama ni. Mungkin belum sampai masa kita lagi. Jadi, bersabar dan bersyukurlah. Ustaz kata tak payah la kita penat-penat nak comparekan diri kita, life kita, keluarga kita dengan orang lain. Tak dapat faedah pun. Nanti kita yang sedih dan rasa rendah diri dan rasa kekurangan akibat diri sendiri yang tak tahu betul-betul bersyukur. Walhal Allah swt dah bagi kita sebesar-besar nikmat yang ada pada diri kita ni. Kenapa taknak bandingkan diri kita dengan orang kurang upaya?Asyik nak compare dengan orang yang banyak harta je. Asyik nak compare dengan orang yang dilimpahi dengan nikmat dunia je.
Ustaz kata, jangan sampai lupa, kita hidup ni untuk mendapat keredhaan Allah. Bukan keredhaan manusia. Malah kita sebagai hamba Allah yang hina ni sepatutnya lebih mencinta Allah swt dan Rasulullah lebih dari segalanya. Kalau kita kejar akhirat, kan dunia akhirat kita dapat.
Conclusionnya, tips untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia, gembira dan tenang ialah JADI INSAN BERSYUKUR DAN JANGAN BANDINGKAN HIDUP KITA DENGAN ORANG LAIN (unless untuk kebaikan). Senang kan? 2 tips je. Tapi ntah berapa hari jela ingat semua benda ni.
Lepas abis dengar ceramah 10 minit ustaz tu, terus salam hubby sambil cakap “Ya bersyukur Ish suami Ya” serious menusuk kalbu sanubari ku la Ikim.fm tadi ; ) I love Ikim.fm! (pagi ngan maghrib je dengar station ni sebenarnya)
3 comments:
aku just jeles kt org yg suami dia alim coz suami aku tak membimbing ke arah akhiratpon..nak ajak gi umrah n daftar haji pon bukan main payah..lecturer aku kata..lelaki ni lambat sikit..dahla aku ni bukan kuat iman pon..diri aku sendiri kene betulkan..betul cakap mak kita..pilih org yang beriman kan..ade idea tak camne nak sama2 menuju ke arah kebaikan?cewah..cam ustazah norbayah lak..
ahahaha..lawak la ilyia..tu la..nobody perfect babe..tp akhirat jgk yg kite kne utamakan actually.aku nak hubby kaya iman xpela kalau sederhana je harta x mewah sgt mcm org ln.its ok..agaknya ALLAH nak tugaskan kite yg bimmbing diorg kot?asalkan jgn sama2 lalai dh la..kne salalu ingatkan..aku slalu syco ish kalau kita x ingat Allah mcm mana Allah nak ingat kite..
Bagus dila. keep going with sifat bersyukur. Wpon xmewah mcm org lain. tp cukup n bahagia je.. maklumlah. kalu aku nk ikut2 org (expc cikgu2 ni suka berlawan2 beli brg) mmg mati kita..
Kalu kita bersyukur Allah akan tambah nikmat. itu janjiNya..
Post a Comment