Thursday, December 15, 2011

Doa Dipermudahkan Segala Urusan


Bismillahirrahmanirrahim


"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"


DIY : How to Make Your Own Photo Frames




Memang sengaja blurkan

Haha. Tengok lah frames DIY 1st collection kita ni. Tak senonoh. Tengah je ok. Yang kiri kanan hampeh. Failed to survive over a year. Ish ish ish..

But seriously, kita memang minat DIY. Cuma macam takde masa je. Ke malas kemas lepas buat kecah? Hehe.

Time buat ni baru kahwin. Stil working as a banker at that time. Off on weekdays.
Orang keje kita tak keje. Orang tak keje, kita keje.
Selalu kena perli "Ba**la pun cuti la sabtu ahad!"

Cis!So takde apa nak buat kat rumah, kita pun korek-korek la segala khazanah hubby yang ada. Cukup untuk buat keje keras tangan ni.

Hasilnya..taraaaa!! Yang tertanggal-tanggal cam dalam gambar tu la. Erk!
Ape la ada side yang lekang, tercabut, etc. Buruk wall kita.
Sebab buat mula-mula tu maybe glue tak kuat sangat atau salah method. Hehe.
Tak boleh jadi ni. Kena beli additional items.

Hasilnya..taraaa!! Macam frames yang dua column kat tengah tu.
Dah try buat kali yang ke6 / ke7 baru la dapat yang elok sket.
Ok la tu. Practice make perfect!

Most importante, kita guna barang-barang recycle je.

How to do it?In easiest way?
Coming soon babeh..

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Tips Membanyakkan Susu Badan


Kalau search pasal tips membanyakkan susu badan, memang banyak sangat listing tips dan petua yang boleh kita apply. Banyak sangat. Contohnya berurut dengan bidan la, makan broccoli dan lobak putih la, minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah la, amik daun sirih letak dekat breast la, itu la ini la.

 Memang lepas baca mesti rasa berkobar-kobar tetiba berazam nak cuba semua method tu dengan harapan lepas cuba tu terus breastmilk flow laju pastu dapat banyak berpuluh ounz sehari. But how frequent we are willing to try it? Its all about consistency tau.

Saya adalah pengkempen "Breastfeeding!Good for Baby, Good for you!".
Rasa geram je dengan ibu-ibu yang cepat give up sebab susu tak keluar la hape la. Kena la consistent. Mula-mula memang la tak banyak. Masa dalam pantang dulu sampai berdarah-darah nipple. Tahan je. Nasib baik mom and hubby bagi full support.

Now my dayghter is 6 months over already. Alhamdulillah. Masih ada susu untuk si manja saya tu. Dan dia baru sekali je pernah demam. Selsema atau batuk pun tak. Syukur.

Petua saya senang je. Tak payah susah-susah nak gi beli lobak putih last-last tak makan pun. Tak payah susah-susah nak beli daun sirih last-last tak letak pun kan. Baik kita amalkan tips yang senang dan kita boleh buat secara consistent dan kerap.

Petua pertama : Banyakkan minum air. Air sangat penting ok. Air yang dimaksudkan adalah plain water dan minuman bersusu macam horlicks, milo. Cereal pun sama. Macam oat dan nestum. So, saya memang tak miss minum milo campur oat sikit.
Plain water? Jangan cakap la. Tak kurang 1.5 liter sehari. Kalau minum plain water je, kadang-kadang susu cair. Kalau minum milo juga, Insyaallah susu tu lagi pekat.

Petua kedua : Kerapkan menyusu. Allysha memang kerap menyusu sebab dia suka main-main masa breastfeed. Minum 5 minit pastu dah sebok nak tengok tv la nak main la. Hehe cute. Tapi lepas half an hour cari mommy dia balik. Sabar jela.
Tapi xpe, untuk si bambam saya yang tersayang ni apa pun boleh.
Kalau kat office saya selalu pumping. Lantak la orang nak mengata ke apa ke, saya pumping jugak. Biarlah. Tak rugi lah company kalau kita spend time gi pump sekejap. Malah, kurang claim medical atau emergency leave sebab anak tak pernah atau jarang sangat demam. Haaa.

Petua ketiga : Mind set. Ni memang selalu di ingatkan oleh kawan saya yang kita mesti sentiasa berfikiran positif yang kita ada susu. Kalau tetibe takde pun, mesti positive percaya lepas ni mesti ada balik.
Kalau kita fikir xde, xde la. Kalau kita fikir ada, mest ada. Insyaallah.

Ha, tu jela tiga petua yang saya amalkan yang memang terbukti berkesan. Selain dari tu, jangan lupa selalu berdoa kepada Allah swt minta dipermudahkan urusan seharian ye.

Selamat menyusukan anak!
 Oh nak type lagi sekali "Breastfeeding!Good for baby, good for you!"