There was an error in this gadget

Tuesday, December 13, 2011

Tips Membanyakkan Susu Badan


Kalau search pasal tips membanyakkan susu badan, memang banyak sangat listing tips dan petua yang boleh kita apply. Banyak sangat. Contohnya berurut dengan bidan la, makan broccoli dan lobak putih la, minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah la, amik daun sirih letak dekat breast la, itu la ini la.

 Memang lepas baca mesti rasa berkobar-kobar tetiba berazam nak cuba semua method tu dengan harapan lepas cuba tu terus breastmilk flow laju pastu dapat banyak berpuluh ounz sehari. But how frequent we are willing to try it? Its all about consistency tau.

Saya adalah pengkempen "Breastfeeding!Good for Baby, Good for you!".
Rasa geram je dengan ibu-ibu yang cepat give up sebab susu tak keluar la hape la. Kena la consistent. Mula-mula memang la tak banyak. Masa dalam pantang dulu sampai berdarah-darah nipple. Tahan je. Nasib baik mom and hubby bagi full support.

Now my dayghter is 6 months over already. Alhamdulillah. Masih ada susu untuk si manja saya tu. Dan dia baru sekali je pernah demam. Selsema atau batuk pun tak. Syukur.

Petua saya senang je. Tak payah susah-susah nak gi beli lobak putih last-last tak makan pun. Tak payah susah-susah nak beli daun sirih last-last tak letak pun kan. Baik kita amalkan tips yang senang dan kita boleh buat secara consistent dan kerap.

Petua pertama : Banyakkan minum air. Air sangat penting ok. Air yang dimaksudkan adalah plain water dan minuman bersusu macam horlicks, milo. Cereal pun sama. Macam oat dan nestum. So, saya memang tak miss minum milo campur oat sikit.
Plain water? Jangan cakap la. Tak kurang 1.5 liter sehari. Kalau minum plain water je, kadang-kadang susu cair. Kalau minum milo juga, Insyaallah susu tu lagi pekat.

Petua kedua : Kerapkan menyusu. Allysha memang kerap menyusu sebab dia suka main-main masa breastfeed. Minum 5 minit pastu dah sebok nak tengok tv la nak main la. Hehe cute. Tapi lepas half an hour cari mommy dia balik. Sabar jela.
Tapi xpe, untuk si bambam saya yang tersayang ni apa pun boleh.
Kalau kat office saya selalu pumping. Lantak la orang nak mengata ke apa ke, saya pumping jugak. Biarlah. Tak rugi lah company kalau kita spend time gi pump sekejap. Malah, kurang claim medical atau emergency leave sebab anak tak pernah atau jarang sangat demam. Haaa.

Petua ketiga : Mind set. Ni memang selalu di ingatkan oleh kawan saya yang kita mesti sentiasa berfikiran positif yang kita ada susu. Kalau tetibe takde pun, mesti positive percaya lepas ni mesti ada balik.
Kalau kita fikir xde, xde la. Kalau kita fikir ada, mest ada. Insyaallah.

Ha, tu jela tiga petua yang saya amalkan yang memang terbukti berkesan. Selain dari tu, jangan lupa selalu berdoa kepada Allah swt minta dipermudahkan urusan seharian ye.

Selamat menyusukan anak!
 Oh nak type lagi sekali "Breastfeeding!Good for baby, good for you!"



3 comments:

AMIanna said...

Yeeaayy.. go Adilla Go Alyssha!! hehee....
like it.. thanks Dla!! =)

Adila Hashim Shariff said...

U are most welcome dear!Hehehe..abaikan je aura-aura negative tu k!

Kenari Putih said...

Bagusla tip awak ni. Saya letak link utk awak, sebab banyak awak cerita paal natural way.