Showing posts with label Marriage. Show all posts
Showing posts with label Marriage. Show all posts

Friday, December 28, 2012

271212 Dinner Date Trivia

It was last minute plan. Woke up and told husband that I dreamt about cajun chicken sandwich for 3 nights in a row snd now crave for it so badly. Then he said 'ok, ill fetch you after work and we dine at KLCC'. Yay! (kak elly, u shadap)

1. The moment Ish reached Megan, the rain started to pour. Quite heavy. Muka dah lain. Terbayang adakah akan cancel dinner date petang ni lantas lepak secret recipe, starbucks or even worse hakim sebab stuck tengah hujan ni? Oh noooo.. Lunch kat sini dah boring gilaaa takkan la dinner pun kat sini. Pleaseee. Suddenly the rain stopped after 10min! Lelaju gerak ke KLCC. Senyum.

2. Ish took 20min to stare on the menu and end up with 'tak tau nak makan apa..' Dah agak. The reason why we dine at a restaurant only once in a while. That's him. Hanya masakan mama yang bertakhta di hati. After had a 'discussion' with the waiter, he choosed his meal that he already want the moment he open the menu. Ok. Me? Of course cajun chicken.

3. When our foods arrived on the table, both of us were very happy. Surprisingly my husband turned to be a bit romantic. Suap-suap tanpa diminta. Eh? Cam pelik gila ok. Orang lain yang biasa berOmantika ngan husband walaupun kat luar memang tak pelik la. We are not that kind of couple. That's why pelik. But i am happy with that. Hik. Jalan-jalan kat KLCC memang selalu, tapi nak bermesra memang tak. Dalam bilik saja. Hahah teettt!

4. One thing i hate about dine outside is i usually dont really like what i had order eventhough i craved about it at the first place. Entah kenapa selalu pun makanan ish akan nampak lagi sedap dan rasa memang lagi sedap dari apa yang aku pilih ( oh memang berbaloi dia fikir lama-lama sebelum order). So, memang akan berlakulah adegan tukar pinggan. Aku mesti nak dia punya dan secara automatik aku anugerahkan makanan aku yang  tetibe dont really suit my taste tu kasik dia. Ish mesti akan redha dan cakap takpe. But i wonder how was his feeling? Betul-betul ikhlas ke turn off eh? Tanya banyak kali pun dia tetap akan cakap takpe. But the truth is? Annoyed? Ke? Alamak.

5. The juice ish had is free flow. So he asked to refill for the 3rd times. Amek, kembung perut. When the waitress took his glass, i noticed there was another glass oh her hand and after she leave to get the refill, i saw her confuse face which one is our glass.. 'ish budak tu confuse mana satu glass ish' 'hah? Yeke? Eee glass sape lagi satu tu?' 'glass makcik kepoci yang bercakap macam pakai mic belakang ish tu la' 'eeee tanak ah minum' 'minum jela,pe salahnya cemolot secara tak langsung ngan makcik tu' 'eeeee...' ok memang tak minum dan blah setelah terlantar kekenyangan dekat sejam. 

6. After dinner, had a window shopping (je) and passed by the level 4 food court. Reminiscing our memories. ' ni la tempat awak ngorat saya dan selalu temankan makan dulu.ingat tak?' 'mestila papa ingat. Hee..' The place we met and fell in love was at our lovely CIMB KLCC branch. Maka selalulah lunch pukul 4 (lambat gila lunch kan?) tu ish yang temankan (sebelum tu memang seakan loser pergi makan sengsorang sebab tak boleh lunch sama ngan partner) Situ la tempat dating hahah. Tiada tempat dating lain kerana tunangnya ini yang sangat busy weekend pun keje ngalahkan bangla dulu. My work station was my second home. Ohhh rindunya zaman bercinta. Eh sekarang pun bercinta jugak cuma kena tambahkan feel romantika tu kot. Kena pandai cari peluang nak together gether. Yelah adilaaaa..

Overall, i really enjoy it. Feeling dating as a lovebirds again. Seriously dah lama tak bersembang panjang just the two of us. Lately agak serious dan challenging mungkin faktor penambahan responsibilities and et cetera. Now a bit releived. Thanks husband. Alhamdulillah. Feel appreciated. Seeee..bukan susah nak amik hati wife hokay. Just spend a little time and be darling. K bye.


Saturday, November 24, 2012

December Appreciation


Too many things to buy. 
Too little money to spend.
Kan best kalau banyak duit *Dasar perempuan*

Ada orang pesan, kalau tak cukup duit jangan segan-segan nak mintak pape kat husband.
Hahah agak aneh pesanan dia tuh. Aku tak segan. Cuma kesian.
Tapi..buat apa nak kesian? A'ah kan, kenapa nak kesian?
Dia kat husband aku. Aku ni tanggungjawab dia.
Kalau tak mintak kat husband, nak mintak kat sape lagi kan?

Lagipun sebab kita tak mintak duit belanja harian, why not kita tukar mintak present.
Maksudnya, tiap-tiap bulan kita pow husband kita present as a small appreciation 
sebab jadi wife yang lahirkan/besarkan anak-anak dia etc. (alasan tapi betul)
Ala bukan la yang mahal. Agak-agak ikut kemampuan la kan.
Jangan tunggu birthday / anniversary je. Rugi!
Best tak idea ni? Beeesssttttt..

So 'small appreciation' for the month of December from my husband is :



Ray Ban Aviator Shades y'all.


Dipilih oleh MIL. Good taste, Mama.


Lebih kurang camnilah kalau pakai tudung. Love it!

Tuesday, September 11, 2012

Baby Hubby and His Favorite Food


Finalllyyyyy..
Managed to fulfill my husband's request after more than a year. 
A homemade lasagna inspired by Rini. Amazed by her cooking talent.
Terbagitau Ish yang Rini pernah buat pizza, dah start bagi hint nak homemade pizza pulak.
Kalau western foods, memang laju je dia tau. Anything relate with cheese, turn on.
Well, the pizza is just on the way, only if u bought me a bread maker :p

Dah nak bersalin baru terhegeh nak buatkan kan. Nasib baik ada pembantu.
For the first time ever, Ish has become my kitchen assistant yesterday.
Really surprised. Before this kena terjerit terpekik panggil baru la muncul kat dapur.
Tapi semalam, sanggup dia tercongok kat belakang aku yang lelaju sediakan ingredients. Sampai rimas sebab banyak nau soalannye macam budak kecik lak aih.
Sangat willing nak tolong itu ini. Punyalah excitednye tu..

Dalam hati berdebar jugak takut my fisrt time DIY lasagna ni tak menjadi.
Or not as good as he expect. Aku yang frust nanti. Bakal rasa sangat loser.
Tapi alhamdulillah. Jadi jugak la walaupun nervous masa tunggu siap masak sebab oven tu rupanya api bawah je. Walhal nak dapat lasagna yang golden kena api atas bawah.
Phew!


Pukul 3 pagi semalam tengah hujan lebat kat luar tu, ada makhluk makan kat sebelah. Dengan bau yang menggoda, boleh tabahkan hati je..

jangan..tolong la jangan..tahan..sila bertahan adila..jangan pandang..
tak elok makan benda camtu tetengah malam ni. nak letak mana lagi lemak baru 
di badan yang dah terlebih lemak ni? esok pagi saje ok..

Bangun pagi, first sentence yang aku dengar 'nak bawak bekal lasagna..'
Serious tetibe rasa macam ada anak kecik yang mintak bekal bawak gi school.

Monday, August 27, 2012

Tuesday, August 14, 2012

Aidilfitri 2009 Memories


Was browsing old raya photos and I found this. Ahah, gotcha!
Now I remember..
The friendship officially started on October 2009.


The very first pic of us.
After they forced me to have few snaps with him.


Haha..
Allysha, if you read this entry..papa yang start dulu n beria ngorat mommy ok ;p


Merekalah dalangnya. Hari-hari duk kenen dan kirimkan salam. Funny.
Pernah cakap kat diorang 'akak lempang saya kalau one day saya cakap saya ada relationship ngan dia. Mustahil ok. Totally not my type..'
Fuh berlagak sungguh. (bahana perempuan sombong)

We got engaged two months later.
And got married seven months after that.



Sesungguhnya ketentuan Allah swt itu lebih baik daripada apa yang kita rancangankan.

Salam Aidilfitri 2012. 
(Ewah ada 4 hari lagi la)

p/s: malam ni 27 Ramadhan. jom perbanyakkan ibadah dan jangan lepaskan peluang untuk bangun malam ok. walaupun mood raya melebihi mood untuk solat sunat..
at leassstttt..something..

Wednesday, July 25, 2012

Superwifey vs Superhubby


Most man prefer a perfect wife.
But could they be a perfect husband?

They want a beautiful wife who can take care of all the house chore.
But could they be a smart husband who can help us to take care of the kids?
They want a slim wife who can produce their child as much as possible.
But could they be a rich husband who can pay for post pregnancy slimming programme?
They want a solehah wife who can be their personal chef.
But could they be a soleh husband who can be an imam to the family?


Pernah husband request suruh aku belajar / practise masak sambal 
serope rasa cam mak dia masak. Amboooiii..
Selambe  menjawab 'Papa ada hafal surah-surah baru ke?' *Tersentap la dia sekejap.

I'm sorry papa. I just want an equal thought in our marriage.
Kata nak susah senang sama-sama kannn..So jom sama-sama improve!
Kalau asyik pompan je yang nak kena belajar itu ini, tapi lelaki sameeeeeeee je 
cam dari mula kahwin dulu, dont you ever wish something better. 

It is unfair, man..
If you wish a superwifey, we want a superhubby.
(",)


Wednesday, July 11, 2012

perempuan dan yang berkaitan dengannya..


Spesis perempuan..dan segala yang berkaitan dengannya, memang cepat merajuk..macam aku yang merajuk ngan husband semalam sebab dia macam x excited je nak celebrate anniversary we ols. memang kebanyakan lelaki camtu ke atau aku yang tersentap lebih? ilyia kata 'dah nasib kita kawen ngan lelaki melayu yang memang tak romantik, tak reti2 nak amik ati bini..' oh ye la kot..tapi x aci la! kalau birthday husband, father's day, etc, beria we ols nak celebrate tauuuu..siap buat surprise lg..ni,nak celebrate pn payah,nak buat surprise utk wife die, jangan haraplah!berangan la sorang2..

eh, tercomplaint pulak..maybe sebab tengok muka aku monyok je pagi td, husband tetibe explain 'papa bukan xnak celebrate anniversary kita ngan birthday mommy tau..tapi papa kan demam, x sihat..mommy boleh tunggu esok x? pastu weekend kita celebrate ok?'

laaa! cakap la awal2! buat penat je aku merajuk..aku pun satu hal. bukan tak nampak, dia tengah x sihat..dah la aku sendiri pulak tu yang jangkitkan virus kat die..kenapa la aku cam x faham? wellll simptom mak buyong memang sesitif ok! so now dah x merajuk lagi..heee..

pastu td ada member wasap 'aku stress ar. susu aku cam dah tak banyak je..cane ni? dah la nak dekat bulan puasa..nanti lg la sikit..'  terus aku menuduh 'ni mesti ko tak pump ikut schedule kaaaannnnn?' a'ah katanya..dah agak dah..ni mesti kes cik b merajuk..yela, kite leka sgt buat benda lain ke, kua jenjalan pastu x pump ke, dah bengkak nak meletops pun bia je, lama2 cik b merajuk u ols..

dulu masa pegi bandung x bawak allysha, camtulah jadinye..berjalan sakan, balik hotel baru pump..walaupun dah menjejes sampai basah baju dan bau masam..natijahnya, balik kl terus susu tak kua..after 2 weeks baru normal balik..amik kau! lagi dasyat dari tuan punya badan, kena pujuk 2 minggu baru ok balik..cam x caya je die bila aku bagi alasan camtu..well..dah spesis pompan kan, memanglah kuat merajuk pastu nak kena pujuk..

so tips untuk banyakkan susu badan,jugak ialah, jangan sesekali abaikan dia..kalau rasa perlukan dia, kena pandai jaga dia, selalu ingat kat dia, spend time dengan dia..just like woman.. ; )

this post is updated by using blackberry. ampunkan segala kesilapan spelling dan alignment yang ada..

Monday, July 09, 2012

Second Anniversary Love Note


It is our second anniversary today. Kengkonon nak buat card bagi husband.
Baru nak start tulis, suddenly i fell very emotional. Dont know where to start. Mix feelings. 
Maybe sebab baru kahwin dua tahun tapi rasa terlalu banyak dah terjadi. 
Two years.. We managed to share the love.
So hard but so easy. So sad but so happy. So tough but so grateful.

He wasn't the man in my dreams. 
He came into my life unexpectedly. Not so welcomed at the first place. 
After the istikharah and prayers, I started to considering the serious relationship.
I decided to just go with the flow. Learn to believe that what our heart desire doesnt really suit us. Allah knows the best. Just leave it to Him and be grateful.



In a blink, on 10th July 2010, we're officially husband and wife.
But the first year was really tough for me. Really really tough.
Full of challenge because we less knowing each other perhaps.
Felt like I live my life with a stranger. Wondering this and that, here and there.
But I believe everything happened for a reason. We destined to be together.



Now it is different, upside down.
I prefer someone like him. I thank Allah that I found him.
I pray day and night that we will stay together trough the thick and thin.
For better or worse, for goodness and bad, through the ups and downs.
Because I know the world never promised that life will always be so easy.





In a blink, today we're officially a proud parents to our 1st daughter.
And we're expecting to meet the little one inside me about two months from now.
How time flies. We were two, in two years we become four! ; )
What else do I need? Syukur Alhamdulillah. 





Now I know..the key is..less expecting and don't let outsiders harm you.
Focus your goals, live a simple life, and be grateful for everything.
Pray harder to Allah swt. Because after all, He determine everything.

Ini catatan jiwang untuk suami saya, Al Fadzlean Ishkandar Razalli.
 (yang akan kutulis dalam card yang bakal dibeli kat klcc jap lagi)


To the only man in my life,

Another year.. and I exactly where I want to be.. with you..
Time has passed so quickly, there are no words that can express my feelings. We faced ups and downs and I almost gave up....but through it all we still manage on making our relationship stronger. Alhamdulillah..
Thank you for remind me that life will not always beautiful as we wish but as we stick together and walking in the same direction, we can make it nice and easier.
I am so grateful because I have everything I need. A caring husband and gorgeous kids that I have to give a goodnight kiss and hugs every day.
Thank you for being a wonderful father to our lovely daughter and the little inside me. You are so sweet, caring, loving and very patience to us.
Overall, life is good and of course I am looking forward to spending the rest of my life with you. May Allah swt bless our marriage and we still together till jannah.



Wah jiwangnya i!

Wednesday, July 04, 2012

Dinner Date at Home


A surprise dinner date at home.
Allysha was with her aunts having a girls day out.
(amboiii anak mommy umur baru setahun dah lepak ngan girls kat luar!)


So papa and mommy can have a loveydovey time together yippie!


The main menu is grilled chicken with black pepper gravy.


plus potatoes.


with extra hot nandos sauce.


and Ish's favourite drinks blackcurrent soda.

He request for more.
Ok nanti kena buat lagi banyak-banyak ye.


Friday, June 15, 2012

Teknik Urutan Cakaran Harimau


From my favorite motivator, Ustazah Norbahiyah.
Actually dah lama teknik ni popular kan. Masa mula-mula dapat dulu by email around 2009 kot. Belum kahwin lagi. So abaikan je info tu. Lepas kahwin baru sebok cari balik pasal teknik mengurut2 ni. Husband sape tak suka diurut?

Previous entry ada post pasal stress relief massage kan? But no detail bout this technic.
So today m gonna share with you guys furthermore lah.


Langkah Pertama
Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan. Jangan tekan kuat sangat sebab biasanya urat leher sensitif.

Langkah Kedua
Mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan. Ulang beberapa kali.
Langkah Ketiga
Membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat. Lagi lama lagi bagus sebab bahagian belikat memang sangat stress lepas penat berkerja.
Langkah Keempat 
Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.



Langkah Kelima
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang. Tapi kalau husband memang sakit belakang, maka urut lah kuat sikit tapi guna hujung jari dan jangan lah guna kuku pulak yeeee..Bercalau badan kang.
Langkah Keenam
Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah Ketujuh
Sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok. Ulang langkah-langkah di atas.

Langkah Kelapan
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya. Amboi ustazah ni..


Selamat mengurutttt!

Wednesday, February 22, 2012

Imam

Something good to share 


CARILAH UNTUKMU SEORANG IMAM

"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan. Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat? Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan. Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah. Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam. Saya geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. 
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya. Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak. Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah? Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.




Termenung sekejap baca article ni. Masa mula-mula kahwin dulu, selalu terdetik dalam hati ni rasa tak puas hati dengan suami. Itu la ini la (tak payah la nak cerita benda-benda aib camni kan?)
Terlalu banyak complaint dalam hati. Pantang suami tegur, mesti nak jawab 
"eleh macam la dia tu bagus sangat! kalau bagus kenapa tak hafal surah-surah baru?" 
Astragfirullahaladzim, berdosanya aku. 
Macam mana suami nak jadi imam yang baik kalau aku sendiri taknak tolerate dan lembutkan hati untuk dengar nasihat dia. 


Banyak kali dia bagitau sabar tu ada batasnya. Tapi degil jugak.
Aku lupa bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Kalau aku pun berperangai macam perempuan yang kurang didikan agama, 
macam mana nak rasa syukur dengan pasangan yang dah ditakdirkan untuk aku ni dan sama-sama cuba untuk hidup dalam rahmat Allah swt?


Sebelum kahwin dulu suami ada bawak aku ke beberapa kelas agama. 
Sama-sama belajar menghayati Al Quran sebagai bekalan untuk hidup berumahtangga nanti.
Tapi lepas kahwin je, aku terus taknak pergi kelas tu lagi dah walaupun suami pujuk banyak kali.
Macam-macam alasan. Aku tinggalkan ilmu penghayatan Al Quran tu.
Mungkin sebab tu la hati aku tak tenang, kosong dan terumbang ambing.
Sebab aku berpaling setelah Allah swt beri hidayah.
Natijahnya aku yang tak bahagia. Bukan salah sesiapa.
Salah diri sendiri. So, bermuhasabahlah. 


Alhamdulillah beberapa bulan ni dah jarang selisih faham dengan suami.
Mungkin sebab aku lebih bersyukur. Syukur more, expect less.
Tapi kadang-kadang aku takut bila dah lama tak tempuh ujian macam ni, 
nanti bila tiba-tiba di uji lagi aku akan terlalu sedih dan jatuh tersungkur.
Astragfirullah. Kenapa kena fikir macam ni?
 Bukan ke Allah hanya akan menurunkan ujian yang mampu dipikul oleh hambaNya. 
Dan selagi segala nawaitu itu adalah Lillahi Taala, selagi itu kita takkan rasa rugi apa-apa.


Selain bersyukur, masing-masing kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dengan belajar ilmu-ilmu agama yang baru, lebih menghayati Al Quran dan Sunnah, berdoa kepada Allah swt tanpa jemu.


Ya Allah, jadikanlah aku hanya mencintai Mu dan Rasulullah lebih dari segalanya.
Amin Ya Rabb.