Showing posts with label All About Baby. Show all posts
Showing posts with label All About Baby. Show all posts

Wednesday, July 04, 2012

Allergy


Makcikkepochi-Allysha terkena infection natang hape ntah ni.


At first cam ada pimple kat tepi dagu Allysha.
Terus bawak gi clinic. Doctor kata allergy susu.
Logic sangat sebab time ni, kitorang baru tukar susu dia dari Friso ke S26.
Pastu doctor bagi ubat sapu yang ada antibitoic cam dalam gambar atas tu.


Lepas tukar susu Friso balik, bintik merah Allysha tu makin besar pulak.
Lama-lama melepuh pastu berair pastu berkudis cam kena cucuh puntung rokok.


Cian baby poshproit mommy ni..


Kelmarin, kitorang sangat terrrkeeejjut sebab bintik tu
 dah jadi banyak kat sekitar mulut dia cam gambar sape ntah ni hah!
Tetibe je makin banyak lak bintik pastu melepuh. Tapi kat kawasan mulut je. 
Tempat lain memang takde. Tak taulah belum tumbuh ke ape.

Papa dah bawak Allysha pergi clinic lagi skali semalam. 
Doctor kata sebab viral and bacteria.
(jawapan cliche tapi terima jelah sebab doctor memane pun bagi jawapan lebih kurang) 
Biasalah baby suka merayap masuk je benda tak patut dalam mulut dia. 
Kan dah kena infection. Tapi tak serious sangat la. Alhamdulillah. 
Hopefully cepat la ok lepas makan ubat.

Sempat google tadi, bintik melepuh ni juga adalah petanda penyak kaki tangan dan mulut 
yang biasa kena dekat baby sehingga umur 5 tahun. (HFMD)

Ni info pasal HFMD :

Definisi dan Penyebab


HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

• Demam.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.



Bersyukur Allysha tak demam dan takde simptom yang lain tu.
Ni pun lepuh-lepuh merah kat mulut dia dah kering. Leganyaaa..

Trauma


Allysha's latest item in the house.
Benda baru untuk mensepahkan rumah.


Papa bought this as her little princess not interested into previous 
gardening tools and kitchenware anymore.


Ok la. She can learn new things.


And have a good time with papa.


Allysha really enjoy to play with it untilllll...
papa put his head inside the blocks like below picture.


Terus menangis melalak peluk Mommy dan taknak tengok muka papa.
Allysha pelik kenapa muka papa tetibe jadi camni.
Sampai mengigau malam menangis tetibe dibuatnya.

Since that moment, Allysha despise the thing and never touch it anymore.
Mungkin serik sebab takut papa berubah wajah menjadi makhluk aneh lagi sekali.

She really loves her papa.

Tuesday, June 26, 2012

Mom's Care Mega Baby Fair is Back!


Kalau bagitau Ish pasal ni jap lagi, mesti dia tak sabar nak pergi.


Kenapa dari dulu beria sangat promote Mom's Care ni?
Cam duta pulak. Walhal satu sen pun tak dapat pape.
Well, we all ikhlas sebab memang suka singgah boutique dia kat Ampang Point tu.
Barang cecomel. Staff pun friendly. Maybe sebab every week terpacak kat situ kot.
Ada je benda yang papa Allsyha nak beli.

Plus, at every Mom's Care Baby Fair, we succeed to get many items at half price!
We also managed to grab new Maclaren Techno XT at RM650 kan..Haa..
Belum barang-barang lain lagi tuh. 
Cam bebaju baby, toys, car seat, avent, bm storage bottles, toiletries, etc
sume we ols beli kat Mom's Care Baby Fair u ols!

This time nak cari baby cot untuk adik Allysha and few newborn items.
Hopefully value for money juga.

Sangat macam iklan berbayar. tapi tak ye..sharing is caring..

Sunday, June 24, 2012

Allysha Have a Good Time in the Water

Helloo! Allysha in the pool yaw!
Allysha loves to play in the water so much.Tapi papa sangat fussy. 
Allysha boleh masuk dalam pool yang dia confident bersih sahaja. Papa patut keje jadi QC. 


Ni pun at first papa reject. 
Mommy pujuk, then only Allysha got the permission to get into the pool.
Dengan alasan 'Papa kata nak biasakan Allysha swimmmingggg. It's the time..Bila lagiii '..


We really hope Allysha can learn to swim as soon as possible.
Just like Bella. Hehe..Tapi dia ada personal swimming coach. Boleh leeee..


Swimming produces a wide array of health and social benefits for kids of all ages. 
It provides children with a fun aquatic activity that also promotes good health and social development skills. 


Swimming also provides a good source of exercise with minimal chances of bodily injuries common in other kids' sports. Swimming offers a good source of aerobic exercise without placing added stress or impact on growing bones and joints.


Three major benefits of teaching kids to learn swimming at very early age are :
1. Those children who have swimming lessons at an early age, 
if parents continue these lessons, will have better developed motor movement. 
In other words they can coordinate their motor movement 
much better than those who don't swim.
2. Improve their cognitive skills because these young children or babies are in lessons and they have to follow instructions. 
3. A child who is involved in swimming lessons will develop their social and emotional skills further because they are involved with other children.


Other benefits of swimming :
 1. Swimming helps kids learn to set goals and work to achieve them.
2. Swimmers tend to be academic achievers.
3. Swimming builds confidence and self-reliance.
4. Swimming is the only sport that can save your life.
5. Swimming is one of the few sports you can do throughout your lifetime.
6. Swimming is the best possible exercise. 
It works all the body’s muscles and burns the most calories. 
7. Swimming makes children better athletes. 
8. Swimming well provides a lifetime of health and fitness.
9. Drowning is the second leading cause of unintentional injury-related death for children between the age of 1 and 14. 
10. Being able to swim 400 yards continuously means you can: scuba dive, snorkel, become a lifeguard, compete in triathlons, play water polo, teach swimming and much more.
11. Learning to swim is an ability, like walking, that is part of growing up.


So much benefits kan? Tapi nak ajar baby bukannya senang. Kena ada skills + experience.
But Mommy got no budget to hire a swimming coach right now.


All we can do is to expose Allysha with the pool as much as we can 
and papa teach her the basic only.


Nantilah kalau ada rezeki Mommy hantar Allysha pergi swimming class 
sama-sama ngan adik ok.



Yay! Yesterday Allysha got companion. It's Adam in the pool!
Tapi dah panas pulak. Allysha mula la moody sebab dia tak suka panas-panas ni..


So Adam je main sorang-sorang..


Muka tak rela. Tak puas main air.


Sambung pulak dalam bath tub!
Ni memang susah nak keluar la sebab segala toys papa dah tuang dalam tu.


After two hours in the swimming pool and one hour in the bath tub..
Allysha fell asleep tightly under the cozy duvet..
Kalau mommy ada budget, kita beli duvet untuk bilik kita jugak k darling..
Ahh..mommy sangat mengidam nak bilik tidur konsep hotel..

Thursday, June 14, 2012

‎10 Info Tentang Bayi



Yang Kita Tak Tahu..Atau Tahu Sikit-Sikit..  ; )



1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comeL.





Yeke Adik? Adik tengah buat apa tu? 
Mommy tau..Adik tengah main kan? 
tak pun tengah excersice. tak pun tengah summersault.
tak pun tengah stretching. tak pun tengah swimming.
dat's why perut mommy senak sesangat sekarang ni.
it's ok darling..asalkan adik sihat..mommy pray the best for you.
cant wait to meet you in the real world and join us in the family.. ; )

Thursday, May 31, 2012

Tips Latih Bayi Berjalan



Sekarang tengah trend Allysha busy berjalan. Alhamdulillah bersyukur sangat. 
Belum setahun lagi dah jalan ke hulu ke hilir. Girl mommy dah besar laaaa..



Actually, parents la yang bertanggungjawab dan perlu active latih baby berjalan. 
Kalau parents tak rajin ajar baby tatih, baby pun tak berani nak start jalan kan.

Biasanya sampai je rumah, lepas letak beg kitorang akan bawak Allysha tawaf satu rumah. Allysha nak kitorang dukung dia, so dukung jugak la dalam 5 minit, then letak bawah balik untuk pimpin dia berjalan pulak. Practice make perfect.

Nak suruh start, agak payah. Tapi bila dah mula, memang taknak stop jalan. 
Untuk galakkan dia bangun dan suka nak jalan, Ish main hide and seek. 
Ish panggil dia pastu nyorok. Allysha akan tarik mommy untuk carik papa dia. 
Now, Allysha dah tak ajak mommy bila main ngan papa. 
Sebab Allysha dah boleh jalan sendiri! Yay! Alaaaa tapi mommy nak joinnn..hehe..

Tips untuk melatih baby berjalan.

1.  Kurangkan letak anak dalam baby walker. Bila dah lebih 10 bulan, rajin-rajin letak baby kat bawah dan biar dia main / berusaha untuk bangun sendiri bila nak bergerak. 
Kalau selalu sangat dalam walker akan menyebabkan baby malas dan lack of confidence.

2.  Masa ajar anak berjalan, biarkan kaki baby tanpa stoking / kasut. Ni untuk memudahkan baby kita menyeimbangkan badan dan mengawal pergerakan. 
Lagipun baby boleh rasa jari-jari dia grab lantai dan dia akan lebih confidence bertatih.

3.  Baby akan lebih cepat berjalan kalau selalu practice dengan parents dia. Rajin-rajin lah bawak anak tatih tawaf satu rumah. Mula-mula main tatih 3,4 langkah dengan dibantu oleh sorang lagi yang akan sambut baby. Then boleh start jalan dengan memegang kedua2 tangan dia. Jalan la dari jung sini ke hujung sana. Memang sakit pinggang dibuatnya. 
So ajak la husband pegang tangan baby lagi sebelah. Pastu latih baby pegang satu tangan je pulak. Baby akan berusaha nak pegang kita balik. Try untuk ajar dia jadi berani jalan dengan pegang sebelah tangan je. Kemudian lepaskan tangan lagi sebelah dan biar dia tatih sorang-sorang. Tapi parents kena standby untuk sambut la sebab baby senang sangat jatuh time baru-baru jalan tak pegang pape nih.

4.  Main sambil ajar anak jalan. Macam dah bagitau tadi, Allysha suka main hide and seek. 
So papa akan panggil Allysha dan menyorok. Allysha akan carik papa. 
Memula memang dia merangkak. Tak pun, tarik mommy untuk cari papa dia.
Tapi bila dia tak sabar, dia bangun, berdiri dan jalan pegang dinding. 
Sambil tergelak-gelak dia tak sedar dia dah jalan lepas tangan, makin lama makin laju.

5.  Make sure surrounding selamat untuk baby. Kalau boleh, ajar anak jalan atas tikar / carpet. Sebab time ni senang sangat terjatuh, tergolek, terlentang. Avoid main atas lantai yang keras dan licin. Pastikan takde barang-barang yang berbahaya jugak ye. 
Kalau asyik jatuh dan sakit dan menangis nanti lama-lama baby jadi trauma nak berjalan lagi. Kena bagi semangat lebih la.

Tapi setiap baby mempunyai development yang berbeza. It is normal kalau ada baby yang start jalan awal, seawal 10/11 bulan. Ada juga yang agak lambat dalam 1 tahun 2 bulan-5 bulan. Kalau dah masuk 1 tahun 6 bulan bulan tapi baby tak boleh start berjalan lagi walaupun dengan sokongan, barulah anda perlu jumpa doctor untuk consultation kerana baby mungkin mengalami beberapa masalah kesihatan.

Selamat berjalan-jalan dengan babyyyyy!

Friday, May 18, 2012

How To Get Baby To Sit In The Car Seat


How do you travelling with your baby in a car? 
Adakah anda duduk depan sambil dukung baby? Atau anda duduk belakang bersama baby? Atau anda anda bibik untuk pegangkan baby semasa dalam kereta ke mana saja anda pergi? (untunglaahh) Atau baby anda duduk dalam car seat? Untuk safety, sila lah letak anak dalam car seat dia sendiri. To reduce the impact if accident happened.



Many babies fall asleep the minute you start the engine and drive. Kebanyakan baby memang layan sangat kalau naik kereta ni. Maybe because of the vibration and cosy environment. Tak kira lah dukung atau letak dalam car seat..However, some babies seem to hate being in their car seat, fussing and crying the entire time. The situation getting worse to handle when baby begins to become more active.
 Buuttt..no matter how much your baby fusses, you have no choice but to put him into the car seat when travelling hokey. 


Kitorang dah ajar Allysha duduk dalam car seat since habis pantang dulu lagi. 
Pergi mana-mana dia mesti kena duduk dalam car seat. Dia merengek ke menangis ke mengamuk ke kitorang biar je dia dalam tu. Unless nak bf lah. Pastu letak balik..
So Allysha getting used to sit inside the car seat. Alhamdulillah..
Easy for mommy and papa when driving alone with her 
(well..i never drive alone with Allysha haha still tak berani weh).




How to do that?
As I mentioned above..just let the baby inside the car seat no matter how he/she tried to get your attention..Kalau rasa dia nangis sebab taknak duduk dalam car seat tu atas sebab saje-saje, sila jangan terpedaya dan buat tak tau je lah…
Tapi tengok-tengok la jugak kan mane tau dia tak selesa ke hape ke..




Ni sebab husband cuba mencontohi cousin dia yang sampai anak dia umur 4 tahun pun still boleh redha duduk atas car seat. Bila dah besar sikit, dia sentiasa ajar anak fasten seatbelt. Kagum betul tengok budak umur 4 tahun masuk kereta, fasten seatbelt tanpa disuruh. Tu la yang husband nak apply sangat kat anak-anak kitorang. Yelah, safety first..



Instructions :
1.       Distract your baby. If baby cries as soon as you put him in the seat, try to keep them entertained while you strap them in. Sing a song or let them hold a favorite toy. 
Kami memang standby beberapa toys Allysha dalam kereta dan gantung kat tempat dia..
Senang bila nak masukkan dalam car seat, dia dah sebok nak amik toys dia tu.
So pe lagi, strap la cecepat! Haha..

2.       Make sure your baby is comfortable in the seat. Check that the straps are not too tight. If your baby is small, purchase special car-seat inserts that will stop them from sliding around in the seat. Masa Allysha kecik lagi, kitorang alas dalam car seat dia dengan bantal untuk bagi tinggi sikit dan dia pun lebih selesa..

3.       Block the sun. Many babies are upset by the sun shining in their eyes. 
Use the canopy on the car seat to block out sunlight. 
Tapi jangan sampai tak perasan yang baby dalam car seat tu tengah panas pulak. 
Make sure aircond juga kena dekat baby..Makpak panas takpe asalkan baby selesa..

4.       Entertain your baby while you're in the car. Play upbeat music. Sing and talk to your baby while you are on the road. Kitorang suka main nyanyi2 dgn Allysha..nanti die pun tersengih2 dengar suara makpak dia yang tak sedap langsung nih..

5.       Have someone sit in the back with your baby. When there are two adults in the car, have one ride beside the baby. He will be entertained and reassured by another person. Mommy jadi mem besar since ada Allysha sebab Allysha duduk depan sebelah papa, mommy duduk belakang. So Allysha tak la boring sangat sebab dia boleh nampak mommy dan papa dia.. Mommy pun boleh baring-baring kat seat belakang. Ewah

6.       Bring the car seat into the house. You may be able to get your baby used to the seat by strapping her into it and showering her with attention and praise. 
Do this for short intervals until she gets used to being in the seat. 
Sampai umur Allysha 6 bulan kitorang letak dia dalam car seat masa tengah tengok tv kat rumah. Kalau tido pun kadang-kadang letak dalam car seat supaya dia memang terbiasa dengan car seat tu..Car seat ku syorgaku..



Happy baby in her car seat.
Thank you so much Allysha for being good with it all this while..





Friday, April 20, 2012

About Breast Milk Storage


Soalan-soalan lazim pasal breastmilk srorage.


How long can I:

  • Leave my freshly-expressed milk at room temperature?
    • Up to two hours at 27 degrees C
    • Up to 6 hours at 21 degrees C
    • Up to 12 hours at 16 degrees C e.g. in a cooler with ice packs
  • Store milk in the refrigerator?
    • Two days in a chiller
  • Store milk in the freezer?
    • Two weeks in a freezer compartment inside a refrigerator
    • Three months in a 2 doors  refrigerator
    • Six months in a deep freeze that maintains a constant -19 degrees 

Ramai tanya boleh ke campur susu perah waktu lain ngan waktu lain? Setahu aku boleh. We can combine milk from different pump sessions, but cool each batch first lah. It is best to freeze your milk in small quantities (2 to 4 ounces depending on the age of your baby) supaya senang panaskan amount yang perlu diminum sahaja. Leave room in the container for expansion when freezing, and date each container. As your milk cools, the cream may form a thin layer on the surface.  Macam lemak yang terapung. Tapi takpe, kacau/goncang masa dan reheat susu tu.

Ada yang tanya boleh panaskan dalam microwave ke? Microwaving destroys some of the anti-infective properties of the breast milk. Tak pernah pulak panaskan guna microwave. Tak berani lah. Boleh rendam dalam air panas atau lagi senang pakai warmer. Just place the container of milk in a bowl of hot/warm water and heat to room temperature. Or else, just place the bottle in the warmer and wait for few minutes. 


Ada jugak yang tanya, boleh guna lagi tak sus utu kalau ada lebih? While there is no research on this topic, many mothers refrigerate milk the baby did not finish and use it at the very next feed. If you have any doubt, discard the milk. Sebab ada jugak terbaca kita tak boleh refreeze kan balik susu yang dah reheat. Not sure.

What are the best storage containers for breast milk?

  • Standard baby bottles

Ada yang rasa mahal kalau beli bottle.
But for me it is worth for long term usage.
Memang bayar lebih tapi boleh guna ulang-ulang.


  • Breast milk storage bags

Kalau tak nak beli botttle, boleh beli storage bags ni.
I prefer Autumnz brand because the bag can stand steadily even if it is full with milk.
Kalau brand lain banyak yang lembik-lembik, nak freezekan mesti kena baringkan dalam freezer tu, pastu jadi bengkang bengkok pastu makan space jgk la..
The price also reasonable, RM12.90 for 25 pcs..

Wah asyik promote barang kesukaan je kann..
haruslahh..sharing is caring ; )