Thursday, September 06, 2012




Ternganga baca berita cam ni lately. Sangat-sangat tak percaya. Unbelievable.
Aku kat negara mana ni? Negara Islam ke? Cam bukan je. Tapi hakim yang jatuhkan hukuman ni pun Islam kot. Nama Melayu. Tapi camne dia tergamak buat keputusan camni? Dia bukan perempuan ke? Dia takde anak perempuan ke? Ke apa? I need clarification.. 

It is so scary to live in this kind of country. Makin lama makin loose terhadap jenayah. Nampak aman tapi menakutkan. Kalau sistem kehakiman pun tak boleh nak berlaku adil dan gagal bagi pengajaran pada rakyat, IT IS THE TIME TO CHANGE! Change macam mana? 
Change la apa yang patut. Please. Please. Please.


Dalam kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, yang dihakimi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol teman wanitanya berusia 12 tahun, tahun lepas, setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Abdul Gani berkata jabatan itu juga meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka terhadap satu lagi kes rogol, yang mana pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah telah dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2009.

“Jabatan ini berpendapat bahawa kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, terutamanya kesalahan yang melibatkan mangsa kanak-kanak, yang pada hakikatnya meningkatkan keseriusan kesalahan tersebut, bukan suatu kesalahan di bawah hal keadaan yang meringankan dan bukan kes yang mewajarkan budi bicara mahkamah di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah digunakan, tidak kira sama ada pesalah merupakan pesalah kali pertama mahupun pesalah muda,” katanya

No comments: