Hi! Saya suka backpack! Senang gerak. Senang kemas barang. Tak payah risau kalau ter exceed berat baggage bila balik etc. Banyak kebaikannya ni. (konon-konon..)
Tapi kalau anda orang macam saya, yang rasa semua benda adalah penting dan perlu di bawa, bukan senang nak jadi backpackers. Ingat muat ke nak bawak masuk semua essentials dalam 1 beg yang digalas? So kena arrange betul- betul. Kadang-kadang menghadap beg sampai stress. Dah masukkan, keluarkan balik. Pastu masukkan balik sebab rasa macam penting pastu keluarkan balik sebab ingat tujuan asal adalah nak backpack je. Tapi last-last masukkan balik sebab takut nanti nak guna time travel tu. Last-last tak jadi backpack dah. Natijahnya, travel bawak dua baggage walaupun untuk trip 3 hari 2 malam je. Haishh..
So setelah beberepa tahun berkecimpung dalam bidang backpacking ni, (ada ke), saya dah tak perlu buat packing list. Semuanya dah ada dalam kepala ni tinggal amik masuk beg je sehari sebelum travel. (jangan tiru aksi ini jika anda seorang pelupa). Saya juga semakin rela dan berani untuk tak bawa baju extra time travel. Body lotion berperisa strawberry botol medium juga berjaya dikeluarkan tanpa dimasukkan semula masa nak pergi airport tu.
So saya nak share dengan anda apakah barang-barang yang paling penting bagi saya yang perlu dibawa untuk travel dan terus berjaya mendapat ruang dalam backpack saya itu lantas dapat travel bersama saya.
Jengjengjenggggg!!
1. Passport + Copy of Passport
Ini paling penting ye. Cepat-cepat masukkan dalam beg.
Jangan la buat drama kat airport tetibe kata tertinggal passport la.
Memang burn duit beli ticket.
Copy of passport tu letak la tempat lain dalam beg.
In case kalau passport hilang, kita ada copy. Taklah pendatang haram sangat.
Senang sikit nak issue temporary passport.
Copy of passport tu letak la tempat lain dalam beg.
In case kalau passport hilang, kita ada copy. Taklah pendatang haram sangat.
Senang sikit nak issue temporary passport.
2. Foreign Currency + RM + Credit Card
Saya pernah terlupa sangat nak tukar duit dong masa pergi Vietnam last week tu. Nasib baik diorang accept RM. Jangan lupa asing-asingkan duit tu kat tempat lain. Takut tercicir ke terhabis guna untuk shopping ke apa, nanti bila ada benda penting nak kena bayar, menggagau pulak. Credit Card tu walaupun tak guna, bawa je. In case of emergency. Jangan lupa call bank bagitau kita nak travel.
3. Camera + Charger
Tanpa camera,siapalah kita. Hiks.
Kan rugi kalau pergi jalan-jalan tapi tak amik gambar.
Camne nak share experience dengan orang lain kan.
Setakat cerita je, orang pun malas nak dengar. Mesti la nak tengok gambar sekali.
Jangan pulak bawak camera je tapi rupanya tertinggal memory card la tertinggal batery la. So make sure sebelum keluar rumah, semua complete.
4. Make up kit (reduced quantity)
Hoi ni paling penting!Haha. Tapi jangan la bawak yang bukan-bukan ye.
Untuk saya cukup la moisturiser, compact powder, eyeliner dan lip balm.
5. Tshirts + Cardigan + Sleepwear
Biasanya saya bawa 2 helai t shirt je. Untuk pakai malam dan untuk tidur.
Jeans pakai yang sama je atau beli yang lain kat sana.
6. Innerwear + Panty liners
Ini memang kena bawak cukup.
Taknak la orang shopping baju seluar, kit sebok nak shopping underwear.
Bawak pantyliner lebih supaya bole selalu tukar untuk keselasaan yang lebih lama. cewah.
7. Toilettries (reduced quantity)
Tak payah la bawak yang besar-besar. Make sure bawak cukup-cukup untuk travel je tau.
Kalau tak bawak pun takpe. Kan hotel provide toothbrush bathgel sume tu.
9. Breat Pump
Ini nyawa saya lepas bersalin. Sebab saya brestfeeding, body saya sentiasa produce susu.
Kalau baby takde dengan saya dan tak dapat keluarkan susu,
memang boleh bengkak pastu jadi sakit dan tak selesa.
So saya akan bawak ni kemana-mana saya pergi.
Kalau ada kesempatan memang laju-laju pump dulu sebelum gerak ke tempat lain.
10. Travel Guide + Small note book + Pen
Jangan la pergi mana-mana tanpa buat survey atau review dulu. Bahaya tau.
Sebelum pergi search la ape yang patut. Mana-mana info yang penting boleh la kita print out dan buat reference masa travel. Contohnya, taxi mana yang ok ke, tempat mana nak amik train ke, nama jalan ke, nama restaurant ke etc.
Haaa tu jela. Seriously. This is it. Yes I did it!Haha..
No comments:
Post a Comment