Ada kawan-kawan yang pm aku untuk tanya detail pasal gambar yang
aku upload kat fb semalam. Niat upload tu untuk share dengan mommies lain pasal barang keperluan masa berpantang. I might be missing so many things. Tapi ada
jugak yang kata list aku banyak sangat. Oh no, focus to your goal Adila! Yang nak berpantangnya aku, bukan mereka. ; )
Masa Allysha dulu aku memang tak amik tau langsung pasal set
berpantang, supplement, etc. Tak amik tau langsung! Sume mak yang beli. Mak beli Set Berpantang
Orang Kampung. Dalam tu ada bengkung, param, pilis, lulur, minyak gamat, minyak
angin, pil kacip Fatimah, dan jelly gamat. Yang aku habiskan hanyalah jelly
gamat. Walaupun rasa tak boleh blah, tapi aku gagahkan jugak la sebab nak
sangat cepat baik luka.
Tapi memang ya, dalam masa 7 hari tu nurse kata luka dah baik
elok dan cantik (memang cantik la kan sebab jahit tak bius! azab). Pastu mak
tambah pati ikan haruan selain makan ikan haruan hari-hari. Barang-barang lain
dalam set tu, aku tak usik pun sebab degil sangat kan. Tak selesa la hape la. Last-last
mak bagi orang sebab frust anak dia taknak guna pun. Sorry mom, m so regret
now. Lumrah, dah buat baru menyesal.
Lately banyak research pasal barang apa yang
patut dibeli. Dah malas nak beli set.
Bengkung, tungku dah ada. Jamu time Allysha last year ada lagi. So beli apa yang perlu je.
Sebab mak kata tak semua barang yang
kita nak ada dalam set tu. Contoh, kalau beli set Amway, takde minyak kelapa
dara. Kalau beli set Tanamera, takde jelly gamat. Memang la diorang kata
product diorang dah ada combinantion semua tu. Tapi Mak nak yang asing-asing punya. Plus, dengan harga set tu, boleh dapat banyak lagi barang-barang lain.
Ok la..Ikut jela (dah insaf, tak nak degil lagi). Sebab tu list aku cam banyak
je kan..
So ini barang yang perlu dicari dan dah beli semalam :
(click link-link di bawah)
Jelly gamat - untuk cepat sembuh luka
Pati ikan haruan - pun untuk cepat sembuh luka
ASI - air susu ibu ni supplement untuk banyakkan susu badan
VCO- minyak kelapa dara pun banyakkan susu badan.
Lotion halia / minyak hangat - untuk hangatkan badan dan pecahkan lemak lah kan
Ubat periuk - herba dan rempah yang perlu direbus dan diminum semasa berpantang.
Lulur - scrub sebelum mandi. ada lagi, so tak beli
Jamu bersalin - untuk kesihatan dalaman. pun ada lagi. 4 botol. belum expired ; )
Bengkung - yang tahun lepas punya sebab elok sangat lagi kan.
Yang tak beli lagi sebab takde kat kedai tu semalam ialah :
Param, pilis, rempah mandi – untuk buang angin dalam badan.
Kalau boleh nak cari param ngan pilis cream. Ada tak? Kat mana boleh beli?
Taknak dah yang serbuk tu sebab bila kering, habis berterabur pastu mengotorkan tilam.
Tu lah salah satu sebab aku tak suka pakai benda-benda ni. Seriously.
Barut berubat – untuk kempiskan perut. Pakai ni dulu pastu pakai bengkung.
Memula tak tau kewujudan barut ni. Ingatkan baby je berbarut. Tapi Mak Teh Ish kata patutnya kena pakai ni sebelum berbengkung. Baru la perut cepat kempis sebab dalam dia ada herba skali. Masalahnya taktau nak beli kat mana.
Minyak herbanika - pun multifunction. Yani kata sapu ke seluruh badan pas mandi.
Takde dalam list asal, Tapi rasa mahu tambah. (wah beria kau mak jemah!)
Nampak banyak kan? Tapi actually takde ape sangat pun.
Param, pilis, lulur dan rempah mandi tu biasalah kan.
Bangun pagi, kita lulur badan, pastu mandi ngan air suam panas rebusan rempah dan akar kayu tu. Mak juga pastikan aku cuci tut dengan air garam untuk elak jangkitan kuman.
Bila luka tak bersih tu yang jadi lambat sembuh sebab ada bacteria.
Memang sangat fresh lepas mandi camni tau. Selesa je.
Pastu sapu param kat perut sebelum pakai bengkung untuk kempiskan perut dan kalau boleh sapu juga ke seluruh badan termasuk tangan dan kaki sekali.
Pastu sapu pilis kat dahi dan ubun untuk hilangkan rasa berat kepala dan pening.
Last time 4 hari je aku pakai sebab rimas bila kering dia berterabur.
Kai ni nak pakai sampai abis pantang. ( Yela kau mak jemah!)
Jelly gamat ngan pati ikan haruan tu pulak diminum lepas makan lunch.
VCO ni pun untuk banyakkan susu badan selain untuk mencantikkan kulit, mencergaskan badan dll. boleh juga sapu kat kulit dan rambut baby. Atau sapu kat tut masa dah dekat nak bersalin sebagai ikhtiar untuk melancarkan proses bersalin (orang kata la). Sangat multifunction VCO ni tau. Ada dalam bentuk liquid atau softgels.
