Petang semalam masa dalam kereta ternampak Ish type message macam marah-marah cakap pasal duit. Terkejut sangat. Sebab Ish boleh dikategorikan orang yang soft spoken. Ayat dalam message tu memang tahap nak bergaduh dengan along. Lebih kurang camni
“Pegi mam$*@ dengan ko punya duit.Penipu!Macam^&*$#@^! Tak habis-habis tipu orang!”
Aku pun mula la fikir bukan-bukan. Eh dia marah sapa? Dia ada pinjam duit orang ke?
Ke dia marah orang tak pulangkan duit dia? Ke apa? Kenapa? Apa ni? Pasal apa?
Hati sangat tertanya-tanya. Tapi takut nak tanya direct.
Aku takut kalau terdengar jawapan yang akan buat aku susah hati.
Sekarang ni aku memang sangat menjaga hati dan perasaan sendiri.
Kalau bukan aku, sapa lagi nak jaga hati aku yang fragile ni kan..
So that’s why jadi takut nak tau benda-benda yang menakutkan.
So that’s why jadi takut nak tau benda-benda yang menakutkan.
Perasaan ingin tahun sangat membara. Macam baby yang nak tahu itu ini. Eceh.
Balik rumah ada rasa macam nak check inbox dia. But as I mention, I am afraid to know.
Ye aku pengecut untuk menghadapi kenyataan. Sort of.
Sebab aku rasa dah cukup la hati aku sakit kan. Dah cukup la aku makan dalam kan.
Baik aku abaikan je perkara-perkara fana kerana focus aku sekarang adalah nak ajar diri sendiri supaya mencintai Allah swt lebih dari segalanya.
So tangan dah grab handphone dia ni. Tapi letak balik. Lepas sejam, rasa nak tengok lagi message tadi tu. Tapi tak jadi dan letak balik phone tu.
Haih..Takut takut takut terbaca sesuatu yang boleh buat aku susah hati atau sedih la.
Tapi nak tau. Alaaa camne niiii.. Biarlah. Kalau dia nak share dia bagitau.
Kalau tak, buang masa je aku Tanya kang dia kata takde pape.
Tapi perkara itu membuatkan aku tak lena tidur beb. Kejap-kejap teringat dan tertanya dia marah sape tadi? Kenapa sebenarnya. Ah lantak la.
Pukul 3 pagi hati meronta nak tahu then dengan perasaan berdebar-debar jantung dub dab dub dab nak amik result SPM pun tak nervous camnih, aku gagahkan tangan yang almost menggigil tekan button inbox. Ye aku cepat nervous bab-bab perasaan ni.
“Tahniah, anda menang RM20.000 dari power root. Sila hubungi 012-876xxxx untuk keterangan lanjut. Kami akan transfer wang kemenangan anda secepat mungkin”
Aku tersenyum dan bersyukur. Allah swt masih mengurniakan hati yang tenang setakat ni. Alhamdulillah. Tidur lena sampai 6.30 pagi.
Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah.
Aku pun pernah dapat message macam ni dan reply cakap nak report polis sebab geram sangat. hehehe..
1 comment:
ingin sangat supaya hati kurang curiga kepada suami..wpon somi saya tu org kate baikkn..ak tak kisa org yg kite tau mmg jahat tu if die nk buat mende jahat..ni org baik bile die buat jahat ssh nk detect..besarnye setan kt sebelah aku nikn..
Post a Comment