Alahamdulillah. Hajat nak pergi holiday before start school tercapai.
Dikelilingi orang-orang disayangi di tempat yang indah memang membahagiakan.
Husband, kids and mom. I'm so blessed.
Tapi tak banyak gambar yang dapat di snap kali ni.
Actually singgah banyak tempat tapi tak semua tempat sempat amik gambar.
Sedar anak dah dua, memang dah takde chance nak amik gambar beribu cam dulu.
Ni jelah yang ada.
Bertolak hari Isnin pukul 7pagi dari Bandar Tasik Puteri.
Singgah breakfast kat R&R Tapah.
We all decide untuk naik Cameron ikut Simpang Pulai.
Pukul 11 pagi dah sampai Equatorial Hotel.
Ingat nak check in tapi apartment yang we all book belum ready lagi.
So jalan-jalan dulu untuk tak buang masa.
Butterfly park.
Ni selepas we all singgah strawberry farm, bee farm, dan kampung apa ntah
borong makanan panas dan buah-buah untuk makan kat hotel.
First time kot introduce Allysha kat butterflies.
Memula cam takut-takut tapi pastu suka sangat.
Allysha excited tengok butterflies yang banyak sampai terpijak-pijak.
Ada binatang lain jugak.
Snakes la, kumbang la, scorpions, birds, wonderpet, fish, frogs, etc.
Dah macam mini zoo. Worth the RM5 etnry fee.
Dah taknak pegang-pegang, amik gambar dah cica tu.
Dia ingat dia budak besar agaknya. Walhal baru 19m.
Ni opah yang tolong snap kan. hahah.
Memang susah nak amik gambar berempat.
Ni percubaan yang entah ke berapa kali, tak tahu lah. Ni kira paling jadi la ni.
Yang lain blur lah, senget lah, cica tak pandang camera lah haha.
Lepas tu check in kat equatorial pukul 2petang.
Lunch bekal spagetti bolognese dan sambal sardin yang mak bawak. Yums!
Rest sampai pukul 5 petang pastu keluar balik jalan-jalan.
Singgah Bala's place kat Tanah Rata sebab memang dah plan nak datang sini sangat.
Bala's chalet cute dan comel.
We all pernah stay sini dulu. Facilities basic dan biasa saja.
Hanya suka deco garden. Bunga dan dedaun yang berimbun sangat cool.
Fall in love with the english garden style.
Rasa macam kat negara lain. Ewah!
It was cloudy there.
Dua orang kesayangan saya pun suka main posing-posing kat sini hehe.
Sambil tunggu sunset sambil layan fresh air tengok pemandangan indah.
Sorry, tak tau camne nak rotate.
Ramai tanya mana Allysha time ni. Oh Allysha tengah tidur dalam kereta.
Perkara paling mencabar nak pergi jalan-jalan bila bawak babies ni ialah
timing tidur diorang tak sama. Bila sorang tidur, sorang lagi berjaga. Bila ni baru nak tidur, ni pulak dah bangun. Terbantut plan nak menyinggah lebih banyak tempat.
Lepas tu kitorang pergi dinner kat kedai apa ntah.
Tak sempat nak amik gambar sebab Allysha dah bangun dan nak papa dukung aje.
Second day.
Niat nak bangun pukul 7 pagi sebab nak self plucking strawberries tapi
tengok jam dah pukul 10 pagi hokay. Bangun lambat sebab tak leh tidur kids meragam kesejukan. Masing-masing nak berpeluk ketat-ketat.
Dah pukul 11 pagi baru sampai Raju's Hill memang nan hado la nak petik seteroberi nyeee.
EQ farm pulak tutup sebab few days before ramai sangat orang sehingga strawberry diorang dah togel tinggal daun je. So beli jela yang dah siap pack.
Singgah Kea Farm sebab opah dan papa Allysha nak borong fresh veges and fruits.
Value for money. Harus beli banyak-banyak.
Ini gambar google sebab mommy tak join.
Tell you, the orange is so damn good.
Gemuk, manis, juicy tahap dewa oren.
Wajib beli fresh vege banyak-banyak buat ole-ole untuk orang kat rumah okeh.
Instead of roses, he bought this for me. Thanks husband.
Harap panjang lah umur awak di bawah jagaan saya ye cik bunga cantik.
On the way back, plan nak singgah Cameron Bharat Tea Plantation tak jadi
sebab Allysha tengah tidur dalam kereta.
Malas nak layan dia mengamuk kalau terkejutkan.
So drive depan sikit dan singgah Boh Tea Plantation.
Breathtaking views. Sambil minum vanilla hot tea.
Tetibe berangan kan best kalau ada rumah singgah kat tempat sejuk camni.
Kakak cica pulak terjumpa geng gangnam dia.
Melopong tengok boy tu gangnam lagi terer dari dia.
Sayang Aisy. Sangat sporting dan tak meragam langsung.
Tau masa bila perlu tidur dan masa bila kena bangun.
Nanti boleh la kita pergi jalan-jalan lagi k sayang.
Turun dari Boh factory ni pukul 2.30petang camtu.
Pukul 6petang baru sampai KL.
Tiring journey because Allysha was so cranky all the way back home.
Haih sabar jelah. Kalau tak sabar memang boleh menyebabkan bergaduh laki bini hahah.
The end.
#mood malas nak menaip. ayat ntah pape.