Wednesday, March 21, 2012

Beriman kepada Qada' dan Qadar

“Assalammualaikum wbt,
Alhamdulillah dapat kita sekali lagi bertemu dalam segmen motivasi pagi di Ikim.fm.
Hari ni saya nak berkongsi mengenai satu topik menarik tentang takdir iaitu beriman kepada qada’ dan qadar.”

Huh? BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR? Laju-laju pusing volume. As usual, apa yang aku type kat sini tak la sejibon sama ngan apa yang diucapkan penyampai tadi. Tapi lebih kurang la. At least bole share main info. Al maklumlah kadang-kadang time dengar tu Ish tanya itu ini singgah beli kuih la hape la. So dah termiss sikit-sikit.

Penyampai tadi tu tak tau la ustaz ke tak. Tapi aku assume dia ustaz. Beriman kepada qada’ dan qadar ni kan Rukun Iman ke  6. Kalau fail nak beriman kepada salah satu, maka fail lah Rukun Iman kita kan. So jangan ambil ringan kepada Rukun Iman yang ke 6 ni. Sebab ini la yang paling senang kita ingkar tanpa disedari, ustaz tu kata. MasyaAllah.

Ustaz kata ada dua perkara utama yang boleh menjadikan kita beriman kepada qada’ dan qadar iaitu SYUKUR dan SABAR. Ustaz kata Rasulullah saw pernah bersabda yang setiap ketentuan Allah swt sebenarnya adalah keajaiban. KEAJAIBAN KEPADA ORANG BERIMAN. Contohnya, kalau Allah swt kurniakan kebaikan dan kita bersyukur, itu satu keajaiban. Sebab itu memberi kebaikan kepada kita.. Kalau Allah swt timpakan musibah dan kita bersabar itu juga satu keajaiaban. Sebab itu kebaikan kepada kita.. Semua qada’ dan qadar itu samada baik atau buruk adalah membawa kebaikan kepada hambaNya dengan syarat kita mempraktikkan dua perkara ini SYUKUR dan SABAR.


Manusia tanpa disedari kerap menyalahkan takdir kalau sesuatu yang tak diingini berlaku. Contohnya, bila accident  mesti kita cakap “eee, Kalau la aku tak ikut jalan ni tadi mesti tak eccident. Kalau la aku tak keluiar rumah tadi mesti tak accident. Kalau la itu kalau la ini” Ustaz kata jika kita pernah terdetik hati macam ni, cepatla beristighfar dan bertaubat. Sebab sama dengan kita menyalahkan Allah swt dengan takdir itu. 

Time krisis dengan husband selalu je terdetik dalam hati “kalau la aku tak kahwin dengan dia mesti tak rasa camni..kalau la aku kahwin dengan orang tu mesti lagi best.."
Astraghfirullahaladzim..Betapa tak bersyukurnya aku. Kan itu takdir. Allah swt dah tentukan itu jodoh aku, ini rezeki aku..Allah swt lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Rasullulah saw juga pernah bersabda perkataan KALAU itu membuka kepada hasutan SYAITAN. Allah swt nak uji kita. So kita kena banyak-banyak bersabar. At least kita ada peluang untuk ingat Allah. Daripada dikurniakan nikmat sepanjang hidup tanpa ujian mesti kita lama-lama hanyut dan tak menghayati aspek kehambaaan kita kepada Allah swt. 

Sepatutnya kita rasa takut kalau kita tak berapa bertaqwa sangat tapi Allah bagi itu ini kat kita. Kita patut sedar semua itu ujian. Yang penting, kita kena sentiasa praktikkan 
SYUKUR dan SABAR itu.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Kalau ditype kan lebih ingat.. (",)
 Macam cikgu suruh salin nota.

No comments: