6
Days To Go
Yay!
But
1O
More KG To Be Lose
Shoot!
Tetibe berdebar. Adakah lemak ini akan berkekalan dalam perut dan peha ku?
Mungkinkah? Oh nooo!! Jadi bagaimanakah? Apa nak buat ni?
Arrghhh! Tidaaaakkk! Apasal susah sangat nak turun kg nih? *Tarik rambut*
Lebih tarik rambut bila baru try pakai seluar jeans kesayangan..
TAPI TAK MUAT!! *termenung 20 minit*
Eh baru teringatttt... *flashback*
Last year, masa honeymoon kat Bandung (3 bulan lepas bersalin),
takde pun gambar pakai jeans.
Ye tiada!
Tiada jeans. Cuma cuodroy.
Maknanya masa tu dah 3 bulan tapi tetap belum muat pakai jeans-sebelum-kawen tu.
.......................................................
Pastu tengok gambar kat Vietnam (4 bulan selepas bersalin) pula.
Juga tidak memakai jeans.
Maknanya masih belum muat walaupun dah 4 bulan bersalin.
.......................................................
Pastu tengok gambar kat Vietnam (5 bulan selepas bersalin) pula.
Juga tidak memakai jeans.
Maknanya masih belum muat walaupun dah 6 bulan bersalin!
Malah, macam bertambah gemok lak. Hahah.
........................................................
So bila yang betul2 aku get in shape macam sebelum pregnant nih?
browse nyer browse..terjumpa gambar ini..
Kat Genting (6 bulan selepas bersalin yakni hujung tahun 2011)
Hm..ok..not bad. Walaupun tak kurus dan tetap gemok dari orang lain,
at least dah boleh muat jeans masa i muda2 dulu. Eceh!
.....................................
Ini pula (7 bulan selepas bersalin).
Baru start nak lose weight dan bercita-cita mahu kembali ke body sebelum kahwin..
sudah mengandung lagi satu (*_*)
.......................................
So conclusion yang boleh dibuat kat sini ialah, hipotesis aku tak dapat diterima sebab walaupun aku berpantang agak strict kali ni, tapi sebab bersalin anak kedua (orang kata lemak tepu dulu bertambah ngan lemak tepu sekarang menjadikan lemak tepu kuasa dua),
maka proses penurunan berat badan agak lambat/sama dari sebelumnya.
Maka, mungkin aku perlu bersabar sehingga 6 bulan juga lagi untuk memakai jeans kesayangan dan merasa yakin dengan diri sendiri semula. *hopefulllyyyyy*
Selain dari itu, silalah discuss betul2 tentang family planning dengan suami anda untuk mengelakkan mengandung lagi sebelum cukup tempoh 2 tahun.
Jangan dapat alasan macam suamiku, PLAN B katanya.
Ok lah. Dah lega. Dah tak nervous sangat lepas buat penyiasatan ke atas diri sendiri menggunakan gambar-gambar yang ada sebagai bukti.
Kepada anda yang nak tengok aku slim down, silalah berharap forever,
sekurang-kurangnya 6 bulan lagi. Insyaallah. Bagi support ye.
Heee..Macamlah orang kesah..Eh Ish mesti kesahhhh..Entry ini ditujukan kat Ish lah ye..
(Walhal dia tak baca pun. Takpe, sediakan jawapan sebelum dipersoalkan)
6
Month To Go!