Showing posts with label Aisy Azziqry. Show all posts
Showing posts with label Aisy Azziqry. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Aisy Azziqry : 5 Months


Aisy is 5 months now.


He started wants to hold things and interested to play.


While smiling if there's a camera / phone in front of him. 
Tau aje..Well..in his blood.


Trying to sit down as well.


Not yet baby. 
Mommy worried about your backbone la.


Haih..this cheerful and adorable darling.

Monday, January 07, 2013

Aisy Azziqry : 3 Months


Mommy and papa really surprised.


Aisy sekarang busy angkat-angkat kepala dan badan sebab nak bangun.


Bila kita hulur tangan, terus capai dan tarik kuat-kuat.


Haa..tu diaaa..


Pastu tergolek ke tepi sebab nak meniarap pulak.


Tapi Aisy belum pandai nak adjust tangan dia.
So tak dapat la nak angkat badan bila dah terlangkup camni.


Practice more darling. 
Caiyok caiyok!

Wednesday, December 12, 2012

Aisy Azziqry : 2 Months 2 Weeks

Aisy is now 2 months + 2 weeks old.
Dah mula suka sangat hisap jari, leka tengok advertisement, senyum-senyum bila nampak orang, pandai ketawa bila diagah, dan bersembang (dengan rancaknya).
Inlah punca mommy jalan tak nampak orang dah sebab sentiasa terbayangkan Aisy
(memang rabun pun ye jugak).



 Aisy pun dah pandai tidur sendiri bila mommy tinggalkan dia dalam bilik masa nak pegi keje. Tidur tanpa orang temankan. Tidur tanpa perlu minum susu.
Independent eh? (tapi kalau mommy ada, tidur nak berdodoi dan berdukung aje).



Oh, husband and me so addicted to Aisy's smell. Bau muntah dan peluh yang sangat bashi tapi mendamaikan dan melegakan bila dicium dan disedut dalam-dalam. Hilang penat.
Paling best bau kat leher, celah-celah jari dan belakang tengkuk. Smellylicious!

Kakak pulak dah boleh diharap untuk tengok-tengokkan Aisy, mama kata.
(walaupun 20% je harapan yang boleh diberikan)
Kalau adik menangis, kakak akan tarik tangan mama supaya mama tengok kenapa adik menangis. 'Aisyyy..Aisyyy..Mamaaaa..Aisyyy..'


Ok, tak sabar nak sampai rumah.
Miss Aisy and Allysha so much!

Tuesday, December 04, 2012

Aisy's Preferred Teat


Hari ni hari ketiga tinggalkan Aisy dengan Mama.
Rasa lega dan tak risau sangat sebab semalam Mama cakap Aisy dah ok.
Alhamdulillah.

Hari pertama, fail!
Mama cakap Aisy menangis dari pagi sampai petang.
Pastu taknak minum susu. Bagi ebm, taknak. Bagi formula (standby je) laaagi la dia taknak.
Ish balik rumah,pastu call..Dengar suara comel Aisy yang menangis sampai serak suara, mommy dia yang bergenang air mata. Tak sabar nak balik jumpa Aisy. Huwaaaa!

Sampai je rumah, nampak Mama tengah pangku Aisy. Sian Mama sebab Aisy kalau nangis memang tak boleh letak. Aiyoo..mesti Mama letih gila. Rasa bersalah sangat.
Then, amik Aisy dan terus bf dia.
Dengan mata kuyu sebab letih menangis, Aisy minum sampai tertidur. 
Sobs.. Ciannya anak mommy. I'm so sorry darling, you have to wait for me for 11 hours.
Mula la terfikir nak benti keje la hape la. Haishh..
Ish kata mungkin Aisy menangis sebab dia tak suka puting botol ni.

Teat Avent for newborn ni keras dan sangat jauh beza dengan b. My fault. 
Kenapa la tak terfikir nak sediakan botol yang paling sesuai untuk Aisy sebelum start keje.
Confident sangat. Lain baby lain taste. Allysha suka, tapi Aisy tak suka la mommy..
Ok Ok. Memang ntahpape la mak dia ni..

 Hari kedua, Ish bagi botol MAM untuk Aisy.
Pergi keje berdebar-debar (eceh) sebab risau kalau Aisy menangis-nangis lagi, 
kesian la kat Mama. Mesti penat nak pujuk dia.
Call Mama, surprisingly, Aisy ok je dah tak nangis cam semalam.
Ooo..That means, Ish was right! Aisy nangis sebab tak suka teat botol dia.
Yang MAM ni dia suka sebab teat lebar kot. Ok..
 Yay! Problem solved!

Wednesday, November 28, 2012

Aisy Azziqry : Two Months


Aisy turn two months now.


His current weight is 6.25 kg. 
Huyoh!


No wonder, he had the best precious milk for babies.
Tengok la hasilnya. Tough kan? Hehee..


Birthday hugs and kisses from kakak.
'Mmuahh..mmuahh..Aisyyyy...'

The only word kakak can pronounce correctly is her lil brother name : Aisy.
Oh my babies, you bring me so much joy!

Thursday, November 08, 2012

Siamese Twin

Who??
Who else? My baby boy and me.
Yes, we've been just like siamese twin.
Due to Aisy whom often breastfeed lately.

Anak mommy nak cepat besar ye? Asyik nak nenen je.
Kan sepatutnya 2-3 jam sekali. Aisy ni 20-30 minit sekali. Aiyo..
Tapi memang dah besar pun. Baru 30 hari sudah seberat 5 kg. Champion!


But the little problem is..

Baru mommy nak gi makan, dah ekkkkk..
Baru nak melangkah masuk bathroom, dah ekkkk..
Baru nak main ngan kakak, dah ekkkk..
Tau aje bila mommy bangun tinggalkan dia wpun time tu tengah tido eh?


 

Dapat bayangkan budak ini nanti akan sangat manja dengan emaknya. Hehee.
Tapi tak dapat bayangkan bila dah start keje nanti. Uwaaa!

Well..
He is the air I breathe.
His holy presence living in me.
Alhamdulillah.

Friday, October 19, 2012

Baby Aisy Kerap Muntah Lepas Menyusu


Betul la kata orang, lain baby lain experience. Dari dalam perut lagi.
Teringat masa pregnant Allysha dulu, mual muntah pening tak larat sampai bulan ke 5.
Masa tu ramai cakap 'Takpe..kalau dah susah awal2, nanti nak bersalin senang..'
Time Aisy pulak, langsung takde simptom preggo. 9 bulan, rilex je.
Ada jugak terfikir, 'Aik, takde masalah time pregnant, nanti nak bersalin susah ke?Alaa..'
Alhamdulillah, proses bersalin Aisy lagi cepat dari kakak.

Dugaannya lepas lahir la pulak. Baby Aisy G6PD. 
Kena monitor lebih dari biasa sebab senang kena jaundice. Nasib baik tak. 
Tapi, baby Aisy kerap muntah. Sangat banyak. Banyak yang sangat.
Muntah sampai kena salin baju sehari 6 kali. Pastu bantal, tilam, memang lencun.
Tak ke risau..Risau sangat okeh. Pernah tanya doctor masa warded dulu.
Dia suruh make sure Aisy burp. Ok..memang akan diburpkan. Tapi Aisy muntah jugak.

Bila tanya Mak ngan Mama, cakap Aisy kembung.
Tapi walaupun dah tuam, Aisy tetap kerap muntah. Membak-buak.
Tanya Makcik Bidan, pun dia suruh tuam jugak. Tuam la banyak mana pun, Aisy tetap muntah. Kalau sikit meleleh takpe, ni menyembur. Panic dibuatnya.
Sampai Mommy Papa Opah Mama risau sangat kat Aisy.

Teringat nak google pasal ni semalam. Dan terjumpa ini.

