Sunday, July 21, 2013

Solat Dulu atau Makan Dulu?


Selalu jadi persoalan.
Tapi yang i ols tau, bila masuk je waktu Maghrib, mesti disegerakan berbuka.
So normally orang akan makan tamar dan minum air kemudian bersolat.

Terbaca ini dari blog Dr Maza. Jawapannya iaalahhh..


Makan Dulu
Ada orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Namun, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati penegasan yang sebaliknya. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan:
“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana boleh mengganggu hati, menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.



Contoh makanan yang selalu mengganggu emosi orang berpuasa.

Salah Faham
Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat. Hal yang sama apabila kita dilarang bersolat dalam keadaan terasa ingin membuang air besar ataupun air kecil. Nabi bersabda:
“Tiada solat (jangan dirikan solat) dalam keadaan makanan terhidang dan dalam keadaan menahan air besar atau air kecil” (Riwayat Muslim).
Ini bukanlah bererti kita menganggap buang air besar dan kecil itu lebih utama dari solat, sebaliknya mendahului kedua perkara itu demi menjaga kepentingan solat.
Tidak Makruh
Di sana ada cara untuk mengelakkan kemakruhan ini, iaitu elakkan menghidangkan makanan terlebih dahulu sebelum solat. Elakkan mata terpandang kepada makanan yang telah dihidangkan. Selepas selesai bersolat barulah dihidangkan. Namun, jika kelaparan itu kuat, bau makanan telah masuk ke hidung, sehingga ingatan kepada makanan sangat kuat sekali belum melihatnya, hendaklah dia makan terlebih dahulu.
Juga sudah pasti tidak makruh bersolat sekalipun makanan sudah terhidang jika keinginan kepada makanan tiada. Ini kerana punca (‘illah) larangan bersolat semasa makanan terhidang ialah agar tidak mengganggu kusyuk. Jika seseorang memang tiada keinginan kepada makanan, sudah pasti tidak menggangu kusyuk sekalipun makanan sudah terhidang.
Maknanya kat sini, kalau kita tak terasa sangat nak makan masa berbuka tu, boleh lah proceed dengan solat selepas berbuka ringan. Tapi kalau hati dah tak sabar nak makan dan perut pun memang tengah lapar, better makan dulu supaya nanti masa solat tak teringat-ingat makanan sebab tak sabar nak makan.
Ok, dah faham. Alhamdulillah.

No comments: