Monday, August 27, 2012

10 Tips / Petua Mudah Bersalin



It is about 4 week from now (or less) that I will see my second little baby. Even though I have the experience only a year ago, but still. I AM VERY NERVOUS! Errrrkkhhh. I can’t imagine. I know the pain. I know how it strikes. I know how it attacks. I still clearly remember how it feels. Most painful was during midwives do the sewing job! Omaiii. Now the matter is that it will become easier or harder. Because different baby, different experience. Oh so nervouuussss..

So in this last four weeks, I will do things that will help the delivery process easier. Insyaallah. Yang penting kita berikhtiar. Sentiasa berusaha dan berdoa. Dah masuk labour room kang tawakkal jela.
Ini tips / cara-cara / petua-petua mudah bersalin yang aku pernah amalkan dan juga baru nak amalkan.

1.  Amalkan bacaan ayat-ayat AQ, selawat dan zikir. Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A’raaf (128), surah At Taubah, surah Yunus (31), surah Yusuf (68),  surah Al Hijr (97-99), surah An Nahl (78), surah As Sajdah (7-9), surah Maryam dan surah Yaasin. Selain itu, amalkan baca Al fatihah, 3 qul, Ayat Kursi dan selawat syifa’ sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah. Masa pregnant Allysha la aku hafal selawat syifa’ iaitu selawat penyembuh. Selain tu, zikir Fatimah untuk megurangkan rasa penat dan letih.

2. Minum air kelapa muda. Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat. Masa Allysha dulu memang selang 2 hari singgah gerai pakcik jual air kelapa kat simpang Taman Cahaya tu. Ye, kepala Allysha tak kotor / berkerak pun masa dia lahir. Hopefully dalam masa sebulan ni banyak la stock kelapa muda pakcik supaya aku sempat beli time balik keje.

3. Buat kerja rumah. Officemate mesti ingat lagi cerita aku yang sempat memasak, mop lantai, basuh/sidai/lipat/gosok baju dan mengemas rumah malam sebelum bersalinkan Allysha. Dah ada instinct aku nak bersalin dalam masa terdekat sebab dari petang sebelumnya macam ada contraction every one hour. Aku pun lagi cargas lah buat kerja rumah sebab nak lawan rasa sakit tu dan nak cepatkan bukaan pintu rahim. Tapi pergi hospital pukul 3 pagi, baru terbukak 4 cm. Kalau tak buat kerja, lagi sikit jela bukaan tu agaknya kan..

4.  Banyakkan berjalan. Masa Allysha dulu setiap hari sebelum balik rumah mesti menyinggah KLCC la, Tesco la, Ampang Point la. Laju je jalan macam orang tak peknen. Tapi this time, jalan sikit je dah rasa perut ni mengeras. Pastu baru berjalan 2,3 minit dah rasa macam kepala baby betul-betul kat bawah sampai nak terkucil-kucil jadinya. Jalan sikit, kena stop kejap. Hmm.. Tapi takpe, akan diusahakan cara yang lain.

5. Banyakkan ‘aktiviti’ bersama suami. Memang tak terfikir pun ‘aktiviti itu’ adalah salah satu usaha memudahkan bersalin. Nasib baik we ols ada attend antenatal class last year. Doctor sendiri yang bagi talk dan advise camni. Memula semua orang tergelak. Tapi dia dengan seriusnya explain this and that. In simple words, boleh mengembangkan pintu rahim katanya. Ooooo.. Based on my experience, it is logic and effective. ; ) Seriously. Find the most suitable position for mummy with big tummy. Kalau rasa malas dan agak tak bernafsu, ingatlah ni untuk memudahkan bersalin. Pasni nak pantang 100, 200 hari, sukati kauuu.. So you have to do it no matter what! Heee.. Selain tu, doctor ajar juga breathing exercise masa nak push out, etc. Sangat bagus antenatal class tu tau..Tak rugi half day kita. Ilmu sangat bermanfaat. Sila cepat register kat memane hospital jika anda masih ada masa tapi belum pergi lagi.

6. Minta ampun sekerap yang mungkin. Lagi-lagi bini mulut laser cam aku ni. Kalau boleh setiap kali lepas solat dan sebelum tidur, cium tangan suami dan minta ampun sungguh-sungguh. Setiap hari. Minta suami doakan juga supaya dipermudahkan urusan kelahiran dan both baby and mommy selamat sejahtera. Insyallah sebab orang kata redha Allah swt tu terletak pada redha suami juga.

