Wohoooiiii!Sudah lama tak update kat sini!
Tak berkesempatan nak menaip benda lain selain kerja dan assignments cewah!
err ehemm ok..
Assalammualaikum.
Apa khabar pembaca-pembaca blog 'AdilaJolie: Count your blessings and be grateful' sekalian? Sihat? Ok? Tak ok? Ok sikit? Ok banyak? Rasa tak best? Rasa seronok gila?
Whatever it is, just be grateful. For everything happened not like we want it to be,
face it with an open heart and keep moving on keyh?
Biasa la tu. Life is a cycle. Ups and downs. Gilir-gilir.
Kadang-kadang kita senang, kadang-kadang kita susah.
Kadang-kadang kita happy, kadang-kadang kita bermuram durja.
Kadang-kadang kita rase kesian kat orang, kadang-kadang orang pulak kesian kat kita.
Kadang-kadang kita rasa kita ada semua. Kadang-kadang kita rasa kosong.
Tapi..tapi..tapi..Dont let your emotion control yourself k.
Ikut emosi memang tak boleh. Ikut nafsu laaagi la tak boleh.
Ada lagi satu dalam diri kita yang tak boleh ikut.
HATI.
Ini aku figure out setelah 27 tahun hidup sebagai manusia yang sihat akal fikiran.
Lembs kan? Dah dekat 3 abad baru nak sedar.
Well at least aku sedar. Terima kasih Allah kerana menyedarkan hambuMu yang hina ini.
Ingat-ingatkan aku ya Allah. Tegur aku ya Allah.
Ramai (termasuk aku) suka bagi statement 'DAH HATI AKU KATA CAMTUUU'
Atau 'INI SOAL HATI AKU. KALAU BUKAN IKUT HATI SENDIRI NAK IKUT HATI SIAPA LAGI.'
Atau 'SUKA HATI AKU LAH. AKU TAKKAN BIAR ORANG HALANG APA YANG AKU NAK'
Atau 'DAH TERDETIK DI HATI UNTUK RASA DAN BUAT CAMTU, SO GO ON JELAH'
Kata 'hati' kita. Kita yang selfish hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan natijahnya serta kesan dan akibat terhadap diri sendiri, ahli keluarga, orang sekeliling, alam sekitar, seluruh semesta dan lain-lain lagi; semata-mata nak ikut kehendak hati dan mengutamakan perasaan kita walau dalam masa yang sama bakal memberi impact negative kepada orang lain tak kira kecil atau besar.
Hati yang cuba mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku tak kira ia patut atau pun tidak.
Hati yang cuba menipu minda yang waras untuk meneruskan sesuatu keinginan atau nafsu atas nama 'kehendak hati'.
Ada
pulak yang kata 'BUAT APA NAK FIKIR PASAL ORANG LAIN? NI SOAL HATI
KITA. PERSETANKAN ORANG LAIN ITTEW' ewah, kepala hangguk.
Sila packing barang dan pergi duduk kat planet lain sengsorang sekarang juga please.
Tolong jangan terlalu selfish. Tolong lah.
Aku malas nak bagi contoh.
Aku rasa korang boleh bayangkan apa situasi yang cuba aku sampaikan.
Kalau
selama ini prinsip anda adalah 'peduli hapa dengan orang lain lantak
aku lah nak buat apa pun apa kaitan ngan kau jangan jaga tepi kain orang
who are you to judge bla bla bla' sila pertimbangkan untuk tukar ia
kerana satu sebab sahaja:
Tolong fikir jika anda berada di tempat orang yang terkena effect negative atas tindakan turut hati dan nafsu anda itu.
Diulang ayat ringkas: Sila fikir jika anda berada di tempat mereka.
Atau kata omputeh: Walk in their shoes.
Kita mungkin sewenang-wenangnya tak mempedulikan perasaan orang atau lebih tak baik, menganiaya orang. Cuba fikirkan kalau perkara itu, terjadi pada kita, kita suka tak?
atau terjadi pada anak kesayangan kita, kita suka tak? atau terjadi pada kakak/abang kesayangan kita, kita suka tak? atau terjadi pada adik kesayangan kita, kita suka tak?
Kalau jawapan kepada persoalan itu adalah anda tak suka,
maka orang yang anda bakal/telah aniaya itu juga pasti tak suka kan?
So please avoid it.
Ok la Ok la aku bagi contoh. (Contoh tapi kisah benar)
Aku ada kawan perempuan bernama R.
R dah kahwin dan ada dua anak. Tapi R selamba je ada scandal ngan lelaki lain.
Husband R tak tau sebab percaya sangat kat R ni. Memula R kata nak kawan je.
Tapi lelama R admit yang dia dah cintun gila babs ngan scandal beliau itew.
R sampai sanggup kata nak cer ngan husband dia. Husband dia sangat pelik sebab diorang memang takde masalah pape tetiba nak cer plk. Nafkah zahir batin semua cukup, R akui.
Tapi..R kata la dia dah takde perasaan kat husband dia tuh. Hilang naluri, kata Once. Dikaburi dengan cinta (atau nafsu) di luar selain dari pasangan sendiri yang sah yang sudah tertulis sejak azali di luh mahfuz.
Persoalannya, aku tanya R:
Ko tak fikir anak-anak ke sebelum amik keputusan camni?
Ko tak kesian kat husband ko ke? Ko curang ngan dia ko tau tak?
Apa salah husband ko? Ko tak rasa rugi ke lepaskan kebahagian yang ada selama ni semata-mata sebab dah ter fall in love ngan orang lain? Kenapa ko biarkan perasaan tu dalam diri ko? Ko tak boleh bezakan ke? Kenapa tak elak dari awal?
Ko ingat parents ko ngan parents in law ko tak sedih ke kalau ko cakap nak cer dan nak kawen ngan lelaki lain? Yang paling penting, anak-anak ko. Ko suka ke anak-anak ko membesar dengan divorce parents? Sapa yang akan jaga anak-anak ko nanti?
Gilir-gilir? Sampai bila? Ko ingat diorang tak reti penat ke? Ko ingat diorang takde perasaan ke? Every children wants to grow up with their own mom and dad together at the same time la babe. It's the better. Tanya la mana-mana orang yang pernah membesar tanpa mak atau tanpa ayah, impian hidup diorang cuma satu, nak mak bapak sama-sama ada.
And, how sure you are that f**** guy will make you happy as you were with your husband before this? Ok mungkin husband ko tak dapat bagi semua yang ko nak dan mungkin tak dapat bahagiakan ko the way you wish. But..No body's perfect babe. Not even you.
(dan macam-macam lagi aku tanya dia bertubi-tubi. aku emo. bukan aku nak bebel kat dia. aku cuma nak dia fikir selain dari diri dia.)
R diam.
Cmon babe. This is not suppose to happened laa.
You should know it and avoid from the first place.
Aku bercakap dan menaip melalui experience.
Bukan membebel atau mereka soalan atau cerita saja-saja tanpa usul periksa.
Merata aku minta nasihat orang dan petunjuk dari Allah untuk peristiwa paling sulit dalam hidup aku yang pernah aku lalui dulu. And there's soooo may lesson learned.
Paling aku terkesan dalam hidup aku adalah, jangan terlalu diikutkan hati.
Sebab tu lah bagi aku pepatahTEPUK DADA TANYA SELERA tak berapa sesuai untuk di apply dalam semua perkara kehidupan kita.
Selera lebih kurang lah cam nafsu. Lebih kurang lah cam ikut hati.
IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA'
Aku nasihatkan R supaya berdoa dan minta petunjuk Allah.
Dia kata dah buat solat istikharah dan terasa mahu lelaki baru itu saja.
Babe, setahu aku kalau nak buat solat istikharah ni, seeloknya kita tak boleh berat hati antara dua pilihan tu. Ni sebab ko dah nak sangat satu pilihan tu kan, so dalam hati ko hanya ada pilihan yang satu itu.
R, kalau ko baca entry ni
(aku tau ko tak marah aku share kat sini sebab orang tak tau siapa watak sebenar hahah):
Aku nak ko tahu yang hati kita ni, Allah yang pegang.
Hari ni lelaki baru itu kata suka gila-gila kat ko, camne kalau esok tetiba dia kata dia dah tersuka kat pompan lain pulak? Atau hari ni ko kata ko pun dah hilang perasaan kat suami kan? tapi pas 3 bulan ngan lelaki baru, ko pulak tetiba tak suka lelaki baru itu
(sebab masa tu baru nampak true color), camne? camne? camne?
Macam yang aku bagitau, hati kita Allah yang pegang babe.
Semudah kita membalikkan tangan, semudah itu Allah membolak balikkan hati hambaNya.
So boleh tak berdoa sungguh-sungguh kat Allah supaya perbetulkan hati kita dan buka jalan untuk yang terbaik buat diri, anak-anak, dan keluarga. InshaAllah.
Sebab yang halal sekarang ini adalah hubungan kamu dan suami.
(ko sendiri cakap yang ko memang takde masalah pape ngan husband ko sebelum ni kan?
so why you want to eliminate him?) Ada anak-anak pulak tu. Anak-anak yang sedang membesar yang sangat perlu perhatian penuh ibu bapa. Usahakan yang terbaik untuk anak-anak. Tu kan amanah kita. InshaAllah pasti Tuhan beri yang terbaik untuk semua.
Try babe, try betulkan keadaan. Mula-mula memang susah nak lupakan 'king of my heart' (at the moment) ko tu. But as time goes by, baru ko akan buka mata dan hati semula yang kebahagiaan sebenar adalah bersama keluarga dan anak-anak, menuju jalan Allah.
Sebab yang paling penting adalah BERSYUKUR. Buruk mana pun pasangan kita atau anak-anak kita, bersyukurlah. Itu yang Allah bagi. Dunia ni singkat. Sementara je.
Bila-bila masa boleh mati. Bila-bila masa boleh diuji.
Buat apa buang masa buat ramai orang bersedih? Cuba bahagiakan orang yang sepatutnya. Bila kita bahagiakan orang sekeliling kita, Allah akan bagi kebahagiaan dalam hati kita.
Janji Allah itu pasti.
Bila hati, jiwa dan mind arasa sesak, lemas, senak, penat, letih, kosong dan sebagainya,
Ambil wudhu, solat, dan tanya Allah.
For EVERYTHING.
Tanya Allah dulu, patut ke aku lakukan itu?
Allah Maha Mengetahui.
Tanya Allah dulu, patut ke aku lakukan itu?
Allah Maha Mengetahui.
Ingat, hati kita Allah yang pegang.
p/s:Sorry if ive been harsh all this while.I love you babe.Aku pun bukan betul sangat. Masih buruk perangai, masih teruk serba serbi. Tapi, aku cuba setiap hari untuk belajar sesuatu demi menjadi Hamba Allah yang lebih baik. InshaALLAH. Moh, sama-sama kita!
No comments:
Post a Comment