Lotion halia dan minyak hangat tu pun biasalah untuk memecahkan lemak dan menghangatkan anggota badan, disapu kat memana macam hujung kaki dan belakang pinggang. Normally pas bersalin terasa-rasa lagi sengal badan. So sapu la apa yang patut.
Jamu pulak masa Allysha dulu aku tak makan sangat. Sebab rasa macam ada effect kat dia.
Tak tau la kalau tu perasaan aku je. So ada 4 botol kat rumah. 1 botol pil kacip fatimah Orang Kampung, 1 botol jamu Mak Dara, 1 botol jamu superb limited edition (Rini belikan kat kampung dia tapi makcik tu dah meninggal baru-baru ni). 1 botol pil herba Himalaya.
Dah kena marah ngan Mak Teh sebab cakap taknak makan jamu. Dia start berleter la kata 'kita bersalin urat dah putus seribu tapi taknak repair. Nantiiii..rasa laaaa..
Kembang kendur sana sini..Masa tu nak menyesal pun tak guna..'
(terkedu kejap) Erm..tengok la dulu. Kalau baby ok, i makan la. Kalau tak,
after 2 years dan dah tak bf baru makan jamu, aci tak? Ngeee..
Tukang urut mak dah awal-awal booking makcik mane ntah. Bukan nenek yang time Allysha dulu. Mungkin mak tak puas hati cara nenek tu kot. Ada la 7 kali rasanya. Genap 30 hari, mak suruh berurut ngan mak Muni kat Bangi (pengurut tersohor aka Cik Ijan) sebab ada masalah penghasilan susu. Pam berjam-jam tapi dapat susu 2-3 oz je. Cane nak buat stock bila start keje kan. Masa Cik Ijan urut, memancut-mancut susu keluar sampai basah lencun kain. Lepas tu baru la boleh buat stock ebm dengan jayanya. Puas hati sangat.
Yani ada juga sebut pasal bersalai. Bersalai ni tidur atas katil kayu yang bawah dia ada api bara. wah dah macam daging salai pulak kan. Lain dari bertangas. Badan sedap dan pejal je bila amalkan bersalai masa berpantang, katanya. Tapii..cam tak relevan pulak nak buat kat rumah aku tu. Mana ada katil kayu atau pangkin. Hm..Takpelah, buat cara lain..
Kalau u ols masih pening-pening lalat tentang set bersalin mana yang sesuai digunakan
atau product apa lagi yang patut kita beli, baca ni. Memang kena baca banyak review.
Nampaknya untuk 1st timer, terpaksa try and error lah.
Lain orang lain keperluan dan keberkesanannya kan. Ada orang kata ok, tapi bila time kita, tak ok pulak. Tak guna menyesal. Ikhtiar yang lain pulak lah.
Bila dah anak 2nd 3rd ++ nanti kita mesti dah tau apa yang kita perlukan. So senang sikit.
Yang penting, berpantanglah sebaik mungkin untuk kesejahteraan sekeluarga ; )
(pandai la aku advise orang. cam ketam comel menagajar anak je kan)
Ok la. nak search barang-barang lain pulak. Bye!
p/s: nampak tak kesungguhan aku nak berpantang dengan jayanya kali ni? Insyaallah.
Doakan ye. Yang penting berusaha. Segala yang baik dari Allah swt.
Selamat berpantangggggg!!!
atau product apa lagi yang patut kita beli, baca ni. Memang kena baca banyak review.
Nampaknya untuk 1st timer, terpaksa try and error lah.
Lain orang lain keperluan dan keberkesanannya kan. Ada orang kata ok, tapi bila time kita, tak ok pulak. Tak guna menyesal. Ikhtiar yang lain pulak lah.
Bila dah anak 2nd 3rd ++ nanti kita mesti dah tau apa yang kita perlukan. So senang sikit.
Yang penting, berpantanglah sebaik mungkin untuk kesejahteraan sekeluarga ; )
(pandai la aku advise orang. cam ketam comel menagajar anak je kan)
Ok la. nak search barang-barang lain pulak. Bye!
p/s: nampak tak kesungguhan aku nak berpantang dengan jayanya kali ni? Insyaallah.
Doakan ye. Yang penting berusaha. Segala yang baik dari Allah swt.
Selamat berpantangggggg!!!
7 comments:
just nk bkongsi info dgn adila coz nmpk sgt u x puas ati x dpt injection local anaesthesia kat tut ms misi jahit..FYI local bius mmg sengaja x d bagi coz untuk elak u py jhtn or luka tu nmpk hodoh..coz bl inject local,akan terbentuk gelembung2 kat u py tut,mmg la temporary jer,tp still x cntik lar,tq,sharing is caring
hi anon! tq for sharing. i knew it. member ade adik kat o&g.she said the same thing..tapiiii..sgt sakit oo..cant stand.alaaa..perlu ke cantik2.bkn nk amik gmbr pn.how bout yg bsalin kat private tu.diorg dpt bius.so less the pain..tp mmg nurse yg check after 7 days tu ada ckp 'cantik jahit luka ni..' erk ok thanks. heheee ; )
ok,klu x nk pk cantik pun pk la utk keselesaan dila,nnt tut tu gelembung2 lg ssh nk jln...peaceeeeee
ooo.. patut la.. emm.. ok.. hee.. bai..
Adila..ko dah jumpe lum barut berubat tu? camner rupe bentuknye..nk beli katner? aku google tp cam byk sgt jer..konpius aku
Kat mne nak beli param pilis lulur yg serbuk?
Post a Comment