There was an error in this gadget

Friday, March 16, 2012

Apa Tips Tidurkan Baby?


Allsyha adalah seorang baby yang sangat susah nak tidur sebab dia tak suka tidur. Kalau senang tidur pun dalam kete je. Normally start pukul 10 malam memang dia susah nak tidur. Dia sebok nak main itu ini nak explore sume benda la tu kan. Tapi kalau main elok-elok tak pe. Ni suka sangat panjat kepala katil. Bahaya sangat tauuu. Tapi dah tak tau camne nak control dia. Bagi la toys ape pun, tetapppp nak main panjat-panjat. Tak padan dia tu girl..

Contoh last night (dah pukul 10 lebih ni) Allysha busy main panjat-panjat katil (as usual). Mommy dia yang sekarang dah bertukar jadi macam baby pulak tersangat lah mengantuk mata nak lelap yang tak dapat dibendung lagi. For safety, block tepi-tepi katil dengan bantal yang berdouble triple layer. Tapi entah camne la Allysha ingat Mommy nak kejar dia, dia pun reverse dan jatuh sommersault ke bawah. Macam orang lompat terjun swimming pool pun ade. Berderau darah masa tengok bawah. Tapi Allysha rilex je. Nasib baikkkkkk la dia jatuh atas tilam dan sejadah (memang kat keliling katil dah standby tilam, toto, alas segala yang ada sebab dah tak terkira berapa banyak kali dia jatuh).

Pastu sambung panjat-panjat lagi. Bila tarik dia ajak tidur, Mommy yang kena marah. Hey, tak padan awak tu baru 9 month! Geram betul la..Pastu tetibe dia diam kat hujung katil tu. Dah kaki pulak terselit tepi katil. Dah la 10minit nak kuakan kaki dia pulak sebab tilam sangat berat pastu nak mantainkan dia jangan bergerak sume tu, hadoiiiiiii..

Dah pukul 12 tengah malam! Allysha sambung main panjat-panjat lagi. Kali ni main hempas-hempas badan pulak. Dah berdiri hujung katil, pastu lepas tangan, pastu hempas badan terlentang. Pastu hempap-hempap Mommy. Pastu main korek-korek muka Mommy nak suh layan dia le tu!What the??!! Sampai terlepuk dia jugak la semalam. Geram nye pasal. Mommy dah la sangat mengantuk, Papa tak balik lagi, Allysha makin menjadi-jadi pulak. Terus sms Papa dia suruh balik cepat. Allysha tetap main panjat-panjat..


Dah tukar diapers, bagi susu, tepuk-tepuk, baca surah, nyanyi (walaupun suara Mommy dia boleh mengundang hujan gerimis di tengah malam), pujuk dia, Allysha memang tahan mata dia sebab taknak tidur. Walhal berkali-kali dah dia menguap tu. Mommy makin tak keruan. Rasa nak nangis pun ada. Tiap-tiap malam camni memang la Mommy tak cukup tidur dan akan mengantuk je kat office sayang oiiii..

Tiba-tiba terbayang macam mana kalau Allysha ada adik nanti? Camne? Camneeee? Ah! macam mimpi ngeri kalau fikir double the trouble niii.. Tawakkal je la..Susah-susah dulu, senang-senang kemudian.. Pastu terfikir jugak, memang susah nye kalau takde Papa dengan Mommy..Biasanya kalau dah fade up layan Allysha, Mommy tidur je dulu dan biar Papa main dengan dia sampai tertidur. Biasa sesikit, “papa tengokkan Allysha, papa popok Allysha, papa susukan Allysha, papa itu papa ini”. Banyak sangat harapkan papa dia je..Tetibe nak cakap “Thanks papa..You dont know how hard and terrible my day without you” = p  Sebab tu rasa sangat ngeri bila tetibe Ish kata weekend ni macam kena outstation kat Ipoh. Omg. Hopefully tak jadi..

Dah dekat kul 1 pagi,eh, eh..Allysha dah tertidur kat celah ketiak Mommy laa..Usap-suap kepala dia yang dah tertidur nyenyak tu. Subhanallah..Comelnya baby..Shayangnya die..Kesiannye die sebab kadang-kadang Mommy marah dia..Dia baby, mana la tau pape. Patutnya bersyukur sangat ada anak yang sihat wal afiat. What a greatest gift from Allah swt..Oo, patut la papa cakap kalau dia tengah aktif tu memang tak boleh nak buat ape. Sabar jela layan sampai dia penat, then dia akan teridur sendiri dengan sangat nyenyak. Memang ye pun. Sekali je ehek nak susu..

Sekarang tengah waktu-waktu critical. Maca-macam tips tidurkan anak dah try tapi fail! Nanti kalau Allysha dah ok, boleh la share tips tidurkan anak ni. Tapi rasanya, tips utama adalah SABAR. So, SABAR jela. Nanti kalau dah besar, rindu pulak masa dia baby-baby. So just enjoy the precious moment. Nanti lama-lama kalau dah fine tune ok la tu..Insyaallah..

No comments: