Showing posts with label Allysha Azzahra. Show all posts
Showing posts with label Allysha Azzahra. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Marilah Bersabar Dengan Anak


Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.( H.R. Abdullah Ibnu 
Umar r.a.)

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Alhamdulillah. Masih boleh menahan sabar. Walaupun Allysha tengah sangat suka setiap hari mensepahkan barang, tuang susu dan segala jenis liquid yang dia jumpa, korek make up mommy, tuang bedak kat lantai, keluarkan semua baju dari almari sampai hari-hari pun kena lipat semula, conteng bedsheet, panjat sana sini, amik bantal dan tidur kat verandah sebab nak temankan cats, keluarkan segala tupperware dan pinggan dalam cabinet, apa orang nak buat semua dia nak buat, menjerit berguling kalau tak dapat, mengamuk kalau nampak orang nak keluar rumah, main air kat toilet senyap-senyap sampai basah lencun dan macam-macam lagilah yang boleh menyebabkan tetibe naik darah dan bakal menjadikan dia mangsa penderaan kalau tak sabar haha. 

Syukur as at today masih bertahan dan senyum je tengok budak baik tu buat keje dia. Belum pernah terpukul atau tercakap bukan-bukan lagi rasanya. Lebih kepada rayuan kalau dah tak tahan sangat ‘ Allysha..Please lah. Jangan la buat sepah pastu mengamuk camni. Cha kan dah besar, dah tau, dah pandai. Cha kan dah faham kan. Mommy penat la sayang. Please cha..Cha good girl kan..’ sambil peluk dia dan harap dia faham, walaupun dia memang tak faham dan wat dek je. Tapi tu jela yang mampu. Hehe. Takpelah. That is the way she learns and express her feeling. Semoga Allah terus bantu mommy untuk sentiasa jadi penyabar dan cool. Kan azam 2013 pun nak maintain coolness in everything kan. Cewah! eh, InshaAllah ; )


Ni tengah memujuk Allysha duduk dan main kat seat belakang.
Pandai dia buat manja camtu supaya orang kesian tau!

Sunday, January 06, 2013

Allysha's Day Out


Allysha and papa picked me up on last Friday.
The traffic was super duper jammed dem. Asal jumaat je jem. Asal jem je jumaat.
So as usual we decided to have a quick window shopping at KLCC.
Daripada stuck tengah jalan, baik stuck dalam shopping mall.
Plus, its Friday yall!! TGIF. Heh.
Lagipun masa ni papa tak bawak adik. Its the time to give her full attention.


Allysha was never allowed to walk herself.
Papa dia mesti akan dukung atau letak dalam stroller sahaja.
Tapi kali ni papa bagi dia jalan. Cica was so excited.


Tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan, tengok kiri, pastu tersengih-sengih.
Hahaha kesian betuull anak mommy ni. Cam jakun je.
Then selamba je masuk kedai tu masuk kedai ni tengok-tengok barang gaya nak shopping.
Ewaahhh..awak tu baru setahun lebih ye Allysha..


She's been good for the past few days so we were agreed to treat her with new toy.
Ish: 'Allysha, pick one toy..Mommy blanje.Hahaha..' 
Me: .......... k fine. Pandai je bapak kau kenakan mak ni hah.


 Masuk Toys R Us, Allysha pusing sana pusing sini, end up nak Barney.
What? Barney kan dah ada kat rumah. Ok i get it. Allysha want the bigger one.
Tapi membazir la beli benda yang sama. Kang cam ada anak Barney ngan mak Barney pulak kat rumah tu..Try offer Allysha Lotso tapi dia macam nak Barney jugak.
E..tak boleh tak boleh. I dont want anak beranak Barney in the house. Cukuplah satu..



Suddenly she found the  teddy bears section.
Terus tengok muka mommy papa dengan mata bersinar dan senyum kambing comel dia tuh.
Allysha: 'eeee..eee..' senyum-senyum peluk-peluk bear yang ada kat situ.
Sebab ada banyak choice, Allysha rambang mata. Memula amik satu medium size. 
Pastu nak yang besar pulak. Pastu amik dua-dua dan terus nak blah.
Papa: 'Caaa..that one is quite big. Nanti kalau seret-seret kan senang kotor. We buy this one later k'   Hoo.. pandai papa memberi alasan. Thanks anyway. Hahah.


The bear that she chose. White color medium size within my budget.
Mungkin ini decision yang susah untuk Allysha sebab ada banyak yang dia suka kat situ.
Teringat Murni pernah marah aku sebab suruh Allysha buat keputusan sendiri semuda ini.


Happy face ; )

Tuesday, January 01, 2013

Allsyha Azzahra : 18 Months


Allysha just got her 18th month immunization last Monday, 31/12/12.
Her weight is 12.2kg which is only 200g extra since 6 month ago.
Still with her diet as a fruitarian.

Anak dara saya ni sudah macam-macam pe'el.
Her curiosity is beyond my control. There's nothing I can do. 
Just let her explore, discover and learn by herself.


Fondest to play with my make up, body lotion, deodorant, 
dan segala macam yang dia nampak mommy dia pakai, tu la yang dia nak main.


Mommy getting used to this.
Leave her for 5-10 min, then ready to have all the things on the floor.
Membebel pun tak guna, bukannya dia faham.
Malah akan menjawab dengan bahasa siam dia tu.
'kak ku ar tai pei pun kap oppa aaaa..'
Yelah, what ever.

The most surprising is she already start to camwhoring.
Ini mommy tak permah ajar sebab mak dia pun tak suka sangat nak amik gambar sendiri sambil buat muka itu ini. Hanya senyum saja. Niat nak snap gambar pertama bawah ni je.
Tapi terkejut tengok cica muncung-muncung mulut dan buat mimik muka pelbagai. 
Who teach you that? Mesti makcik-makcik nye lah ni.



Oh it was the most meaningful 18 months for me darling.
Looking forward for another precious moments together.
Mmmmuaaahhh!

Thursday, December 13, 2012

An apple a day..

keeps the doctor away..

Ramai juga yang tanya Allysha makan apa sebab body dia cam padat-padat gitu.
Seriously Allysha tak makan nasi, cuma minum susu (bf until 1 year, then Friso).
Ok, memang ramai terkejut, minum susu je dah besar camni?
Hello! Biarlah, asalkan dia sihat. Alhamdulillah.

Bukan we all tak ajar dia makan, tapi dia memang tak suka sangat nak makan berat.
Suap sekali, pastu taknak dah. Lauk pun tak berapa suka.
Biskut pun makan main-main. Tak tau la kenapa.

Tapiiiii..Allysha suka makan buah!




Yes, she really enjoy fruits.
Tengok, terpejam-pejam mata makan buah.
Apple, grapes, watermelon, kiwi, orange, mango. Yum!

Monday, October 29, 2012

My Baby Girl's Interest

Make up.






Dah la banyak hilang. 
80% dah hilang ntah kemana.
Apa yang tinggal tu pun dia nak bawak lari.
Allysha..Allysha..

Monday, September 24, 2012

Menabung Untuk Masa Hadapan


Allysha's current habit.


Simpan duit dalam tabung. Ohhh..good girl..
Kalau dulu kutip coins masuk mulut.
Sekarang kutip coins masuk tabung.
Wow mommy so impressed.



Tengok muka bangga dia tuh. Cet.


Goooddd..I'll give you bigger tabung okeh.
Nanti boleh la simpan duit banyak-banyak lagi.
Pastu kita bank in. Later we can use it for your study fund kan.
(harapan makbapak)

......

2 hours later

.......





Apejadahnyaaaaaa baru 2 jam dah korek tabung ni.
Haih..

Thursday, September 06, 2012

Alica


Mommy : Allysha..Allysha..Oooo Allysha..
*no answer. nobody turn up. wait for 2 minutes.

Mommy : Azzahra..Azzahra..Oooo Zahra..takde orang nama Zahra ke? ZAHRA (louder)..
Budak loghat : ALICA!
*erk

Mommy : Then kenapa tak jawab masa mommy panggil Allysha tadi?
Budak loghat : ALICA!
*ok dia nak mommy panggil dia ALICA rupanya..


*sweetheart, your name is ALLYSHA AZZAHRA ok*

Wednesday, August 29, 2012

Pengalaman Bersalin Kali Pertama : Allysha



I can't help myself. Aaaaaa.. Tak tau la kenapa.. Kengkonon tak nak fikir sangat pasal nak bersalin ni. Tapiii.. sangat nervous. Bagaimanakah labour kali ni? Lebih mencabar kah? Atau lebih mudah kah? Atau sama kah? Atau apa kah?

Teringat-ingat pengalaman bersalin Allysha last year. 
Nak share boleh tak? Boleh la.. Kalau tak boleh sila pangkah tab. ;p
Certanya begini...  
(flashback, zooosshhhh..gambar samar-samar cam dalam drama)

Edd 15 June 2011. Tapi doctor kat Hospital Ampang suruh stand by dari 3 June lagi. Sebab dia kata baby besar dan ada possibility untuk keluar lebih awal. Aku ingat lagi 3 June tu hari Jumaat. Pagi Sabtu tu dah ada bloody show. Lendir campur darah kecoklatan sikit macam masa mula-mula period tu. Oh, dah nak bersalin ke ni? Tapi tak rasa sakit pape pun.

Sebab dah plan ngan kengkawan tercinta, maka meneruskan juga hajat untuk ke Kepong nak attend wedding Yana Mazta keesokan harinya, Sabtu. (Patutnya attend wedding diorang kat Gemas a week before, tapi malangnya teraccident kat Seremban dan terpaksa berpatah balik. Mungkin ada hikmah besar disitu yang aku tak tahu. Aku pun tak patut berani sangat tengah tunggu hari tapi nak masuk Gemas. Tak takut ke terberanak kat sana, tak pasal anak IC nogori smilan). Maka terkinja lah mak buyung cam orang tak mengandung bersama konco-konconya. Kemain aktif dengan perut yang memboyot sehingga melanggar meja, kerusi dan orang-orang lain secara tak sengaja.

Hari Ahad ada second bloody show lagi. Masih diabaikan sebab belum rasa sakit. Hari Isnin pergi kerja macam biasa. Petang Isnin 6 June tu dah terasa sakit pinggang dah tak selesa macam senggugut. Masa ni dah ada instinct cam dah nak dekat bersalin. Kebetulan Mama takde kat rumah. Dengan rajin dan berbesar hatinya nak memasak dan buat kerja rumah. 

Sebelum sampai rumah, round Ampang Point dan singgah hero untuk beli barang dapur.
Sampai rumah pukul 8 malam. Start memasak tomyam, goreng kobis, sambal dan apa ntah lagi. Lepas dinner, basuh + sidai + lipat + iron baju yang ada. Pastu kemas rumah. Pastu mop lantai. Ada rasa nak sental toilet, nasib baik cam dah tak larat. Ikutkan hati, macam-macam lagi nak buat masa tu. Bukan la sebab semulajadi rajin. Tapi sebab agak cuak dan nak hilangkan rasa tak selesa cam senggugut  yang aku dah mula rasa masa tu.

Pukul 11 malam terus tidur. Menjelang tengah malam terjaga dan tak boleh sambung tidur balik sebab rasa sakit tu makin konsisten kurang dari sejam. Abaikan lagi sehinggalah pukul 1 pagi. Ini kronologinya:

1 am : Contraction yang konsisten setiap 30 minit. Tak berapa sakit, tapi tak boleh tidur,  baring je diam-diam dengan perasaan jeles husband kroh kreh kroh kat sebelah.

2 am : Contraction yang konsisten setiap 15 minit. Masih lagi mild dan tak berapa sakit. Bersedia untuk kejutkan husband. Tapi husband cam taknak bangun je sebab dia kata ntah-ntah false alarm. (dia pun attend antenatal class, so dia tau) Ok tunggu lagi sikit.

3 am : Contraction yang konsisten setiap 10 minit. Masih lagi mild dan boleh tahan. Kejutkan husband ajak pergi hospital. Aku pun get ready siap pakai bedak bagai. Heee.. Tapi Ish lagi tak boleh blah, siap mandi 20 minit pastu boleh pulak dia suruh pilih baju mana patut dia pakai, merah ke biru. Masa tu rasa nak tumbuk perut dia sebab aku nak pegi hospital tapi dia boleh pulak bersiap macam orang nak pegi shopping.

4 am : Naik kat ward bersalin. Doctor seluk kata dah buka 2 cm. Masa ni relax lagi walaupun sakit tapi boleh tahan sebab memang macam senggugut je. Terkebil-kebil aku atas katil sengsorang. Masa tu belum ada smartphone  ;p

5 am : Doctor seluk lagi dan kata dah buka 4 cm. Terus dia suruh get ready untuk masuk labour room. Masa ni agak terkejut sebab cam awal lagi je. Stil boleh tahan sakit.

6 am : Contraction yang konsisten setiap 2 minit kat dalam labour room. Mula rasa sakit. Midwives panggil husband untuk temankan. Diorang kata, maybe dalam pukul 12 tengah hari bersalin lah. WHATTTT?? Aku dah sakit tahap nampak muka Ish macam punching bag, dia expect lagi 6 jam baru bukak 10 cm? Sebab normally 1 jam 1 cm katanya.
Unbelieveable. Masa tu dah nampak 6 jam paling hazab dalam hidup aku.

6.30 am : Diorang bagi happy gas. Sedut sampai lalok aku dibuatnya but stilllll rasa sakit teramat sangat weyh. Doctor datang tengok CTG maybe sebab muka aku dah cam hantu kak limah menahan sakit. Dengar dia cakap 'kuat la contraction dia ni. she need painkiller'. YES I AM!! Tak terfikir langsung nak amik epidural. Tapi doctor offer, aku pun hape lagi lah. Dia pun kesian tengok result CTG aku tu kot.

7 am : Ramai pulak doctor dan midwives kua masuk kua masuk labour room aku tu. Tapi epidural nya mana???? Diorang kata tengah prepare la hape la. Rasa nak je meraung tapi aku tahan dan menangis slow2 je. Sakitnya time ni masyallah..Kemek tangan Ish aku genggam sekuat hati.

8.30 am : Baru la doctor bius sampai. Tak tau la apa yang lama sangat diorang buat sampai aku kena tunggu 2 jam dari time diorang offer epidural tu. Maybe doctor bius tu baru masuk kot sebab setahu aku diorang ni kerja office hour kalau takde appointment. So diorang suruh aku duduk dan peluk bantal untuk cucuk kat backbone. Penyek bantal tu.

8.45 am : Baru suku epidural tu masuk kat badan aku, tetibe rasa cam nak meneran sangat. Kelam kabut diroang suruh aku baring semula dan check bukaan rupanya dah 9 cm. Masa tu memang tak guna la epidural  ke hape ke. Rasa bersyukur sebab tak payah tunggu sampai kul 12pm. Hoyeah!

9 am : Doctor yang tak berkaitan semua keluar dan midwives saja yang handle aku untuk bersalin. Dapat je instruction suruh ready untuk push, aku pun gunakanlah segala ilmu push dan breathing technic yang dah belajar masa attend antenatal class dulu.

9.20 am : Alhamdulillah nampak muka baby girl tenit yang bambam. Terus diorang letak kat dada. Allysha dongak tengok mommy dia pastu hisap jari. Haha baru lahir seminit dah pandai tengok macam tu ye sayang!

9.30 am : Keluarkan uri dan darah yang berketul-ketul dalam perut ni. Masa ni dah tersadai sebab lega sangat.

10 am : Diorang start menjahit tut ni. Sungguh tak ku sangka, betapa sakitnya proses jahitan tu lebih sakit dari bersalin! Ya Allah..unsangkarable tol. Tak bagi bius ke memang takde bius ke hape sebelum jahit?? Dah la jahit 3 lapisan. Gile btol la. Sangat sakit sampai aku menggagau cari balik happy gas tu. Memang meraung la.

11 am : Siap la proses jahit sulam kat bawah ni dan segala benda yang perlu. Leganya dah boleh kua labour room. Diorang bagi dukung Allysha. Hilang rasa sakit jahit tu.

12 pm : Aku terpengsan dalam toilet sebab dah kurang darah kan. Nurse tu sound 'awak ni tak boleh jalan lagi. Jangan la turun wheelchair. Nampak cam sihat sebab awak happy dapat baby, tapi badan awak lemah..nak pergi toilet bagitau nurse dulu..'' Heee.







Kesimpulannya, faktor ketakutan aku untuk second labour ni ialah : 
1. Contraction yang sampai tak boleh tahan tu
2. Kesakitan masa proses jahit.

GULP! Takutnyeee..sebab ingat lagi rasa sakit tu camne..alaa..apsal tak boleh erase dari memory ni? alaa..kan best klu tak tau sakit tu camne, so tak la takut sgt.. : (



But pain that is worth. Alhamdulillah. semuanya atas izin Allah swt. syukur..

Wednesday, July 04, 2012

Trauma


Allysha's latest item in the house.
Benda baru untuk mensepahkan rumah.


Papa bought this as her little princess not interested into previous 
gardening tools and kitchenware anymore.


Ok la. She can learn new things.


And have a good time with papa.


Allysha really enjoy to play with it untilllll...
papa put his head inside the blocks like below picture.


Terus menangis melalak peluk Mommy dan taknak tengok muka papa.
Allysha pelik kenapa muka papa tetibe jadi camni.
Sampai mengigau malam menangis tetibe dibuatnya.

Since that moment, Allysha despise the thing and never touch it anymore.
Mungkin serik sebab takut papa berubah wajah menjadi makhluk aneh lagi sekali.

She really loves her papa.

Monday, June 25, 2012

Papa vs Allysha


Below photo was taken 27 years ago.


Al Fadzlean Ishkandar & Al Farrish Hakim (1985)


Al Fadzlean Ishkandar (1985) vs Allysha Azzahra (2012)

Veerrryyy the copycat!
Amazing

Sunday, June 24, 2012

Allysha Have a Good Time in the Water

Helloo! Allysha in the pool yaw!
Allysha loves to play in the water so much.Tapi papa sangat fussy. 
Allysha boleh masuk dalam pool yang dia confident bersih sahaja. Papa patut keje jadi QC. 


Ni pun at first papa reject. 
Mommy pujuk, then only Allysha got the permission to get into the pool.
Dengan alasan 'Papa kata nak biasakan Allysha swimmmingggg. It's the time..Bila lagiii '..


We really hope Allysha can learn to swim as soon as possible.
Just like Bella. Hehe..Tapi dia ada personal swimming coach. Boleh leeee..


Swimming produces a wide array of health and social benefits for kids of all ages. 
It provides children with a fun aquatic activity that also promotes good health and social development skills. 


Swimming also provides a good source of exercise with minimal chances of bodily injuries common in other kids' sports. Swimming offers a good source of aerobic exercise without placing added stress or impact on growing bones and joints.


Three major benefits of teaching kids to learn swimming at very early age are :
1. Those children who have swimming lessons at an early age, 
if parents continue these lessons, will have better developed motor movement. 
In other words they can coordinate their motor movement 
much better than those who don't swim.
2. Improve their cognitive skills because these young children or babies are in lessons and they have to follow instructions. 
3. A child who is involved in swimming lessons will develop their social and emotional skills further because they are involved with other children.


Other benefits of swimming :
 1. Swimming helps kids learn to set goals and work to achieve them.
2. Swimmers tend to be academic achievers.
3. Swimming builds confidence and self-reliance.
4. Swimming is the only sport that can save your life.
5. Swimming is one of the few sports you can do throughout your lifetime.
6. Swimming is the best possible exercise. 
It works all the body’s muscles and burns the most calories. 
7. Swimming makes children better athletes. 
8. Swimming well provides a lifetime of health and fitness.
9. Drowning is the second leading cause of unintentional injury-related death for children between the age of 1 and 14. 
10. Being able to swim 400 yards continuously means you can: scuba dive, snorkel, become a lifeguard, compete in triathlons, play water polo, teach swimming and much more.
11. Learning to swim is an ability, like walking, that is part of growing up.


So much benefits kan? Tapi nak ajar baby bukannya senang. Kena ada skills + experience.
But Mommy got no budget to hire a swimming coach right now.


All we can do is to expose Allysha with the pool as much as we can 
and papa teach her the basic only.


Nantilah kalau ada rezeki Mommy hantar Allysha pergi swimming class 
sama-sama ngan adik ok.



Yay! Yesterday Allysha got companion. It's Adam in the pool!
Tapi dah panas pulak. Allysha mula la moody sebab dia tak suka panas-panas ni..


So Adam je main sorang-sorang..


Muka tak rela. Tak puas main air.


Sambung pulak dalam bath tub!
Ni memang susah nak keluar la sebab segala toys papa dah tuang dalam tu.


After two hours in the swimming pool and one hour in the bath tub..
Allysha fell asleep tightly under the cozy duvet..
Kalau mommy ada budget, kita beli duvet untuk bilik kita jugak k darling..
Ahh..mommy sangat mengidam nak bilik tidur konsep hotel..