Wednesday, September 12, 2012

Resepi Lasagna Mudah


Sorry sangat sebab saya masak memang tak reti nak timbang ikut portion resepi sebenar.
Main bubuh dan agak-agak je. So resepi ni pun ala-ala main taruk jugak lah ye.
Just follow your cooking instinct. Sebab tu kita kata mudah. Heheee..

4 bahan utama (Lapisan lasagna + Sos Bolognese + Sos Putih + Grated Cheese) x 3


Hah ni yang perlu masuk trolley time bli groceries kalau nak buat lasagna ok.
Instant lasagna, full cream milk, olive oil, minced beef, mushrooms, traditional spagetti sauce, butter, cheddar cheese, mozzarella cheese, parmesan cheese, carrot, potato, oregano, blackpepper, chilli sauce.

Untuk menyediakan Lapisan Lasagne:

Rebus sebentar kepingan instant lasagne (6-8 keping kot). Sebelum tu tambah minyak ke dalam bekas rebusan untuk mengelakkan kepingan lasagne tu melekat. Kacau sikit, slow je sebab mudah terkoyak. Jangan lembik sangat ye. Saya rendam je dalam air panas. 
Pun dah lembik. Pastu toskan.

Untuk menyediakan Sos Bolognese (inti daging):


Panaskan kuali dan masukkan olive oil.
Tumis bawang putih (5 ulas-dicincang) dan bawang besar (1 biji-dicincang).
Kemudian masukkan daging kisar (saya campur isi ayam jugak sebab husband bising nak inti banyak. aiyoo cam budak kecik. 'time ni la nak demand. kat pizza hut x boleh'. owh ok).
Pastu masukkan carrot dan kentang (1/2 biji-dicincang). Tunggu semua empuk sikit.
Kemudian masukkan sos prego (1 tin 300g) dan sedikit air.
Masukkan pula mushrooms (1/2 tin – dihiris). Gaul sebati.
Tambah 2 sudu sos cili, sedikit garam, sedikit oregano dan sedikit blackpepper.
Adjust rasa sehingga anda confident tu la sos Bolognese paling sedap anda pernah buat. ; )
Masak macam buat kuah spaghetti tu ye. Tak pekat sangat, tak cair sangat.

Untuk menyediakan Sos Putih:


Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu butter.
Masukkan 3 sudu tepung gandum yang dah dibancuh dengan secawan air.
Masukkan 1 setengah cawan susu full cream. Pastikan api kecil-sederhana.
Masukkan cheddar cheese (saya guna 4 keping single cheese- dikoyak-koyakkan) dan sentiasa kacaukan supaya kuah tak berketul dan cheese cepat cair.
Tambah sedikit garam dan kacau lagi sehingga agak likat. Jangan masin sangat ye.
Kuah putih ni kalau banyak lagi bagus. Nak lebih, tambah je susu dan kacau lagi.


Kalau anda dah dapat 3 bahan utama ni, bolehlah start preheat oven sehingga suhu 180 c (api atas bawah) 
Pastuuu.. ni yang paling tak sabar nih. It’s the layer time! Yay!

Sediakan bekas lasagne seperti casserole atau loyang atau ape je lah yang sesuai dan boleh dibakar dalam oven. 
1. Susun kepingan lasagne tadi sebagai base. Kalau bekas sederhana, mungkin guna 2 keping. Kalau bekas besar, mungkin guna 3 keping. Cukup untuk menutup permukaan bekas.
2. Pastu tuang sebahagian sos Bolognese / inti daging yang siap dimasak memula tadi. Ratakan.
3. Tuangkan pula sebahagian sos putih. Lebih sikit pun takpe. Nanti lasagne moist je. Giteww..
4. Pastu taburkan grated mozzarella cheese. Mix dengan parmesan pun boleh.

Ulang step tadi sehingga habis.
Kepingan lasagne > inti daging > sos putih > grated cheese. 
Kepingan lasagne > inti daging > sos putih > grated cheese. 
Kepingan lasagne > inti daging > sos putih > grated cheese (topping mesti lebihhhh)


Done! Masukkan ke dalam oven, bakar selama 30-45 minit (depends on the oven)
dan tunggu dengan penuh kesabaran. Tapi saya faham memang tak boleh nak sabar. 
Kejap- kejap pergi jenguk oven intai dah masak ke belum. hahah!
Bila topping dah golden dan tepi cam garing sikit, baru la boleh di keluarkan! Yay!




Selamat mencubaaaa!

4 comments:

Kerry Mirza said...

aku dh lama teringin nk buat lasagna. nk dijdkan cerita aku p langkawi aku beli la mangkuk caserole tu, kat sana kan murah, sekali tu tak muat oven daaaa sampai skang niat nk buat tak jadi2 hahahaa

Sh@MytO said...

mane pic wei??

Adila Hashim Shariff said...

ala laptop aku xleh baca hp aku la..apesal ntah..kne pnjm pc opismet..heheee..hari ni taruk pic ye..

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Mesti cuba resepi ni. Nampak menyelerakan. Kalau dah pandai buat sendiri tak payah beli dah lepas ni.

Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil