Friday, December 28, 2012

271212 Dinner Date Trivia

It was last minute plan. Woke up and told husband that I dreamt about cajun chicken sandwich for 3 nights in a row snd now crave for it so badly. Then he said 'ok, ill fetch you after work and we dine at KLCC'. Yay! (kak elly, u shadap)

1. The moment Ish reached Megan, the rain started to pour. Quite heavy. Muka dah lain. Terbayang adakah akan cancel dinner date petang ni lantas lepak secret recipe, starbucks or even worse hakim sebab stuck tengah hujan ni? Oh noooo.. Lunch kat sini dah boring gilaaa takkan la dinner pun kat sini. Pleaseee. Suddenly the rain stopped after 10min! Lelaju gerak ke KLCC. Senyum.

2. Ish took 20min to stare on the menu and end up with 'tak tau nak makan apa..' Dah agak. The reason why we dine at a restaurant only once in a while. That's him. Hanya masakan mama yang bertakhta di hati. After had a 'discussion' with the waiter, he choosed his meal that he already want the moment he open the menu. Ok. Me? Of course cajun chicken.

3. When our foods arrived on the table, both of us were very happy. Surprisingly my husband turned to be a bit romantic. Suap-suap tanpa diminta. Eh? Cam pelik gila ok. Orang lain yang biasa berOmantika ngan husband walaupun kat luar memang tak pelik la. We are not that kind of couple. That's why pelik. But i am happy with that. Hik. Jalan-jalan kat KLCC memang selalu, tapi nak bermesra memang tak. Dalam bilik saja. Hahah teettt!

4. One thing i hate about dine outside is i usually dont really like what i had order eventhough i craved about it at the first place. Entah kenapa selalu pun makanan ish akan nampak lagi sedap dan rasa memang lagi sedap dari apa yang aku pilih ( oh memang berbaloi dia fikir lama-lama sebelum order). So, memang akan berlakulah adegan tukar pinggan. Aku mesti nak dia punya dan secara automatik aku anugerahkan makanan aku yang  tetibe dont really suit my taste tu kasik dia. Ish mesti akan redha dan cakap takpe. But i wonder how was his feeling? Betul-betul ikhlas ke turn off eh? Tanya banyak kali pun dia tetap akan cakap takpe. But the truth is? Annoyed? Ke? Alamak.

5. The juice ish had is free flow. So he asked to refill for the 3rd times. Amek, kembung perut. When the waitress took his glass, i noticed there was another glass oh her hand and after she leave to get the refill, i saw her confuse face which one is our glass.. 'ish budak tu confuse mana satu glass ish' 'hah? Yeke? Eee glass sape lagi satu tu?' 'glass makcik kepoci yang bercakap macam pakai mic belakang ish tu la' 'eeee tanak ah minum' 'minum jela,pe salahnya cemolot secara tak langsung ngan makcik tu' 'eeeee...' ok memang tak minum dan blah setelah terlantar kekenyangan dekat sejam. 

6. After dinner, had a window shopping (je) and passed by the level 4 food court. Reminiscing our memories. ' ni la tempat awak ngorat saya dan selalu temankan makan dulu.ingat tak?' 'mestila papa ingat. Hee..' The place we met and fell in love was at our lovely CIMB KLCC branch. Maka selalulah lunch pukul 4 (lambat gila lunch kan?) tu ish yang temankan (sebelum tu memang seakan loser pergi makan sengsorang sebab tak boleh lunch sama ngan partner) Situ la tempat dating hahah. Tiada tempat dating lain kerana tunangnya ini yang sangat busy weekend pun keje ngalahkan bangla dulu. My work station was my second home. Ohhh rindunya zaman bercinta. Eh sekarang pun bercinta jugak cuma kena tambahkan feel romantika tu kot. Kena pandai cari peluang nak together gether. Yelah adilaaaa..

Overall, i really enjoy it. Feeling dating as a lovebirds again. Seriously dah lama tak bersembang panjang just the two of us. Lately agak serious dan challenging mungkin faktor penambahan responsibilities and et cetera. Now a bit releived. Thanks husband. Alhamdulillah. Feel appreciated. Seeee..bukan susah nak amik hati wife hokay. Just spend a little time and be darling. K bye.


Thursday, December 27, 2012

Tak semua, tapi memang kebanyakan lelaki ego



Nak tergelak tengok ‘bos pompan’ kat ofis ni merajuk duduk kat surau sorang-sorang tak nak jawab call, taknak duduk kat workstation dia, tak nak attend meeting gara-gara sentap dengan sorang ‘bos laki’ yang dirasakannya tak appreciate keje dia. 

Sambil mengomel sayup-sayup ‘orang nak tolong dia, tapi dia tak appreciate pong..dah lama suruh buat paper tu tapi tak buat-buat. Bila kita buat, dia marah kita balik. Susah betol la kije ngan laki nih. Bakpenye orang laki ni ego sangat?’

Aku diam dan senyum. Respon sikit ‘Hmm..’
Memang lelaki ego kan. Macam la tak tau. Biasalah.

Latest experience -
Aku: ‘Ni kad kawen pastu dah google map nak gi wedding tu. Tengok la siap-siap kang senang dah tau, tak tercari-cari..’
Lelaki: ‘Aa tak yah. Dah tau dah.’  *tak tengok langsung pun*
On the way -
Lelaki: ‘Mana map tadi? Dah salah jalan la pulak. Adoii kena patah balik la..’
……………………………………  *bunyi cengkerik walapun masa tu takde cengkerik*

Hang nak tau takkk?



Situasi 1: ‘Fairos tu memang problem. Suka amik makanan orang. Jaaangan la letak makanan ka minuman ka dalam fridge, slamba ja dia kebas. Kita ada tulis nama pun dia kebas jugak. Tak tau la orang jenis pa dia tu. Loqlaq sungguh aih.’

Situasi 2: ‘Cik Enon tu memang laaa.Tak heran pun kalau dia kena lagu tu .Dulu dia suka amik buah orang, kuih orang..La ni orang amik barang dia pulak. Tu la balasan diaaa..Padan muka.’

Situasi 3: ‘Bedah tu memang lagu tu. Suka cari pasai dengan orang. Kaki gaduh dia tu. Ada ja tak puas hati. Musuh ketat aku tu. La ni dia buat pasai lagi? Tak habis-habis laaa. Bila ntah nak sedaq.’

Situasi 4: ‘Pa masalah diorang tu suka amik tau pasai orang lain na? Takdak keja lain ka? Pelik sungguh kan?’


Errr..aku lebih pelik dengan kau. Kau tak perasan ke setiap kali kau cakap aku tak bagi respon?
Hari ni kau slow down. Dan aku sangat lega. Thank you.


Wednesday, December 26, 2012

Enough



I don't really need anything else.

Keropok Setan


Petua menghilangkan mengantuk.
Makan ini.


Apakah?
Kerepek / keropok / keripik setan.

Memang setan.

'BANDUNG - Toko cemilan yang berada di Jalan Kiara Condong Bandung ini selain menawarkan berbagai cemilan dan aneka manakan ringan juga menawarkan kripik setan yang memiliki citarasa super pedas. Jenis makanan yang satu ini memang menjadi favorit di toko tersebut karena merupakan makanapaling diburu oleh masyarakat 
Dalam penjualannya, kripik setan ini dibagi beberapa level sesuai tingkat kepedasannya mulai dari level 3 hingga level 10 yang memiliki rasa super pedas..'

Siap ada level kepedasan tuh?

My experience was like this :
Amik satu dengan berseleranya (sebab tengah lapar dan kunyah laju-laju), 
pastu nak amik lagi satu untuk kunyahan seterusnya (biasa la makan keropok mesti nak makan lebih satu kan?) tapi langkah terstop sebab tetiba rasa -
menyengat kat lidah + hidung pedih berangin + mata berair + tangan automatik terkipas-kipas mulut + lalu lidah pun terjuih mencari air. Untuk effect lebih pedas, pompan-pompan kepoh akan bising sambil cakap 'pedasnya! pedasnya! pedas gila weyh! cuba rasa, cuba rasa! pedas gilaaa!' << camy

Tak tahu lah keropok setan yang Apit bagi ni pedas tahap berapa.
Tapi seriously PEDAS GILA!


Terus hilang mengantuk.
Memang sesuai dijadikan tit bits untuk meeting -meeting yang membosankan.
Sesuai juga untuk prank orang yang suka pow makanan orang lain.


Ye betul, memang sheytonnirrojim nye keropok!

Masa pegi Bandung last year tak jumpa lak benda nih.
Kalau ada, inilah yang ku jadikan souvenir untuk rakan taulan yang menanti sesuatu hahah!
This is better than pisang salai or pisang molen you know. Hehee..

Tuesday, December 25, 2012

Tips Membanyakkan Susu Badan - Part 2


Ewah, ada Part 2 (as requested by some friends)
Ada kawan-kawan yang baru bersalin tanya camne nak banyakkan susu badan?
Part 1 was my post about a year ago.
Here the link : Tips Membanyakkan Susu Badan.
I am still with my campaign 'Breastfeeding, good for baby good for you!'

Petua saya masih sama dengan yang dulu. Exactly the same ways.
3 main tips : 
1. Banyakkan minum air (plain water at least 1.5 litre/day + milk and cereal)
2. Kerapkan menyusu dan mengepam (consistent time gap e.g every 2 hours)
3. Positive mind set (believe that you are able to express bm for the sake of your baby)

Tapi nampaknya tips yang sangat basic ni tak menjawab persoalan kawan-kawan dan saudara mara yang nak cuba exclusive breastfeeding.

Soalan lazim 1 : 'Dila breastfeed Aisy lagi eh? Sampai bila? Masa Allysha dulu sampai bila?
Ya..selagi termampu dan selagi boleh. Masa Allysha dulu sempat setahun pastu Allysha sendiri dah taknak maybe dia tahu dalam perut mommy ada adik. Heee..

Soalan lazim 2 : 'Dila pakai double pump eh?boleh la..'
Takkk..saya cuma pakai Medela Swing saja. I wish to have freestyle tp tak mampu hukk.
Pump camne dan jenis ape memang penting. Tapi kalau malas pump, tak guna jugak. 
Yang penting, pump sekerap mungkin dan consistent. Kalau boleh, buat power pumping.

Soalan lazim 3 : 'Dila ada deep freezer eh?boleh la buat stock..'
Takdeee..hanya tumpang freezer mama saje. Kalau tak muat, transfer stock ke rumah mak tumpang freezer sana pulak. Tapi sekarang takde extra dah sebab Aisy dah minum banyak.
So apa yang mommy dapat pump hari ni, tu lah rezeki Aisy esok.

Soalan lazim 4 : 'Dila ada makan supplement pape ke?
Masa Allysha dulu takde makan supplement pun sebab tak perlu.
Tapi sekarang ada amik alfalfa sebab memang cuba seboleh mungkin nak membanyakkan susu. Saya bukanlah dealer shaklee ye. Tapi bila ada kawan-kawan tanya, memang akan recommend alfalfa Shaklee ni. Memang berkesan untuk menambah susu. The best supplement i have ever tried so far. 

Additional tips :
4. Supplement (for me is alfalfa)
5. Challenge yourself (saya suka letak bm storage kosong kat tepi masa buat kerja untuk ingtakan yang saya perlu fill up sebanyak mungkin. lagi banyak lagi bagus dan setkan time  perlu penuhkan dalam masa berapa hari hehe..)


Selamat mencubaaaaa!
Ingat tau.. 
'Breastfeeding, good for baby good for you!' *pegang sepanduk*

p/s: sorry dah lama tak type entry membebel so flow cerita tunggang langgang.

Tuesday, December 18, 2012

Sakit Gigi


Sehingga tak dapat berfikir.
Effect sakit gigi sama ngan b* bengkak.
Tangkap sampai kepala dan mengganggu emosi.

Sampai kadang-kadang orang cakap apa pun dah tak boleh dengar.
Sayup-sayup je sebab secara automatik akan terfocus kat rasa sakit.
Walaupun dah termakan painkiller sebab tak tahan sangat, tapi tetaaappp rasa sakit.
Kalau berjalan kesana sini, lebih sakit rasanya. Adoi. Nak duduk diam-diam je.


Ye, beginilah. Sampai ke tahap tangan sentiasa kat pipi sebab nak tekan rasa sakit tu
(tak membantu langsung pun).
*fening*

Di saat ni, curiosity level pula meningkat sangat tinggi.
Sangat nak tahu apakah rupa gigi yang sakit ni. Berlubang ke, berlubang kecik ke besar ke, berulat (masa kecik-kecik mak cakap kalau makan gegula banyak nanti gigi berulat) ke, 
tak sabar nak tengok rupa si gigi yang sakit itu.

Ok, perlu jumpa denstist secepat mungkin sebab petua hape pun dah tak jalan.
Perlu settle cepat sebelum ada orang kena marah tak pasal-pasal.
kbye.


Thursday, December 13, 2012

An apple a day..

keeps the doctor away..

Ramai juga yang tanya Allysha makan apa sebab body dia cam padat-padat gitu.
Seriously Allysha tak makan nasi, cuma minum susu (bf until 1 year, then Friso).
Ok, memang ramai terkejut, minum susu je dah besar camni?
Hello! Biarlah, asalkan dia sihat. Alhamdulillah.

Bukan we all tak ajar dia makan, tapi dia memang tak suka sangat nak makan berat.
Suap sekali, pastu taknak dah. Lauk pun tak berapa suka.
Biskut pun makan main-main. Tak tau la kenapa.

Tapiiiii..Allysha suka makan buah!




Yes, she really enjoy fruits.
Tengok, terpejam-pejam mata makan buah.
Apple, grapes, watermelon, kiwi, orange, mango. Yum!

Cupcakes

Dear cuppies,
till we meet again.

Dah banyak minggu postpone nak baking.
Tangan dah gigil nak pegang mixer, nak buat kecah dapur.
Tapi mengenangkan handbag baru I yang tak boleh berenggang sekejap pun 
dengan Mommy dia tu, memang lupakan jela impian itew.



Tak sabar nak main baking-baking dengan Allysha.

Wednesday, December 12, 2012

Aisy Azziqry : 2 Months 2 Weeks

Aisy is now 2 months + 2 weeks old.
Dah mula suka sangat hisap jari, leka tengok advertisement, senyum-senyum bila nampak orang, pandai ketawa bila diagah, dan bersembang (dengan rancaknya).
Inlah punca mommy jalan tak nampak orang dah sebab sentiasa terbayangkan Aisy
(memang rabun pun ye jugak).



 Aisy pun dah pandai tidur sendiri bila mommy tinggalkan dia dalam bilik masa nak pegi keje. Tidur tanpa orang temankan. Tidur tanpa perlu minum susu.
Independent eh? (tapi kalau mommy ada, tidur nak berdodoi dan berdukung aje).



Oh, husband and me so addicted to Aisy's smell. Bau muntah dan peluh yang sangat bashi tapi mendamaikan dan melegakan bila dicium dan disedut dalam-dalam. Hilang penat.
Paling best bau kat leher, celah-celah jari dan belakang tengkuk. Smellylicious!

Kakak pulak dah boleh diharap untuk tengok-tengokkan Aisy, mama kata.
(walaupun 20% je harapan yang boleh diberikan)
Kalau adik menangis, kakak akan tarik tangan mama supaya mama tengok kenapa adik menangis. 'Aisyyy..Aisyyy..Mamaaaa..Aisyyy..'


Ok, tak sabar nak sampai rumah.
Miss Aisy and Allysha so much!

Tuesday, December 04, 2012

Order Homemade Durian Crepe Here!


Have you ever taste this phenomenal durian crepe/durian pancake/bantal durian?
Or never get enough and want more? and more?? and more???
Some people craving for this so badly.


Sensational and Scrumptious Homemade Durian Crepe in the house y'all!
Thin crepe + rich whipped cream + fresh durian = yummy!!
Melt in your mouth, not in your hands. Hehee.. ;p


Promotion Price :1 Box (7 pieces) - RM10.00
COD : Bangsar, Pantai Dalam and places nearby
Sms / whatsapp :  0122725508.

by : Rinron Delights.

Aisy's Preferred Teat


Hari ni hari ketiga tinggalkan Aisy dengan Mama.
Rasa lega dan tak risau sangat sebab semalam Mama cakap Aisy dah ok.
Alhamdulillah.

Hari pertama, fail!
Mama cakap Aisy menangis dari pagi sampai petang.
Pastu taknak minum susu. Bagi ebm, taknak. Bagi formula (standby je) laaagi la dia taknak.
Ish balik rumah,pastu call..Dengar suara comel Aisy yang menangis sampai serak suara, mommy dia yang bergenang air mata. Tak sabar nak balik jumpa Aisy. Huwaaaa!

Sampai je rumah, nampak Mama tengah pangku Aisy. Sian Mama sebab Aisy kalau nangis memang tak boleh letak. Aiyoo..mesti Mama letih gila. Rasa bersalah sangat.
Then, amik Aisy dan terus bf dia.
Dengan mata kuyu sebab letih menangis, Aisy minum sampai tertidur. 
Sobs.. Ciannya anak mommy. I'm so sorry darling, you have to wait for me for 11 hours.
Mula la terfikir nak benti keje la hape la. Haishh..
Ish kata mungkin Aisy menangis sebab dia tak suka puting botol ni.

Teat Avent for newborn ni keras dan sangat jauh beza dengan b. My fault. 
Kenapa la tak terfikir nak sediakan botol yang paling sesuai untuk Aisy sebelum start keje.
Confident sangat. Lain baby lain taste. Allysha suka, tapi Aisy tak suka la mommy..
Ok Ok. Memang ntahpape la mak dia ni..

 Hari kedua, Ish bagi botol MAM untuk Aisy.
Pergi keje berdebar-debar (eceh) sebab risau kalau Aisy menangis-nangis lagi, 
kesian la kat Mama. Mesti penat nak pujuk dia.
Call Mama, surprisingly, Aisy ok je dah tak nangis cam semalam.
Ooo..That means, Ish was right! Aisy nangis sebab tak suka teat botol dia.
Yang MAM ni dia suka sebab teat lebar kot. Ok..
 Yay! Problem solved!

Wednesday, November 28, 2012

Aisy Azziqry : Two Months


Aisy turn two months now.


His current weight is 6.25 kg. 
Huyoh!


No wonder, he had the best precious milk for babies.
Tengok la hasilnya. Tough kan? Hehee..


Birthday hugs and kisses from kakak.
'Mmuahh..mmuahh..Aisyyyy...'

The only word kakak can pronounce correctly is her lil brother name : Aisy.
Oh my babies, you bring me so much joy!

Dosa & Musibah



Apparently so true.
Mama cakap, kalau kita rasa sedih atas musibah yang menimpa berpunca dari orang lain, 
tu mungkin datang dari kesilapan kita juga sama ada sekarang atau yang telah lalu.

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Tagabun:11)


The Sweetest Revenge Is..


TO LIVE A GOOD LIFE

Because nothing drives people more crazy than seeing someone 
he/she hate/hurt live a good life with happiness.


You really envy me? And decide to do bad/stupid things? It is up to you.
Just remember, Allah swt The Almighty.


# Alhamdulillah. I am so blessed. 

Doa Solat Sunat Dhuha

Assalammualaikum darlings!
Mengantuk ke? Tak ada benda nak buat? Boring? 
Jom solat sunat Dhuha..

(dah post pasal ni. tapi nak post lagi. boleh? # macam la baik sangat minah ni..
ala, yang baik ajak la. tak nak pengaruh buat benda tak baik..hehee)

Solat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seorang hamba kepada Allah SWT 
atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Ia juga amalan berbentuk sedekah.



Dah solat, baca doa ni:

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka

Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu

Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika

Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah

Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha

KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala

Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh.

Amin.

Monday, November 26, 2012

Cara Mengira Waktu Subur


Menghitung masa subur kitaran haid normal :

Jika kitaran haid terjadi setiap 28 hari
- Hari pertama adalah hari pertama haid

- Hari ke 12-16 adalah masa subur

Contoh
Jika wanita mula datang haid pada 5 Mac
Hari pertama adalah pada 5 Mac

Hari ke 12 adalah pada 16 Mac
Hari ke 16 adalah pada 20 Mac

Jadi masa subur adalah pada 16-20 Mac. Untuk pasangan yang ingin memiliki anak, 
lakukan hubungan suami isteri pada hari tersebut. Cuba setiap hari ; )

Tapi untuk pasangan yang sedang merancang, jangan sesekali lakukan aktiviti berkaitan dalam waktu itu. Bahaya! Dont you ever! Heheee..




Menghitung masa subur kitaran haid tidak normal :

Untuk kitaran haid yang tidak normal atau tidak teratur, 6 bulan diperlukan untuk mengira masa subur.
- Rekod kitaran haid sebanyak 6 kali atau 6 bulan berturut-turut
- Satu kitaran haid dihitung sejak hari pertama haid bulan ini sampai hari pertama haid bulan berikutnya
- Menentukan hari pertama masa subur = jumlah hari terpendek selama 6 kali kitaran haid dan ditolak 18
- Menentukan hari terakhir masa subur = jumlah hari terpanjang selama 6 kali kitaran haid dan ditolak 11

Rumusan
- Hari pertama masa subur = jumlah hari terpendek - 18
- Hari terakhir masa subur = jumlah hari terpanjang - 11

Contoh
Seorang isteri selama 6 kali kitaran haid didapati kitaran terpendek 25 hari dan terpanjang 31 hari.
Masa subur wanita itu adalah
Masa subur untuk hari pertama : 25 - 18 = 7
Masa subur untuk hari terakhir : 31 - 11 = 20

Jadi masa subur wanita itu adalah dari hari ke 7-20 dihitung sejak hari pertama haid.



# Ala sekarang sume orang dah ada smartphone.
Download saja apps begini.




Sunday, November 25, 2012

Resepi Durian Crepe


Wah! Most viewed entry dari blog ni sekarang ialah: resepi durian pancake.
Durian pancake = Bantal durian = Durian crepe.

Very phenomenal. Yelah, tengah musim durian ni kan.
Kalau dulu ada durian lebih mesti campur dalam bubur kacang, 
buat kuah durian makan ngan roti atau buat lempok atau tempoyak.

Sekarang dah lain u ols. Ada durian lebih, beramai-ramai nak buat durian crepe.
Nak beli, cam mahal. Sekali sekala boleh la. So makin ramai dah cuba buat sendiri.
Told ya, so easy to prepare. Kan? Semudah 1,2,3!

Tak percaya?
1. Blend telur + susu + vanilla essence + butter + tepung gandum.
2. Heat non sticky pan, pastu prepare crepes.
3. Buat filling dengan whipped cream dan isi durian.
(full recipe kat link atas tu)

Taraaaa!!


Biar rupa huduh, asalkan rasanya tetap sama cam durian crepe yang dibeli tu. 
Heheee..Selamat mencubaaa!

Saturday, November 24, 2012

December Appreciation


Too many things to buy. 
Too little money to spend.
Kan best kalau banyak duit *Dasar perempuan*

Ada orang pesan, kalau tak cukup duit jangan segan-segan nak mintak pape kat husband.
Hahah agak aneh pesanan dia tuh. Aku tak segan. Cuma kesian.
Tapi..buat apa nak kesian? A'ah kan, kenapa nak kesian?
Dia kat husband aku. Aku ni tanggungjawab dia.
Kalau tak mintak kat husband, nak mintak kat sape lagi kan?

Lagipun sebab kita tak mintak duit belanja harian, why not kita tukar mintak present.
Maksudnya, tiap-tiap bulan kita pow husband kita present as a small appreciation 
sebab jadi wife yang lahirkan/besarkan anak-anak dia etc. (alasan tapi betul)
Ala bukan la yang mahal. Agak-agak ikut kemampuan la kan.
Jangan tunggu birthday / anniversary je. Rugi!
Best tak idea ni? Beeesssttttt..

So 'small appreciation' for the month of December from my husband is :



Ray Ban Aviator Shades y'all.


Dipilih oleh MIL. Good taste, Mama.


Lebih kurang camnilah kalau pakai tudung. Love it!