Sunday, August 12, 2012

Resepi Cornflakes Crunch Chocolate Senang & Sedap!


Hi u ols! Apa aktiviti weekend semalam? Tak habis-habis lagi shopping?
Memang selagi tak dengar takbir raya, selagi tu la adaaaaa je benda yang nak dibeli kan?
Jangan membazir ok. Seronok beraya 3,4 hari je, pastu pokai sebulan. 
Nanti nganga tunggu gaji next month.

Ha ni dia project pagi ahad i ols, cik jah.
Kuih raya mak buyung untuk MIL tercinta.

Cornflakes Crunch Chocolates!

Hek elehhh..ni je? Yela..
Family in law tak layan sangat kuih / biskut raya yang pakai tepung-tepung ni.
Memang tak luak la kalau takde guest yang makan.
Semalam dah buang 6 balang kuih raya last year. 
Hapak berkulat tak berusik langsung. Believe it or not? Believe it..

So mak buyung malas nak membazir, buat yang guarantee akan dimakan je.
Ha ni, tak payah tunggu raya, dah habis sebalang we ols 'rasa'. Heeee..
Nasib baik dapat banyak-banyak balang tau. Sempat la hidang untuk tetamu kot.



Simple dimple. So nice to munch while watching raya shows.

Resepi (resepi lah sangatttt) camni ha.

Bahan-bahannya:

Sekotak Cornflakes.


Sekotak Koko Krunch.


 1 kg Beryls' Chocolate.
Beli Beryls ye. Sedap sikit. Rasa coklat sebenar. eceh.

Chopped roasted almond.
Kalau u ols beli almond biasa, make sure digoreng / dipanggang dulu.

Paper cups.

Sprinkles.

Cara-caranya:

1. Campurkan cornflakes + koko kruch + almond dalam mangkuk.
2. Cairkan chocolate secara double boiler.
3. Gaulkan sebati semua bahan bersama chocolate yang dah cair.
4. Masukkan ke dalam papercup, tabur sprinkles dan sejukkan beberapa minit dalam fridge.


Untuk mengelakkan chocolate cepat beku semasa memasukkan ke dalam paper cups, alaskan mangkuk adunan chocolate dengan mangkuk berisi air panas di bawahnya 
as heat source. Lambat sikit la bekunya.
Lain la kalau anda ramai pembantu kat rumah untuk tolong cedokkan adunan chocolate 
ke dalam papercup secara laju sebelum chocolate membeku.

Atauuuu..cairkan chocolate bila perlu je.
Lagi senang kalau bahagikan semua bahan ke 5 adunan.
Buat mixture by mixture ok. Dah siap 1 adunan, baru buat adunan lain.

Dengan bahan-bahan macam kat atas ni, boleh dapat 250-300 pieces.
Banyak kan? Klau beli siap dah kena bayar bape hengget tu u ols?
Modal tak sampai rm40 pun..

Selamat mencubaaaa!


4 comments:

Anonymous said...

owh..sgt senang..xperlu oven & mixer kan? biskut style makyong mmg kena senang2 je kn.. (adik)

Adila said...

ye adik..jgn keluarkan mixer dan oven dr kotak!jangan!makyong dilarang buat keje2 berat dik (alasan)..boleh buat mcm2 lg dik.cornflakes madu, cornfalkes white chocolate, honeystar bitter chocolate, etc..wah wah wah! org dtg raya rumah kau mkn cereal jela!hahah

Anonymous said...

untuk kesihatan sgt bagus nih..mkn cereal je..haha

Unknown said...

Cornfalkes tu x lemau ke kalau x msokkn dlm oven kak yong?bile dh sejuk btol bru msokkn dlm balang ye..