Muntah Yang Kuat

Ada kalanya seseorang bayi muntah dengan kuat sehingga muntahnya terluah jauh. Sekiranya bayi anda berkeadaan begini pada 2 penyusuan berturut-turut, segera bawa bayi anda ke hospital atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Punca dia mengeluarkan sebahagian besar penyusuannya diekori oleh sendawa angin yang banyak setiap kali penyusuan dan dia kelihatan sentiasa lapar, bayi anda mungkin mengalami suatu keadaan yang dipanggil pilorik stenosis, masalah usus (saluran usus terhalang).

Masalah ini sering dikaitkan dengan keturunan dan biasa menulari bayi ketika berusia 2 hingga 8 minggu. Sekiranya bayi anda mengalami keadaan ini dia memerlukan pembedahan kecil.


Cukup untuk buat Mommy Papa mengglabah pukul 11 malam.
Papa ajak pergi hospital terus. Sebab simptom memang sama ngan Aisy.
Dia menyusu banyak tapi asyik muntah menjeluak je sampai lencun.
Ya Allah risau teramat sangat bila terbaca banyak article menakutkan.
Paling dikesalkan, dah masuk 20 hari baru nak goggle dan nak refer hospital.

So pukul 11.45 malam tadi sampai hospital.
Patient tak ramai tapi tunggu turn sampai dekat 2 jam.
Kul 1.30 pagi baru dapat masuk bilik doctor. Doctor interview dan check Aisy.
Tunggu 10 minit. Sangat nervous masa nih. Ini jawapan dia.

'Ok, parents don't have to worry. Saya dah discuss dengan boss, baby ok sebenarnya.
Sebab baby gain weight. 20 days dah 5kg (surprised!).
Kalau berat dia kurang, baru la kena risau sebab mungkin ada masalah lain.
Lagipun baby tak pucat, bernafas dengan baik, air kecil air besar pun normal.
Baby muntah tu sebab dia overfed. Banyak sangat dia menyusu ni.
Baby memang sentiasa nak susu je. Tapi size perut tu cuma besar coin 5 posen.
Tak boleh nak tampung susu yang banyak. Sebab dia termuntah. Normal.
So kena control lah. Jangan bagi kerap. Sepatutnya baby menyusu 1-2 jam sekali je.
Baby menangis pun tak semestinya nak susu. Mungkin dia terkejut ke, nak bau ibu ke.
So cuba cara lain untuk tenangkan dia sebelum bagi susu k..Dont worry..'

Syukur..Lega sangat..
Memang ye. Mommy kerap menyusukan Aisy. Aisy merengek je terus bagi nenen.
Lagipun dah terbiasa kat ward dulu doctor dan nurse selalu pesan kena kerap menyusu baby untuk elak jaundice atau masalah lain. Breast milk is the king of all medicine for baby.
Ok, ok..understood. Kena bagi susu ikut keperluan dia saja ye..

Hari ni try kurangkan breastfeed. Sejam sekali. Bila Aisy nangis walhal baru pas menyusu, 
mommy dodoi-dodoi dia dulu. Buat apa yang patut supaya dia tertidur balik. 
Mommy siap beli rocker baru untuk Aisy. Bila Aisy tidur atas rocker, 
kepala Aisy lebih tinggi dari perut, so boleh kurangkan possibility termuntah.



Alhamdulillah. Hari ni Aisy muntah 2 kali je. Before this sehari lebih 10 kali.
Haaa.. Tukar baju pun 3 kali je. Pheww..lega..




Tuesday, October 09, 2012

Pengalaman Bersalin Aisy Azziqry (Part 2)


Haa..nak sambung previous entry pasal experience 2nd labor. Ni yang kat hospital pulak.
Ingatkan nak continue tengah hari tadi. Tapi tetibe ada nurse datang check baby.
Cam pelik sebab baru je datang semalam, hari ni datang lagi? Rajin betul..
'Baby G6PD Dificiency memang kita akan spot check selalu ye..'   Ohh ok baiklah.
Baby jaundice katanya. Tapi Mommy cakap tak sebab cuaca tengah panas.
Anak bujang I tuh tak boleh kena panas/menangis, cepat je merah kekuningan jadinya.
Nurse tuh insist suh datang clinic cecepat buat blood test. Alahai malasnya. Takpela. Gi je.
Lelaju Papa balik rumah dari Jln Tun Razak tu. Nasib baik la takyah q. Sampai je, terus dia check. Dan Alhamdulillah baby memang tak jaundice. Photolevel juga rendah je..Phew!

Eh ni bebetul nye sambung cerita bersalin tadi. Heheee..
Hah we ol sampai hospital dekat kul 5 pagi kan. Melanguk lama jugak sebelum di attend sebab tetibe ada 4 orang datang nak bersalin pastu diorang tak cukup doctor + nurse + katil.
Plus, muka ni tak nampak cam nak bersalin sangat pun, rilex je boleh borak-borak ngan husband pastu gegelak menyebabkan diorang ignore je aku dulu untuk 20 minit. Fine..
Takpela, sila utamakan patient yang lebih berkerut muka mereka. Kesian tengok diorang.

Kul 5.30 pagi baru la ada houseman available check mak buyung ni hah. Dr Thoh namanya. 'Bla bla bla..Ok 4cm. Boleh ready untuk masuk labor room ye puan..'
Hah? 4cm? Rasa cam dah dekat 6 jam contraction ni.. Tapi baru bukak 4 cm?
Frust + happy. Frust sebab membayangkan kena tunggu lagi 6cm = 6jam (biasanya la)
Happy sebab doa supaya dapat bersalin hari tu termakbul. Alhamdulillah.

Kul 6 pagi ditolak ke labor room guna wilcha..Eh saya boleh jalan lagi la..Takpela..
 'Hi Papa..Mommy dah 4cm..'   'Yeke? Ok..jumpa dalam labor room..'
Masa ni boleh sesenyum sesengih lagiiii..Rasa senggugut je kann..(belum tau nasib diri)
Midwife pasang zikir ngan bacaan AQ. Bagus.

Dalam labor room. melanguk sengsorang. Ish ntah kemana. Lupa nak amik hp kat dia.
Kalau tak, leh check in 'labor room hosp ampang' kan. Heheee..
Dengar bunyi CTG tu yang tak best tuh. Elok dup dap dup dap, tetibe bunyik tiiiiiittt..
Lantas bergegas lah diorang datang tengok..Oh takde ape. Salah position tuh.
Fuuhh..Suspen je tau. Dalam labor room, Dr Kogi yang handle. So sweet and nice.
Nasib baik la dia suh mengiring ke kiri. Ada terbaca yang mengiring ke kiri boleh mudahkan proses bersalin. Dr tu pun bg alasan yg sama. Lagipun, kurang sikit rasa sakit pinggang kalau mengiring berbanding dengan baring terlentang. Betul.

Pukul 7 pagi Dr Kogi asyik tanya je ada rasa nak buang air besar tak? Serious takde.
Dia nak pecahkan ketuban supaya cepatkan proses bersalin. Ok..Silakan..
'Eh..Mana ni..Takde pun..Alamak tingginye amnion sac u.Tak sampai la..Macam susah la..'
Erk..maknanya ape? Baby tinggi lagi kan? Baby taknak keluar ke? Masa Allysha dulu Dr seluk sket je dah pecah ketuban. Ni kemain payah nye la haih. Sakit betul lah korek2 cenggitu.
Teringat cerita Inna yang kena c-sect sebab baby dia tak engage. O.. M.. G..
After bout 10 min trying, zoosshh..panas jek..Fuhh lega..Nasib baik la tangan dia kecik.
Dr Kogi check bukaan lagi, dah 7-8 cm katanya. Wah! Biar betul! Alhamdulillah..

Pukul 7.30 pagi, masa ni dah terasa sakit. Sakit yang amat. Tak pasal-pasal mengalir air mata. Dr cakap la jangan nangis nanti takde energy. Kena tough di saat2 akhir nih.
'Takkk..I tak nangis. Tak sengaja. huuuuu..Nak husband. Mana diaaa..' (x nangis konon!!)
'U tak bawk handphone ke?'  Oh..i never know sekarang trend bawak hp ke labor room.
'I dah carik dia kat luar tapi takdela. Dah 3 kali tengok husband orang lain ade la..'
Mana Ish time aku tengah sakit sangat ni! Sampai ati! Gi sapkok la tu!! (jerit dalam hati)
'Huuuu..Dr tolong la callkan dia..Please..Adoiii sakitnyee'  'Ok ok gimme his number..'
Dr Thoh masuk, 'Eh Kogi, why u didn't give her the gas? She's in pain.. Aiyoo'
Yes..yes! the gas! I neeeeeddd theeee gaaassssss!! (jerit dalam hati jugak. tak larat dah)
Fuuhhh..lega la skit..Srroootttt..sedut gas taknak lepas!

'Assalammualaikum Mommy..mommy ok tak..Istighfar banyak2..Papa ada ni yang..' 
Ya Allah leganya nampak muka husband. Puas genggam besi katil sampai panas besi tuh. Sekarang dapat la pulas tangan Ish pulak sampai berbunyik2 tulang dia hahah.
'Papa pegi mane? sapkok kan?!'  'Eh tak aa tadi papa gi solat dulu..pastu doakan mommy..'
Ok menyesal menuduh. Dah la banyak kali mintak maaf tapi buat dosa jugak lagi..Haih..
Then..faham2 jela adegan suami menenangkan isteri tak keruan dalam labor room kan..
Masa ni Ish cakap ape pun dah tak dengar. Sedut gas lelaju. Terpaksa sebab tak tahan.
Nasib baik nampak lagi la ayat-ayat AQ yang diorang tampal kat dinding. 
Dah berpinar2 tapi cuba jugak baca sebab taknak terpengsan.

Pukul 8.15 pagi tetiba rasa cam urge. Nak meneran. Errkkhh..Errrkkhh..
'Mommy, mommy nak push dah ke? Papa nak tekan bell nih' 'Belum kot..tunggu jap..'
Meneran lagi..Cam mengerang pun ada. Euww..mesti buruk bunyiknye kan..hehe..
'Mommy, mommy nak push dah ke? Papa nak tekan bell nih' 'Jap jap..belum lagi ni..'
Meneran lagi..Kali ni mengerang lagi kuat. Hahah takleh nak control woo..Cam nak buang..
'Mommy, mommy nak push dah ke? Papa nak tekan bell nih' 'Tekan cepaaattt!!.'


Pukul 8.30 pagi midwife masuk, tengok sket, terus prepare barang-barang dia.
'Wife saya dah nak bersalin ke kak?' Dah bape cm?  'Ha'ah full..dah boleh push ni'
Ok start push. Rasa cam dah prepare mentally and physically, penuh ilmu di dada dah pasal push2 nih, hari-hari baca pasal push..Tapi tak tau la kenapa fail. Salah technique Ish kata.
'Mommy jangan meneran kuar suara! Teran kat perut! Cam nak buang air besar! Breathing teknik tu mommy. Tarik nafas pastu teran kat perut! Push!!'
Wah berbaloi train husband I sebelum ni. Boleh jadi Pak Bidan!

Pukul 8.40 pagi..here u go! Uweeeekkkk!
'Papa..boy ke girl?'    'Boyyy..Boy yang..Alhamdulillah..' *nangis okeh!
Terus dia letak baby atas dada. heeee..Cam kakak masa baru lahir dulu lah..Leganya..
Midwife keluarkan placenta dah tak rasa ape dah. Happy tengok muka baby.

Pukul 8.50 pagi. Dr Thoh ngan Dr melayu masuk 'Now nak buang darah beku dalam perut which is a bit painful. Tapi bukan I yang buat. Ada doctor lain ye. Tahan sket..' 
Ohh..ingatkan tak la sakit sangat. Tapi sakit jugak la sebenarnya dia korek2 perut kita ni..
Tekan-tekan perut, masukkan cotton, pastu tetekan lagi..adoooii..

Pukul 9 pagi, 'Ok done. Sekarang nak jahit pukak. Ha ni I yang jahit ye. Ada 3 layer. 
Dalam, tengah, dengan luar. Kalau sakit, u sedut gas ye..' Kata Dr Thoh.
Bagus Dr nih. Masa Allysha dulu midwife yang jahit dan diorang tak bagi sedut gas! Kijam!!
'Dr..nak bius..I ingat lagi jahit la yang paling sakit skali. tak kire, nak bius jugak..'
'Of course, memang la bius pun..' Ye dan aku sendiri dapat rasa dia inject kat 3 tempat.
Sesambil sedut gas, boleh nampak jarum yang cam mata kali tuh. Pastu boleh rasa benang lalu kat isi bawah ni okeh! kenapaaa rasa sakit lagi niii..haddooiii..tahan jela..

'Ok siap dalam dengan tengah. Now lapisan luar. Which is painful. I know. Tahan ye..'
Hahhhh?  Belum siap lagi ke? Dr ni dari tadi jahit sulam ke ape?? Alaaaa..
Haaaa..masa nii..terangkat2 kaki aku. Sakit gileeee..Mengalir air mata weyyy..
At least Dr Thoh ni cool. Banyak support. Lembut je. Kalau midwife, membebel je tau. Ingat orang merintih sakit sesaje ke? Tak baik tau..

Kul 9.20 pagi settle la sumenye..Tapi kena tunggu dalam labor room dulu jap sebab ward full. Boleh plak ramai gile orang bersalin hari tu. Ramai sampai ada yang kena baring atas katil kecik cam stretcher. Yang kena duduk je pun ada jugak. Walhal baru lepas bersalin nih. Kesian. Takpela. Kat negara diorang lagi teruk agaknya kan. Privilege sangat la dapat bersalin kat sini sebenarnya. Pastu nurse hantar kita kat 3rd class dulu. 
Serious cam berada di negara lain. Stress tul bising pastu orang lalu lalang. Pastu panas.
Cian family and friends yang datang visit ramai-ramai di tempat sempit. 
Tapi takpe, tetap bersyukur sebab dapat bersalin normal dengan selamat. Tu yang penting.
After 2pm baru la dapat masuk bilik. Fuuhh lega..Tido 1 malam kat situ.

Esoknya, dah siap-siap nak balik ni..tetibe Dr Akmal datang
'Encik, Puan..sorry to inform..dari blood test semalam..baby ni ada G6PD Dificiency..'
.......... 
Both mommy and papa speechless. Mulut ternganga. Berdebar tunggu explaination Dr tu.

Apa G6PD ni? Tu entry lain ye..Sebba ni pun dah berjela sangat dah niiiiii..
Takut ada yang termuntah baca pepanjang..K bai!

Monday, October 08, 2012

Pengalaman Bersalin 2nd Baby : Aisy Azziqry



This entry's title suppose to be 'What I Did to Fasten the Labor' or '12 hours Before Deliver' hehee..

Haaaa..Pagi ni baru berkesempatan nak update pasal experience 2nd labor ni..Patutnya last night kan..Biasa la..Janji dicapati..Eh tak..Malam tadi Aisy meragam sikit. Tak dapat nak buat pape. Maybe sebab dia suka tido siang, pastu malam dah tak boleh tido dah. Pastu merengek kat Mommy nak tet je. Kalau boleh nak melekat ngan Mommy 24 jam..

As you all knew, Aisy was few days exceed original estimated due date. Suppose to be on 25th Sept but still got no signs, no contraction or what so ever until 27th SepT. Doctor allowed to wait until 5th Oct. Ok..Mommy at the first place don’t want to really think about it. Just let it go with the flow. The time will come. Well, it was only in my mind..

But in my heart, only Allah swt knows how afraid and nervous I am, at that time, every single second, thinking about what would happen if baby still don’t wanna go out naturally. Huyoh..masa tu terbayang-bayang cerita induce and c-sect yang menggerunkan..Eee..tak boleh jadi ni! I need to do something to fasten the labor!!Selagi boleh usahakan, apa pun nak try..The intercourse seems doesn’t really work this time..Heeee…Ok, next tips. Google..Google..Google..

So on Thursday 27th Sept, after a long chat with a friend with the same case, I took all her advice seriously. Dia kata minum air kelapa. Before that memang ada minum tapi tak banyak. So petang tu, beli air kelapa (no ice no sugar) sebijik. Pastu dia kata, minum je air akar Fatimah tu banyak-banyak. Kalau ada air selusuh pun, minum je jugak, Sampai kembung pun takpe. So, bersusunlah air kelapa, air Fatimah, air selusuh, dan air zamzam ku minum malam tu sampai kembung. Haaa..4 jenis air kauuu! Dengan harapan, ada la contraction sket. Masa tu baru kul 9 malam.

Mencari idea apa lagi nak buat ni nak galakkan bukaan rahim pulak. Ting! Teringat excersice yang doctor ajar kat antenatal class. Ape lagi, practise ngan Allysha. Dia ingat Mommy dancing cam dia jugak. Hahahaa..Terkangkang-kangkang gak la masa tu. Pelik Allysha tengok Mommy. Sampai lenguh paha dibuatnya. Dengan harapan membantu bukaan rahim. Masa tu dah kul 10 lbh malam. Rest kejap sambil tidurkan Allysha.

Mencari idea apa lagi nak buat. Ting! Teringat dia kata ‘gentel nipple’. To trigger the contraction. I’ve done that before tapi takde apa effect sebab sebelum tu takde perasaan langsung. Tak geli tak geleman. Hahah..Tonight nak try lah. Detik hatiku. Eceh. Masa tu tengah browse FB sebelum tidur (my every 10 min routine) pastu tertengok page Victoria Secret. M so in love with the lovely and charming models bras and panties. Uiiii..cantiknya..Kalau I pakai jadi ape eh? Nampak sexy jugak tak? Ke nampak selulit je hahah. Tetibe terbayang kalau pakai innerwear VS berserta body butter VS Pure Seduction depan husband. Wooow weeeee..Heeeee..(Sambil mengusap nipple nih..) Hahah.. 

Baru 10 minit, tetibeeeee..Ssshhhhhhh…(terasa ada contraction) Oh! It works! Bagus. Ini la yang dinanti-nantikan.. Teruskan aktiviti itu selama sejam. The contraction was consistent for every 15 minutes from 11 pm -12 midnight.  Ah-mah-zinggggg.. *grin* 

SMS husband yang tak balik lagi masa tu.. ‘Papa..I can feel consistent contraction for every 15min. Now 2 hours already..Papa cepat balik. Malam ni kot..’ Kul 1 lebih Ish sampai rumah dan ajak gi hospital. Eiii.. sabar le dulu. Kita layan contraction ni sampai every 5 min baru pegi hospital k. Taknak la pergi hospital awal tapi baru dilate 1-2 cm kannn..So tunggu la dari kul 11 malam tu sampai kul 4 pagi. Sempat la mandi dulu, baca segala potongan ayat AQ untuk mudahkan bersalin, kemas beg etc. Boleh tahan sebab contraction masa tu macam sakit senggugut je..

Nak tidur,memang tak boleh walau mata dah seakan panda..Jeles sangat tengok Ish lena kat sebelah. Takpela. Kul 4.30 pagi bertolak gi hospital. Sempat singgah Mc D Drive Thru beli porridge sebab cam lapar gile plk. Tapi tak berani makan banyak takut muntah. Kul 5 pagi sampai hospital, masuk dewan bersalin PAC yg kat bawah tepi entrance hosp for emergency tu..

Apa cerita kat hospital pulak? Wait for part 2! Heheeeee…jangan marah..nak breakfast dulu ye..

Aisy Azziqry


Honestly sebab tak tau baby kite girl ke boy, so we ol tak prepare pun nama baby.
Memula ingatkan dapat baby girl, so Mommy nak guna nama yang dah shortlisted masa cari nama Allysha last year je either ARIANA AZZAHRA or ADELIA AZZAHRA. 
Papa agreed with the name.

Tapiiii..kalau Boy, Papa dia beria nak bagi nama Abi Hurairah. 
Masa pregnant pun selalu usap-usap perut ‘Hi baby…Ni Ariana ke Abi?’  
Memula ingatkan dia memain je. Tapi bila sampai memang betul-betul dapat boy 
dan orang tanya nak bagi nama apa dan dia jawab Abi Hurairah jugak, 
naik hangin gak la Mommy dia kan.

From first day until now 11th day we haven’t finalize the name yet. 
Semua sebab Papa dia tak habis-habis ngan Abi..Abi..Abi..
‘Ish..Seriously..Takkan la nak bagi nama Abi plak. Memang la tak salah, 
tapi nak la yang up to date, sedap disebut dan comel sket.'
‘Eh serious la.. Kan memang kita dari awal lagi nak bagi nama tu kalau boy..Comel pe nama Abi.. Hi Abi.. Abi buat apee?..’
Haih…….. (keluhan yang ke berapa ratus kali ntah)

Kamon la..Jangan la sebab suka watak Johan dalam cite Hantu Kak Limah, 
nak bagi nama anak camtu jugak..Kalau memang sebab fall in love dengan keperibadian  sahabat  Rasulullah saw, Abu Hurairah tu takpe jugak kan.  Ni sebab Johan! Omg..
Dia ni serious ke tak ni? Ke memain saje nak kenakan aku? Eeeee memang hangin!

‘Then Mommy nak bagi nama ape kalau bukan Abi?'
‘Mommy suka Aisy Azziqry..Aisy tu cam combination nama kita Adila + Ish. 
Azziqry tu plak nak dekat ngan last name kakak, Azzahra tu..Maksud die pun bagus’
‘Ok nanti kita survey lagi..’

Whattt..ni dah nak dekat 2minggu dah ni..Nak survey ape lagi..Ok la tu..
Then Papa texted Mommy
‘Mommy..kalau Aisy Harrith Ishkandar ok tak?’
‘Ok’
‘Betul ke?’
‘Betul la..As long as bukan Abi bukan Abu!’
‘Kalau Aisy Addin?’
‘Ok jugak Papa..Asalkan maksudnya baik-baik..tu kan doa kita..’
………
‘So Aisy Azziqry ke Aisy Addin ni?’
‘Nanti kita finalize..’

Whaatttt.. &*$%#!
‘I’ve made my decision. Final. It’s gonna be Aisy Azziqry..
Semoga anak lelaki kita ni hidup mewah dan makmur dengan memuji Allah swt..’
‘Ok Papa agreed..nanti Papa fill in form..

Finalllyyyyyyy…Kenapa la susah sangat sampai 10 hari nak buat decision. 
Kalau setuju dari awal kan senang.
 So that's the name.

AISY AZZIQRY bin AL FADZLEAN ISHKANDAR

Maksudnya-
AISY: Kehidupan, Mewah, Kaya-raya, Makmur
AZZIQRY: Ingatanku, Terpuji, Yang memuji Allah swt
Insyaallah..








Introducing Our New Bundle of JOY

Previously
About 40 weeks the baby keeps us guessing
BOY or GIRL..
PINK or BLUE..
BOY or GIRL..
PINK or BLUE..

Until the moment baby was ready to see this big world on 28 September 2012 at 8.41am after few days passed the due date.

Zooossshhhhh…

Baby: Uweeekkkkkk...
Midwife: Ok baby dah keluar..
Mommy: Papa.. Boy ke Girl..
Papa: …..  BOOYYYY!!
Mommy & Papa: Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah (teardrops)..

Syukur..Sesungguhnya Allah swt Maha Mendengar doa hambaNya.

HURRAY!
The loveliest Friday morning we ever had so far.
(Nampak baby, the loveliest la. Belum tau nightmare nak kena jahit pastuh..Eh tu entry lain ye hehe)

So here the second man in our family


2 hours after the fighting.
Baby seems so happy staying in mommy's tummy..


What to do..we really need you to join our family, boy.


Happy Mommy..


Proud Papa..

Oh my new boyfriend ; )

Syukur ya Allah..Alhamdulillah..