7. Akar Fatimah dan air selusuh. Minum masa dah nak bersalin. Ni aku buat sendiri je. Rendam akar Fatimah tu semalaman dan bacakan surah dan doanya. Dulu aku baca ayat ini : istighfar (3x), selawat (11x), Al Fatihah (1x), Al insyirah (1x), 3 Qul (3x), selawat Syifa’ (7x). Kalau takde akar Fatimah pun takpe. Guna saja air mineral dan dibacakan surah-surah mudah ni. Insyaallah.

8.  Persediaan mental dan fizikal. Ketenangan fikiran, kemantapan mental dan fizikal sangat penting. Masa dah nak dekat lahirkan Allysha dulu, setiap hari baca cerita pengalaman bersalin orang lain. Siap tengok video kat Youtube. Memang ngeri. Tapi terpaksa supaya aku boleh expect apa yang mungkin terjadi. Dari cerita orang lain, ada yang terangkat punggung masa push. Natijahnya kena jahit panjang dan tak boleh duduk lepas tu. Pergh..Memang ingat sangat reminder ni. Pastu jangan menangis meraung supaya kita tak kehilangan energy masa sampai time nak push. Banyak lagi lah. Tu pentingnya baca/tanya pengalaman orang lain. Supaya mental bersedia dan tau apa yang boleh apa yang tak boleh. Dari segi fizikal pulak, dalam beg sentiasa sediakan roti ke, biskut ke, kurma ke, kismis ke, supaya boleh ngap sebelum masuk labour room. Sebab kalau lapar, camne kita nak retain energy dan bertahan kan?

9.  Makan kurma 3 atau 7 biji sehari. Ni baru terbaca kat babycenter dan baru nak try. They found a research result and agreed that dates can help to ease labour due to it is full with vitamins, carbo etc. Mat sallleh pun dah tau kebaikan kurma, kita orang Islam ni taknak amalkan? Walhal tercatat dalam AQ. Bersempena Ramadhan yang baru saja berlalu, nasib baik stock kurma ada lagi. So boleh la balun habis. Tapi nak restock tu, tak tahulah nak cari kat mana. Kenapa Tesco tak jual kurma banyak jenis hari-hari macam diorang jual anggur ngan orange hah? Bias! Eh.

10. Mandi sebelum ke hospital. Ni pun tak pernah try. But I will. Orang kata air yang sejuk tu dapat membantu menolak baby ke bawah masa contraction. Tapi kalau baru sakit sikit dan ada masa lagi la. Jangan dah pecah ketuban pun sebok nak mandi jugak. Kang ada yang terberanak kat shower. Masa nak pergi hospital time Allysha dlu, papa dia yang beria mandi 20 minit sebelum bawak mommy pergi hospital kul 3 pagi. Sabar jela..
Petua lain cam minum minyak kelapa, makan telur ayam kampong mentah, minum air hujung rambut, minum milo campur butter, memang aku tak pernah try. Tak confident dan malas nak cuba sebab banyak lagi petua relevan lain yang boleh diamalkan. Yang penting, kena jaga kesihatan ibu dan anak.

Tapi ingat ni hanyalah ikhtiar dan keberkesanannya atas izin Allah swt sahaja. Setiap kelahiran tu berbeza sakitnya dan hanya Allah yang menentukannya. Jangan sampai hati kita terdetik, ‘last time buat camni senang bersalin tapi kali ni susah pulak’ atau ‘ kenapa orang buat cara camni senang je nak bersalin, tapi aku tak?’ (contoh la contohhh) Jangan tau. Ni semua atas izin Allah swt. Sesungguhnya semua tu dariNYA. Insyallah kalau kita yakin akan kekuasaannya, dipermudahkan bagi kita untuk melahirkan anak dengan selamat. 

5 comments:

nana said...

As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

AzreenNor said...

Pesanan yg terakhir tu saya setuju, nice post

Unknown said...

Assalam, sorry... nk mnta share page ni ye... thanks :-)

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Memang info yang amat berguna. Mohon nak share bersama kakak saya.

Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.