Sempena mama telah mensponsor air cond dan juga lampu baru yang telah menggantikan lampu kalimantang dan alang-alang cina yang pasang-pasang tu sepahkan bilik,
kitorang pun nak buat lah bedroom makeover.
Terfikir kenapa mama nak tukar itu ini, adakah beliau sendiri rasa semak ngan bilik kitorang yang macam bilik orang bujang itu? Mungkin ya. Kalau tak sedar-sedar lagi tak tahulah!
So terasa sangat nak cat biik comel kami itu. Ish dah cakap kalau nak cat pun, tunggu la dia cuti supaya dia boleh catkan. Tapi bini dia ni degil no konon-konon terer sangat nak buat sume tu sendiri lah. Siap amik off isnin selasa. Walhal tak pernah sentuh cat pun.
Paling dasyat ialah guna water color yang berapa belas tahun dulu tu ntah.
Natijahnya settle je cat 1 bilik isnin petang tu, terus demam. Badan sakit gileee. Lenguh, sengal, lemau satu badan macam pergi training military seminggu. Hamekaw sampai arini batuk kokol. Mungkin terkejut tetibe panjat tangga, panjat tingkap, panjat kepala katil.
Tak sedar diri betul. Patutnya warm up dulu! Tetibe terfikir kesiannya pekerja buruh.
Takpelah. Kesakitan yang worth it. Sooner or later we still need to do something with this room. Sebabnya bilik tidur dah macam bili stor. Contohnya camni:
Tengok la wall belakang Al tu.
Macam bilik orang bujang. Memang tak seswaiii.
We choosed to paint with Nippon satin glo. I lt RM32.
We utilized about 2 lt and half. Actually 1 lt tu cukup tapi akibat kekotoran degil yang tak terbendung, terpaksa cat sampai 5,6 layer.
As I fall in love with pastel color, I decided to have publo peach and infant smile. Hehe cute je nama color infant smile. Sesuai dengan Al.
Ini publo peach. Nampak macam pink tapi bukan tau. Kalau tengok live ia memang peach.
Ini infant smile. Lebih kurang macam peach tapi cair sikit.
Inilah lampu yang di sponsor oleh mama. Love it!
Painting ni memang sejak azali dah ada dalam bilik ni. So biarlah.
Amik mood Ombak Rindu.
Wild english roses. Beli kat KAISON KL Festival City.
Kalau masuk situ, memang ada feeling mak-mak dan sure akan beli vase dan bunga-bunga comel yang sebenarnya yang tak diperlukan. Sebab dah beli, letak jela atas meja tu hah.
Mama asyik tengok bilik ini dan senyum.. “Haaaa…kan ok camni.. Baru la comfortable..”
Ni Allysha yang tak boleh berenggang langsung ngan mommy!
Penat la asyik nak berkepit je darling oii..