Monday, December 26, 2011

Tips Menghilangkan Mengantuk di Office


Hi, nak tau tak? (sila cakap nak dalam hati)
Masa keje bank dulu, saya memang tak sempat nak rasa mengantuk. 
Sampai tak faham apakah erti mengantuk di pejabat? 
Macam mana rasa mengantuk masa keje tu?
(sebab busy sangat)
Cewah.

Tapi sekarang, mengantuk dan saya memang tak boleh dipisahkan.
Masa pregnant dulu lagi laaaa.. Asyik nak tidooo je..
Tak kan nak minum coffee sampai 2/3 cup kot. Kan tak elok.
Ala, minum coffee banyak pun mengantuk jugak.
So apa nak buat ni?

1.       Breakfast
Ini wajib. Walaupun tak lapar sangat, tetap kena breakfast ok. 
At least a cup of milo/tea and cream crackers. 
Kita kena la ada sumber energy to start the day. 
Minum milo anda jadi sihat!dan!kuat!
Tu kalau tak lapar. Kalau lapar? Jangan makan nasi lemak! 
Lagi la mengantuk. Makan roti je dah la. 
(reminder untuk diri sendiri yang setiap hari pun teringiinnnn sangat nak beli nasi lemak)

2.       Chew something light every hour to refresh
Chew something light contohnya chewing gum. 
Bukannya makan nasik goreng pulak time tea break. 
Gula-gula hacks ke halls ke pun ok. Tak pun buah. 
Apa-apa yang ringan dan low cholesterol, dalam kuantiti kecil saje ye. 
Masa saya pregnant dulu sentiasa ada stock kismis sebalang.
Tapi sekarang, stock hoeny star sebalang. Omaigod!!

3.       Walking around the office.
Jangan pemalas sangat kalau dah print pun suruh orang lain amikkan. 
Jalan la sikit kan. Kalau tersinggah meja orang suke bergosip, kan dah tak mengantuk. 
Oops. Hehe.

4.       Lots of plain water
Minum banyak air. Air membawa oxygen ke otak. 
Kalau kita cukup oxygen , kita tak la mengantuk kan.

5.       Nap
Nap ni maknanaya tidur sekejap. Sekejap je. Bukannya tidur dua jam ye. 
It is enough to get between 10-15 minutes to refresh. 
Daripada tahan mengantuk pastu jadi tak productive langsung, baik tidur sekejap. 
Kadang-kadang lepas bangun tu la baru idea mencurah-curah nak siapkan keje.

6.       Favourite songs playlist
Dengar lagu-lagu menarik yang anda suka. 
Kalau suka, kita biasanya akan sing along kan. 
Kalau mulut dah terkumat kamit nyanyi tu, mesti boleh kurang mengantuk. 
Jangan la dengar lagu ala-ala lullaby plak. Kang lagi nak tidur ada la.
Playlist saya mestilah ada Bruno Mars dan James Morrison..hiks.

7.       Solat
Haaa..Dengan solat la kita paling senang nak hilangkan mengantuk. 
Selain daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, 
semua orang tau ada banyak sangat fadhilat solat. 
Masa nak solat, kita kena basuh muka. Masa tengah solat, kita excersice. 
Masa berdoa lepas solat, kita focus. Lepas solat, kena lipat telekung sejadah.
Ada ke orang yang mengantuk jugak lepas solat? 
So solat la kamu sebelum kamu di solatkan.

That's all. Bye!


No comments: