Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

On My Due Date..Usaha Doa Dan Tawakal




Efa asked when my due date is. Suddenly I remember that she experienced almost the same things like me. She was overdue for 1-2 days (think so). On her edd, doctor at Pusrawi suggested her to induce or wait for few days more. She chose to wait n try everything she could to deliver naturally. After 1 day, she safely deliver a baby girl. 
Ok found my mentor!

‘Babe what u did to fasten the labor aritu? i can’t wait any longer. takut la klu kne induce. We’ve tried so many tips. It seems doesn’t work at all. Due from lmp was 25 sept. Then doctor scan n said it supposed to be on 27 sept (today), can be up to 5 oct depends on situation. But till now still no contraction, no signs, no shows..n m freaking nervous..petang ni ada last check-up..’

She advised me this and that. I’ve tried it all before, most of the tips. 
Akar Fatimah, selusuh, sexual intercourse, cakap dengan baby, banyakkan berdoa etc. Kecuali, advise dia supaya takyah banyak berjalan dah. Banyakkan rehat je. Duduk diam2. 
Aik, bukan kena jalan banyak3 ke? Maybe sebab di saat akhir dah tak praktikal kot. Lebih baik tenangkan fikiran dan kumpul energy untuk push nanti. Betul jugak tu.
Plus, ada doa lain yang dia share yang aku tak pernah tau. 
Alhamdulillah. Akan amalkan doa ini pula.

Doa Memohon Melahirkan Anak Tepat Pada Masanya

“Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam.

Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. 
Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui.”

Actually ni adalah potongan ayat dari doa selepas solat fardhu.
Ok memang padan dengan maksudnya.

Yes it supposed to be earlier/today. I have an appointment with doctor this evening
Last week diorang confident je cakap, ‘next week kita tak jumpa dah rasanya. Mesti awak dah bersalin. Sebab bebile je boleh ni. Dah dekat dah ni...’ Tapi tak ye. 
Berjumpa lagi kita minggu iniiiii..Very deeply hoping that during the further check-up 
me and baby in a very well condition and praying that the doctor allow me 
to wait until the process comes naturally.

Dari rasa biasa je, terus berdebar-debar dan tak senang duduk. Gundah gulananya hati ni nak pegi check-up petang karang. Apa la doctor decide nak buat agaknye? 
(I know it based on our condition)..Dr Ilya..Kak Ilya yang cantik manis..I want to ask so many questions but at the same time feel like I wanna skip the appointment because 
I AM AFRAID of any not-so-good news from you! Boleh cenggitu..

Tetibe tertanya efa, 'kenapa doctor nak induce efa eh walhal baru sehari overdue?
Bukan1-2 weeks later than edd pun boleh ke?'

'Doctor risau pasal benda yang dia tak nampak. Contohnya tali pusat. 
Bukan boleh monitor pun. Kan tak nampak. Masa baby keluar tu, memang ade terbelit sket tali pusat kat leher die. Nasib baik sempat..'

WHATTT?? 
Na'uzubillah..

Adila, think postitive!!
Ilyia pagi-pagi dah wassap tetibe suh think positive. Different pregnancy different experience katanya. Betul la tu. Masa Allysha dulu, agak perit masa mula pregnant tapi nak bersalin memang senang. Yang ni, sangat senang sepanjang pregnant, dan diharapkan masa bersalin juga senang. ngeeeee ; )) Insyaallah. Amin ya Rabb.

Husband and me have tried so many ways, so many tips, anything we could.
Doa yang tak putus-putus dipanjatkan kepada yang Maha Kuasa.
Sekarang kami bertawakal pada Allah swt dan menyerahkan segala urusan kepadaNya, 
yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


Dear All..
Di kesempatan ini saya nak memohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan 
yang saya tersengaja atau tak sengajakan. Maafkan segala kesilapan saya selama ini. 
Maaf jika ada terkasar bahasa terlanjur perbuatan dan sebagainya. 
Halalkan makan, minum, ilmu dan segalanya yang telah dikongsi dengan saya. 

Mohon kawan-kawan doakan semoga dipermudahkan urusan saya untuk melahirkan second baby ni secara normal dan doakan kedua-dua kami sihat sejahtera.
Amin.

Tuesday, September 25, 2012


Received an email from babycenter.com. 
Thank you for the explanation : )

"You're 40 weeks pregnant – your baby is due!


After months of anticipation, your due date rolls around, and... you're still pregnant. It's a frustrating, but common, situation in which to find yourself. You may not be as late as you think, especially if you're relying solely on a due date calculated from the day of your last period because sometimes women ovulate later than expected. Even with reliable dating, some women have prolonged pregnancies for no apparent reason.
You still have a couple of weeks before you'll be considered "post-term." But to be sure your baby is still thriving, your practitioner will schedule you for testing to keep an eye on her if your pregnancy continues."


Monday, September 24, 2012

Desire Food Checklist


Hado?

Di minggu terakhir sebelum bersalin ni, kepala memang ligat fikir kerja 
pasal makanan yang tak boleh / tak digalakkan makan masa minggu pertama 44 hari berpantang. Takut teringin sangat nanti, so berazam nak makan sekarang.

Siap buat checklist 'nak makan apa di minggu terakhir' u ols. 
Bukan persediaan bersalin atau berpantang je ada checklist hokeh.
Macam la nak pindah duduk kat cerok mane yang susah dapat makanan ntah kan.
Walhal 44 hari je. Bukan lama pun. Pastu, boleh la makan kalau nak.

Alaaa..biarlah..sebab sepanjang 9 bulan pregnant ni boleh dikatakan aku takde mengidam pape pun. Apa yang ada depan mata, tu la yang dimakan. Takde episod ke hulu ke hilir cari makanan mengidam kononnye. Plus, memang dari awal ajar diri sendiri taknak layan hal mengidam2 nih. Leceh la kalau tak dapat. Takut partner kata mengada2 plak.

Ni last minute baru nak mengada2 pe salahnye kannn..

KFC - yay!
Sushi - yay!
Milo ais - yay!
Mc D Samurai -yay!
Roti canai & teh tarik (gonna miss this breakfast so bad) - yay!
Mocha Praline Frappucino - yay!
Ikan keli masak lemak cili padi - yay!
Otai burger - malam esok
Mee goreng mamak - esok esok
 ...
...
ermmmm..lagi ape lagi?
...

Suddenly steamboat crossed my mind.
Sebab ape? Sebab SEAFOOD ler! I am a seafood lover babeh!
Pheww..nasib baik teringat..kalau tak, pasti hati meronta2 nak makan udang nanti.
Teheee..

"Halal Thai Buffet Steamboat & Sizzling BBQ Eat All U Can with over 150 varieties item to choose. Branches located at Taman Dagang Ampang or Taman Tun Perak, Cheras or Putra Nilai, Nilai Negeri Sembilan"


Hah kau..Purposely skip today's lunch for this.



Ok bye. nak pergi sekarang.


Thursday, September 20, 2012

Sabar Je Laaaa

10.30 pm : went to hospital due to frequent vomitting and fever.
10.40 pm : they asked me to refer to dewan bersalin straight away. 
(Erk,tapi saya muntah2..bukan contraction..ok xpela)
They done ctg and scan then confirmed that it is  food poisoning (told ya)
11.10 pm : went to pharmacy to get the medicine.
12.00 am : name haven't been called yet.
12.10 am : the pharmacist said 'pn adila..sorry ye..tapi kite check ni, doctor x order lg ubat puan.bila saya call, rupanya dia ada emergency case tetibe pastu x sempat tekan submit order. kalau boleh, puan kena tunggu sampai dia settle case. xpun amik ubat esok pagi je sebab normally case camtu berjam2 jugak..'

'No thanks..' amik buku dan blah..
Buang masa akuuuuu je tau..ee sabar jela..boleh plak die xtekan submit medicine order..hadoiiii..

Sunday, September 09, 2012



Hi Mommies. Another dilemma. Rasa macam adik kurang gerak la hari ni. 
Normally dia sentiasa je sommersault dalam perut ni. Sentiasa ye.
Sampaikan pregnant kali ni, dah tak perlu tanda fatal kick chart. 
Sebab tak sampai sejam for sure dah gerak sepuluh kali punya. 
In fact, terlebih-lebih gerak lagi ada la. Pagi petang siang malam.
We noticed this little baby is so active more than her sister from the beginning until now.
But today, a lil bit lesser. And mommy get worried. : (
Satu jam sekali je. Tu pun tak sekuat semalam.

'Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang' - babycenter.com

Ye, lagi 2 minggu. Tapi saya tetap bimbang.
Bila google dan terbaca article ni, lagi laaaa...Nauzubillah..

Adik, please.. Jangan la takutkan mommy camni. Mommy tak tau apa terjadi kat dalam perut ni. Kalau ada scanner kat rumah kan bagus. Dapat dengar heartbeat pun jadi le. Kalau kurang gerak lagi, mommy papa pergi cekidout adik petang ni ok.Take care of yourself tau. We got 2 weeks + -. Please holding on sayang.


Ya Allah ,
peliharalah anakku selama berada di dalam kandungan dan sihatkanlah dia, 
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawarMu, 
penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah 
hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada RasulMu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat.
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, 
berakal dan bijaksana, alim dan beramal.

Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya,
dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya 
untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. 
dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

Air Selusuh - DIY


Biasanya air selusuh ni di sediakan oleh ustaz/ustazah/alim ulama yang dipercayai.
Tapi..kalau nak buat sendiri pun apa salahnya kan.
Rasanya lagi afdhal kalau suami kita yang boleh sediakan.
Redha Allah swt tu kan terletak pada redha suami juga..

Bila google ayat-ayat yang biasa dibaca untuk membuat air selusuh ni,
tak la susah sangat kan. Rujuk je terjemahan AQ.
Selawat syifa' pun pernah dishare dan boleh click kat belah kanan ni.

So masa prepare untuk bersalin Allysha dulu, 
air selusuh ni kami baca sendiri je. Sebab time tu tak tau nak mintak kat sape.
Tapi bagus juga kan, at least belajar sesuatu. : )
Untuk deliver adik ni pun, kami prepare sendiri jugak lah.
Insyaallah. Ikhtiar untuk dipermudahkan urusan bersalin.

Ada beberapa cara yang boleh kita praktikkan :


Cara A


1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin
5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)
6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin

Cara B

1. Beristighfar (3 kali)
2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, 
mendoakan keluarga, para sahabat dan umat Baginda.
3. Al Fatihah (1 kali)
4. Selawat (11 kali)
5. Alam Nasyrah (7 kali)
6. Al-Ikhlas (3 kali)
7. Al Falaq (3 kali)
8. An Naas (3 kali)
9. Al Fatihah (1 kali). 
Kemudian berdoa apa yang dihajati.

Cara C

1. Al Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati 
memohon dimudahkan bersalin sebanyak tiga kali.
2. Selawat Syifa (7 kali)
3. Surah al Hasyr, ayat 21 (3 kali)
4. Surah al-A'raf ayat 54 (3 kali
5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Dulu kami bacakan doa-doa air selusuh ni kat air akar fatimah yang direndam semalaman.
Kemudian diminum masa kat hospital tengah nak bersalin tu.
Mak ada suruh minum seawal 38 minggu. Tapi bila baca ni, takut jugak..

'Air rendaman akar fatimah mengandungi pitocin. Pitocin triggers uterus contraction. 
Kalau minum awal, takut contraction kuat tapi jalan tak buka lagi.
So better minum bila dah tiba masanya'

Google

Dulu ada try minum sikit masa 38 minggu. Ada la mild contraction tapi boleh tahan lagi.
Sebelum ke hospital masa hari dah confirm nak bersalin tu, sempat minum sebotol.
Dengan izin Allah swt, hanya 3 jam lebih saja proses bersalin anak pertama kesayangan, Allysha yang seberat 3.4 kg SVD. Alhamdulillah. Bersyukur sangatttt..


Friday, September 07, 2012

Persoalan Ibu Mengandung Yang Nervous Terjawab ; )


Finallyyyy..persoalan perempuan boyot dah nak dekat bersalin terjawab.
Alhamdulillah. Boleh la tidur lena dan jangan layankan sangat nervous tu ye Adila.

Semalam pergi clinic untuk check up 37 weeks.
Dah plan nak tanya few questions kat doctor.

1. Kenapa lately saya selalu rasa pening, nak muntah dan sesak nafas?

2. Kenapa Hospital Ampang tak bius masa jahit? Betul ke memang procedure camtu? 
Betul ke yang orang cakap pasal elak gelembung la, supaya jahit cantik la etc.

3. Boleh request bius tak? (soalan ni yang paling nak tanya sebenarnya)

Tapi..masuk je bilik doctor, doctor tanya dulu :

Doctor : Eh, macam kenal la..Tapi kat mana ya?
Mak Buyung : Ye la, macam familiar je. Doctor dari Hospital Ampang eh?
Doctor : A'ah. Pernah gi sana eh?
Mak Buyung : Last year saya jumpa doctor ni kot pasal scan baby saya tu. (confident je)
Doctor : Oh yang tu..Baby ok? bla bla bla (pun confident jugak)
Mak Buyung : (Terkebil-kebil jap. Kagum ngan memory doctor ni. 
Dia boleh cam lagi muka aku. Terus lupa soalan yang aku nak tanya.)
Tengok nama doctor tu nampak ' xxxx hani'..ala blur pulak 1st name dia..Takpela..

Tetibe Elya (my Perimbun school criminal bestfriend) message hari ni 
"Dila semalam ko ada check up baby kan? Doctor tu kan kakak aku. Dah lupa eh?"

Laaaa..Kak Long Elya ke..Kak Ilya Hani rupanya doctor semalam tu..
Patut la sangat cam kenal. Hahahaaa.. Laju-laju add fb. Laju juga Dr Ilya accept request. Bertambah laju la aku menanya soalan yang tak tertanya semalam. 
Oh tak sangka boleh qada' soalan nak tanya Dr.


  • sebenarnye semalam mcm2 nk tanya klu jumpe dctr..tp tgk muka kak ilya, trus lupa soalan..
  • sbb terfikir2 mana jumpa dctr ni..maybe last yr kot..

    tuhla.. mmg dulu keja ampang hospital, so bila adila ckp mcm tu ingat dah betul la

    • heheee..kak ilya..nk tanya blh x..
    • jahit tut pas bersalin memang x bius eh kak?
    • teringat2 lg sakitnye tu..
    • ni nervous sbb teringat psl jahit je..heheee..
      (kan dah cakap, ni la soalan 1st aku nak tanya haha)

      bius..tapi effect dia cepat habiz

      • o yeke..
      • frown

        ha'ah. kdg2 x habis jahit tapi bius dah habis

        • tp kak ilya, dila rasa macam sakit jahit la yg paling sakit drpd contraction dan nak kuarkan baby..
        • kawan dila yg bersalin kat hosp ampang sume ckp camtu..sakit lain xpe, tp sakit jahit mmg x blh tahan..

        • sorry kak ilya, nk tanya 1 lg.. 
          (smlm speechless nak tanya dctr..heheee)
        • kenapa 3,4 hari ni dila slalu rasa sesak nafas ye?
        • pastu nak muntah tapi x boleh muntah..


        • hahaha
        • semalam berapa minggu? x ingat dah. haha

          37weeks edd 25

          sebab capacity lung dah turun bila perut besar. lepas tu senang dyspepsia 
          (mcm gastric gak la)

          • ooo
          • dr ilya, ada orang bgtau saya kan, GH x bg bius masa proses jahit sebab nak jahit luka tu cantik..kalau bius, nanti gelembung2 pastu jahit tak cantik..betul ke kak? gelembung cane? kita memang tak boleh request bius sampai siap jahit ke?
            (eh, punyalah nak tau kan..heeee..)

            ooo ok mmg ada yg mcm tu. tapi boleh request..

            request dalam LR ke? leganyaaa..
            yay!thanks dr ilya hani! kurang nervous nk bersalin.. smile

            ha'ah
            ok. no problem smile


            yippie!! *sila tidur lena malam ni adila*

Monday, September 03, 2012

Keperluan Ibu Semasa Berpantang

Ada kawan-kawan yang pm aku untuk tanya detail pasal gambar yang aku upload kat fb semalam. Niat upload tu untuk share dengan mommies lain pasal barang keperluan masa berpantang. I might be missing so many things. Tapi ada jugak yang kata list aku banyak sangat. Oh no, focus to your goal Adila! Yang nak berpantangnya aku, bukan mereka. ; )

Masa Allysha dulu aku memang tak amik tau langsung pasal set berpantang, supplement, etc. Tak amik tau langsung!  Sume mak yang beli. Mak beli Set Berpantang Orang Kampung. Dalam tu ada bengkung, param, pilis, lulur, minyak gamat, minyak angin, pil kacip Fatimah, dan jelly gamat. Yang aku habiskan hanyalah jelly gamat. Walaupun rasa tak boleh blah, tapi aku gagahkan jugak la sebab nak sangat cepat baik luka.

Tapi memang ya, dalam masa 7 hari tu nurse kata luka dah baik elok dan cantik (memang cantik la kan sebab jahit tak bius! azab). Pastu mak tambah pati ikan haruan selain makan ikan haruan hari-hari. Barang-barang lain dalam set tu, aku tak usik pun sebab degil sangat kan. Tak selesa la hape la. Last-last mak bagi orang sebab frust anak dia taknak guna pun. Sorry mom, m so regret now. Lumrah, dah buat baru menyesal.

Lately banyak research pasal barang apa yang patut dibeli. Dah malas nak beli set. 
Bengkung, tungku dah ada. Jamu time Allysha last year ada lagi. So beli apa yang perlu je.
Sebab mak kata tak semua barang yang kita nak ada dalam set tu. Contoh, kalau beli set Amway, takde minyak kelapa dara. Kalau beli set Tanamera, takde jelly gamat. Memang la diorang kata product diorang dah ada combinantion semua tu. Tapi Mak nak yang asing-asing punya. Plus, dengan harga set tu, boleh dapat banyak lagi barang-barang lain. 
Ok la..Ikut jela (dah insaf, tak nak degil lagi). Sebab tu list aku cam banyak je kan..

So ini barang yang perlu dicari dan dah beli semalam :


(click link-link di bawah)
Jelly gamat - untuk cepat sembuh luka
Pati ikan haruan - pun untuk cepat sembuh luka
ASI - air susu ibu ni supplement untuk banyakkan susu badan
VCO- minyak kelapa dara pun banyakkan susu badan. 
Lotion halia / minyak hangat - untuk hangatkan badan dan pecahkan lemak lah kan
Ubat periuk - herba dan rempah yang perlu direbus dan diminum semasa berpantang.
Lulur - scrub sebelum mandi. ada lagi, so tak beli
Jamu bersalin - untuk kesihatan dalaman. pun ada lagi. 4 botol. belum expired ; )
Bengkung - yang tahun lepas punya sebab elok sangat lagi kan.

Yang tak beli lagi sebab takde kat kedai tu semalam ialah :

Param, pilis, rempah mandi – untuk buang angin dalam badan.
Kalau boleh nak cari param ngan pilis cream. Ada tak? Kat mana boleh beli?
Taknak dah yang serbuk tu sebab bila kering, habis berterabur pastu mengotorkan tilam.
Tu lah salah satu sebab aku tak suka pakai benda-benda ni. Seriously.
Barut berubat – untuk kempiskan perut. Pakai ni dulu pastu pakai bengkung. 
Memula tak tau kewujudan barut ni. Ingatkan baby je berbarut. Tapi Mak Teh Ish kata patutnya kena pakai ni sebelum berbengkung. Baru la perut cepat kempis sebab dalam dia ada herba skali. Masalahnya taktau nak beli kat mana. 
Minyak herbanika - pun multifunction. Yani kata sapu ke seluruh badan pas mandi. 
Takde dalam list asal, Tapi rasa mahu tambah. (wah beria kau mak jemah!)

Nampak banyak kan?  Tapi actually takde ape sangat pun.

Param, pilis, lulur dan rempah mandi tu biasalah kan. 
Bangun pagi, kita lulur badan, pastu mandi ngan air suam panas rebusan rempah dan akar kayu tu. Mak juga pastikan aku cuci tut dengan air garam untuk elak jangkitan kuman. 
Bila luka tak bersih tu yang jadi lambat sembuh sebab ada bacteria.
Memang sangat fresh lepas mandi camni tau. Selesa je. 
Pastu sapu param kat perut sebelum pakai bengkung untuk kempiskan perut dan kalau boleh sapu juga ke seluruh badan termasuk tangan dan kaki sekali. 
Pastu sapu pilis kat dahi dan ubun untuk hilangkan rasa berat kepala dan pening. 
Last time 4 hari je aku pakai sebab rimas bila kering dia berterabur.
Kai ni nak pakai sampai abis pantang. ( Yela kau mak jemah!)

Jelly gamat ngan pati ikan haruan tu pulak diminum lepas makan lunch.
 Jelly gamat sesudu, pati ikan haruan separuh botol. Tak mampu nak habiskan sebotol terus. Muntah! Normally mak bagi makan buah orange dulu sebiji sebelum makan nasi untuk elakkan sembelit. Memang ye, aku tak sembelit langsung. Sebab orange tu melembutkan popo. Pas makan nasi, makan pula ubat-ubat hospital, jelly gamat ngan pati ikan haruan tu.

ASI dan VCO tu pulak aku akan makan lepas breakfast atau minum petang. 
Biasanya mak buatkan air milo cair ngan biskut untuk breakfast / minum petang. 
Yela, takkan nak telan semua masa lunch tu kan. Gilo. kembang tekak aku. 
ASI ni produk Atika Beauty untuk melancarkan proses pengeluaran susu dan memperbanyakkan penghasilannya. Ramai kata bagus. Ikutkan aku nak beli set Shaklee. 
Tapi tunggu start keje baru beli lah sebab tak cukup bugget. Heee..
VCO ni pun untuk banyakkan susu badan selain untuk mencantikkan kulit, mencergaskan badan dll. boleh juga sapu kat kulit dan rambut baby. Atau sapu kat tut masa dah dekat nak bersalin sebagai ikhtiar untuk melancarkan proses bersalin (orang kata la). Sangat multifunction VCO ni tau. Ada dalam bentuk liquid atau softgels. 

Lotion halia dan minyak hangat tu pun biasalah untuk memecahkan lemak dan menghangatkan anggota badan, disapu kat memana macam hujung kaki dan belakang pinggang. Normally pas bersalin terasa-rasa lagi sengal badan. So sapu la apa yang patut.

Jamu pulak masa Allysha dulu aku tak makan sangat. Sebab rasa macam ada effect kat dia.
Tak tau la kalau tu perasaan aku je. So ada 4 botol kat rumah. 1 botol pil kacip fatimah Orang Kampung, 1 botol jamu Mak Dara, 1 botol jamu superb limited edition (Rini belikan kat kampung dia tapi makcik tu dah meninggal baru-baru ni). 1 botol pil herba Himalaya.
Dah kena marah ngan Mak Teh sebab cakap taknak makan jamu. Dia start berleter la kata 'kita bersalin urat dah putus seribu tapi taknak repair. Nantiiii..rasa laaaa.. 
Kembang kendur sana sini..Masa tu nak menyesal pun tak guna..'
(terkedu kejap) Erm..tengok la dulu. Kalau baby ok, i makan la. Kalau tak, 
after 2 years dan dah tak bf baru makan jamu, aci tak? Ngeee..

Tukang urut mak dah awal-awal booking makcik mane ntah. Bukan nenek yang time Allysha dulu. Mungkin mak tak puas hati cara nenek tu kot. Ada la 7 kali rasanya. Genap 30 hari, mak suruh berurut ngan mak Muni kat Bangi (pengurut tersohor aka Cik Ijan) sebab ada masalah penghasilan susu. Pam berjam-jam tapi dapat susu 2-3 oz je. Cane nak buat stock bila start keje kan. Masa Cik Ijan urut, memancut-mancut susu keluar sampai basah lencun kain. Lepas tu baru la boleh buat stock ebm dengan jayanya. Puas hati sangat.

Yani ada juga sebut pasal bersalai. Bersalai ni tidur atas katil kayu yang bawah dia ada api bara. wah dah macam daging salai pulak kan. Lain dari bertangas. Badan sedap dan pejal je bila amalkan bersalai masa berpantang, katanya. Tapii..cam tak relevan pulak nak buat kat rumah aku tu. Mana ada katil kayu atau pangkin. Hm..Takpelah, buat cara lain..

Kalau u ols masih pening-pening lalat tentang set bersalin mana yang sesuai digunakan
atau product apa lagi yang patut kita beli, baca ni. Memang kena baca banyak review.
Nampaknya untuk 1st timer, terpaksa try and error lah. 
Lain orang lain keperluan dan keberkesanannya kan. Ada orang kata ok, tapi bila time kita, tak ok pulak. Tak guna menyesal. Ikhtiar yang lain pulak lah.

Bila dah anak 2nd 3rd ++ nanti kita mesti dah tau apa yang kita perlukan. So senang sikit.
Yang penting, berpantanglah sebaik mungkin untuk kesejahteraan sekeluarga ; )
(pandai la aku advise orang. cam ketam comel menagajar anak je kan)

Ok la. nak search barang-barang lain pulak. Bye!

p/s: nampak tak kesungguhan aku nak berpantang dengan jayanya kali ni? Insyaallah. 
Doakan ye. Yang penting berusaha. Segala yang baik dari Allah swt.

Selamat berpantangggggg!!!