There was an error in this gadget

Sunday, September 09, 2012

Air Selusuh - DIY


Biasanya air selusuh ni di sediakan oleh ustaz/ustazah/alim ulama yang dipercayai.
Tapi..kalau nak buat sendiri pun apa salahnya kan.
Rasanya lagi afdhal kalau suami kita yang boleh sediakan.
Redha Allah swt tu kan terletak pada redha suami juga..

Bila google ayat-ayat yang biasa dibaca untuk membuat air selusuh ni,
tak la susah sangat kan. Rujuk je terjemahan AQ.
Selawat syifa' pun pernah dishare dan boleh click kat belah kanan ni.

So masa prepare untuk bersalin Allysha dulu, 
air selusuh ni kami baca sendiri je. Sebab time tu tak tau nak mintak kat sape.
Tapi bagus juga kan, at least belajar sesuatu. : )
Untuk deliver adik ni pun, kami prepare sendiri jugak lah.
Insyaallah. Ikhtiar untuk dipermudahkan urusan bersalin.

Ada beberapa cara yang boleh kita praktikkan :


Cara A


1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin
5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)
6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin

Cara B

1. Beristighfar (3 kali)
2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, 
mendoakan keluarga, para sahabat dan umat Baginda.
3. Al Fatihah (1 kali)
4. Selawat (11 kali)
5. Alam Nasyrah (7 kali)
6. Al-Ikhlas (3 kali)
7. Al Falaq (3 kali)
8. An Naas (3 kali)
9. Al Fatihah (1 kali). 
Kemudian berdoa apa yang dihajati.

Cara C

1. Al Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati 
memohon dimudahkan bersalin sebanyak tiga kali.
2. Selawat Syifa (7 kali)
3. Surah al Hasyr, ayat 21 (3 kali)
4. Surah al-A'raf ayat 54 (3 kali
5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Dulu kami bacakan doa-doa air selusuh ni kat air akar fatimah yang direndam semalaman.
Kemudian diminum masa kat hospital tengah nak bersalin tu.
Mak ada suruh minum seawal 38 minggu. Tapi bila baca ni, takut jugak..

'Air rendaman akar fatimah mengandungi pitocin. Pitocin triggers uterus contraction. 
Kalau minum awal, takut contraction kuat tapi jalan tak buka lagi.
So better minum bila dah tiba masanya'

Google

Dulu ada try minum sikit masa 38 minggu. Ada la mild contraction tapi boleh tahan lagi.
Sebelum ke hospital masa hari dah confirm nak bersalin tu, sempat minum sebotol.
Dengan izin Allah swt, hanya 3 jam lebih saja proses bersalin anak pertama kesayangan, Allysha yang seberat 3.4 kg SVD. Alhamdulillah. Bersyukur sangatttt..


3 comments:

Sue said...

Dilla, aku pon ade dapat akar fatimah ni, member bagi, dan die suruh panjangkan kepada pompuan ngandong lain bile dah siap pakai..

maknenye minum air akar fatimah + doa selusuh tu bile dah start bukak jalan n da sakit la ye..?

Adila Hashim Shariff said...

sue, a'ah..ramai ckp bile dah betul2 nak bersalin, dah bukak beberapa cm baru minum..tp mase aku kat LR aritu dctr xbg makan/minum pape tau..nasib baik aku pg hospital time betul2 contraction yg stp 3 mnt tu, pastu aku teringat nak minum dlm kete sblm register kat ward.nasib baik mase tu dh buka 4cm..ko dh bpe minggu sue?

Sue said...

aku minggu ni dah 36w4hari.. Tp klu ikot edd according LMP dah 39w3 hari dah pon.. Huhuhu.. Plik ade 2 edd..