There was an error in this gadget

Thursday, March 22, 2012

Takdir


Ni sambung dari slot motivasi pagi Ikim.fm semalam yang share pasal takdir. Tajuk ni agak berat sebenarnya. Sebab aku pun pernah gak mempersoalkan takdir. Tapi ustaz kata berdosa kalau kita pernah terdetik macam tu. Kena cepat-cepat beristighfar. Betapa jahilnya aku. Alhamdulillah ada peluang untuk dengar penjelasan tentang takdir ni.


Selalu terfikir, kalau Allah swt dah tetapkan nasib kita macam tu macam ni, maka tak payah la berusaha sebab apa pun yang terjadi semua dah tertulis. Contoh aku dulu, jodoh. Memang sampai tahap malas nak kawan dengan lelaki sangat sebab ingat memang Allah dah tentukan jodoh aku, so biar jelah camtu. Dan aku malas jugak nak berdoa sebab aku pernah berdoa nak kahwin ngan si polan tapi Allah swt tak makbulkan pun. Frust gile. Bodoh betul masa tu. Aku lupa yang Allah swt suruh kita berusaha dan akan memakbulkan doa kita jika kita bersungguh-sungguh dan hanya jika itu yang terbaik untuk kita.

Memang Allah dah ada ketentuan. Sebab itu kerja Dia. Tapi kita sebagai hamba tak boleh menyerah. Sebab Allah kata orang yang cenderung kepada kebaikan akan dikurniakan kebaikan. Orang yang cenderung kepada keburukan maka dia sendiri akan menyebabkan keburukan menimpa hidupnya. Kita nak jadi orang macam mana? Mestilah nak kebaikan kan? Maka berusaha dan berdoa lah sebanyak mungkin. Bahawasanya Allah swt itu maha Mendengar dan akan memakbulkan jika itu yang terbaik untuk kita dan agama kita sekarang dan masa akan datang.

Bila dah berusaha berdoa dan bertawakal dan sesuatu itu terjadi barulah kita redha itu takdir. Sebab Allah swt Maha Mengetahui apa yang kita tak ketahui kan. Tak semestinya apa yang kita nak tu baik untuk kita. Allah swt mesti ada sesuatu yang istimewa untuk diberikan kepada hambaNya yang sabar dan tetap bersyukur. So dalam hidup ni kita mesti praktikkan untuk sentiasa berusaha, berdoa, bertawakal, bersyukur dan bersabar dan banyak lagi positive value.

Tadi ustaz ada cakap pasal isthikharah jugak tapi tak berani nak type sebab takut tersalah ayat. Google lah ye. Aku suggest kat darling-darling semua, dalam sehari ada la kita dengar sesuatu yang bermanfaat. Memang sekarang ni agak susah untuk kita hadir kuliah atau tazkirah kat surau/ masjid.  Kalau kat sekolah dulu memang kena paksa dengar tazkirah. Sekarang masing-masing busy lah gamaknya kan. Tapi jangan la hanyut sangat dengan urusan dunia ni sampai menghalang kita meningkatkan amal (peringatan untuk diri sendiri).

Medium ilmu ni kan dah banyak. Kat tv ada, kat internet ada, kat radio pun ada. Macam aku dan Ish, kitorang prefer motivasi pagi kat Ikim.fm  pukul 7.30 pagi. Tak silapnya ada repeat kul 7.30 malam kot. Maklumlah, manusia ni kan selalu lupa dan kena selalu mengingatkan dan diberi peringatan. Setelah macam-macam kita buat sepanjang hari, boleh la bermotivasi atau bermuhasabah bila dengar ceramah kan. Lagipun slot kat Ikim. fm tu tak menceceh panjang lebar sebab penyampaian dia ringkas dan padat tapi terkesan di hati. Wah giteww..

Jangan nak panggil aku ustazah. 

4 comments:

Sh@MytO said...

Nama uztaz minggu ni Uztaz Ikmal Zaidi...aku pn suke dgr slot ni..

ilyia nur ab rahman said...

bape yer tune utk ikim?heee..peace!

Adila Hashim Shariff said...

wah sham bagus2..aku mmg xtau sape haha..nt kite share2 ye..

Adila Hashim Shariff said...

aku x ingat la..92. something..bpe eh sham?hehe nt aku check kat dlm kete..