Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Sunday, August 05, 2012

Crumble Mumble : Pearl and Manik Tabur


Hi u ols! Buat ape weekend semalam? Gi shopping ke? 
Ke buat kuih raya? Baju raya dah siap? (gaya neighbour kepoci). 
I ols minggu ni duk umah je. Sebab dah shopping sume in the 1st half  of ramadhan. 
Gile eksaited kan? Ala lagipun malas nak bergesel punggung bergesel perut ngan crowd 
kat shopping mall tu heh. Tak kuasa i. Baik duk umah menjahit baju raya. 
 Ala kaftan je, memang boleh le mak buyung nak buat..

Kengkonon this year nak pakai color purple 1 family (family 3 orang je haha). 
Dah jumpa kain mommy tapi Papa ngan Allysha punya, tak jumpa purple yang camni. 
Masa survey baju melayu kat jakel. Papa tak berkenan langsung. 
Ok fine. Kita cari tempat lain. Tapi I jahit je jugak la yang ni. Pakai la purple sengsorang. 


Pastu lagi 1 color I beli kat jakel tu hah, peach. 
Dah beli dress Allysha pun color peach jugak. Sweet je.
Mother n daughter haruslah pakai sedondon kekdahnya. Papa pun suke color peach tu. 
Cari nye cari nyer cari, jumpa la baju melayu yang suit his taste kat Wisma Yakin. 
(sangat fussy okeh) So papa pun peach jugak lah natijahnye. 
Maknenye 1st raya tahun ni dah bertukar color peach ye. 

Semalam siap buat dua-dua kaftan raya mak buyung. Gunting kain dan jahitnye sekejap je. 
Sejam lebih dah siap. Nak buat details tu yang hazab. 

Memula nak buat camni. 


Lupakan jelaaa. Fengsan! Kalau tak peknen pun belum tentu rajin..


So dapat la yang cam ni ha.
Ini pun dah tersengguk-sengguk. Seksa sakit pinggang lagi.  
Gagahkan jugak la sebab mak buyung taknak ngalah kan. Simple je. 
Tapi berjam-jam jugak la baru siap. I bukan pro. That’s why la kan..


Crumble pearls + manik tabur kekdahnye. 


Sanggup buat kat hujung tangan je. 


Close up sket.


Boleh la ni. Alhamdulillah.. 

Sunday, June 17, 2012

DIY Durian Pancake


D.I.Y Durian Pancake okeh. Haaaa..
Dah berbulan mengidam nak makan durian pancake kat Mid Valley tu.
Always frustated. Asyik sold ouuuttt je!
Penat berharap. Kadang-kadang sedih sampai nak nangis bila tak dapat.
*Emo pompan peknen. Tak peknen pun akan sedih jugak.
Who can resist this durianlicious scrumptious yummeh dessert??

Last2, buat sendiri je. Jadi la Durian Pancake Bella Vista.
Sebab buat kat umah kaaannn..
Boleh la dikatakan menjadi..Eceh..


Dapat banyak!


Puas makan weyh! Rasa lebih kurang je ngan yang beli mahal-mahal tu..Seriously..


Tapi pancake ni slim sebab masa try buat ni durian tinggal beberapa ulas je. 
That's why pancake i tak gemuk macam yang beli tu.
Sebab they all letak banyak isi durian and banyak whipped cream.
Ni dah restock durian dalam fridge. 
Maka haruslah buat durian pancake gemuk version after this.


Makan ngan vanilla ice cream jugak.
Alhamdulillah ; )

Sunday, May 20, 2012

Fondant Cake


Second attempt.
Yang first aritu sangat tak rupa cake.
Sampai orang tanya "buat pakai play doh ke?"
Oh my..


For Ammar & Amani birthday party.
Ok tak?


Better than before. Kan?


Inside is moist chocolate cake.


Sangat tak sabar nak buat Allsyha punya pulak ; )

Mom's 50th Birthday



Only Maltesers chocolate cake for her 50th birthday.
Akibat tak sempat nak beli barang kek last week.


As she is my biggest fan..
Masak apa pun beliau pasti akan cakap sedap dan puji lelebih. Haha..


Boleh lah..
Simple but most favorite..

Friday, May 11, 2012

DIY Kaftan



Allysha's kenduri akikah is just 2 weeks from now.
Tapi boleh pulak terlupa Mommy takde baju nak pakai..

Diameter perut semakin bertambah.
Maka perlu cari jenis baju sesuai dan selesa. Thinking of kaftan.
Memula plan nak beli siap je. 
Tapi fikir nak cari kaftan ready made kaler match cam baju melayu Ish memang susah. 

So I decided to buy the same colour material and DIY the kaftan by myself. 
Ala bukan susah pun. Jahit lurus je kan. 
Dulu-dulu boleh je jahit baju kurung / kurung moden sendiri.
 Tapi dah lama malas nak start balik. Sekarang ni tetibe rasa nak sharpen the skills. Eceh.

Kat jakel memang banyak sangat choice kain cecantik sampai apa yang di target pun dah lupa. Naaakkk je aku beli colour purple ngan salmon red td. Haih..Tapi tahan je..
Light turquoise macam baju Ish dah takde..Dah agak dah..
Mata sangat berkenan ngan turquoise camni. Takpelah tak sama tone. Asalkan suka. Haks..


Tanya salesperson tu dia kata cukup 3 meter. Untuk safety, aku amik 3.5 metre. 
Jenis kain Italian valentro. Tak la sekilat satin. Ok la.


Ok ini basic untuk jahit kaftan..

Just jahit tepi, tebuk leher, dan jahit lurus.
Pastu tambah la manik ke, embellishment ke, ribbon kat pinggang ke, lace ke hape ke..
Hopefully jadi la..


Taraaaa!
Ok tak? Ok la untuk preggo. 
Tambah tali untuk ikat cam ribbon kat belakang supaya nampak ada shape 
walaupun perut boyot hehe..
Actually kat leher tu ada lace tapi tak nampak.
For family only eheh.

Selamat menjahhhiiiitttt!

Tuesday, April 24, 2012

Bake With Yen


Kalau sebut Lorong Haji Taib anda akan terbayang apa?




Kannnnn??? 

Kalau cakap pasal beli barang baking pulak anda akan terfikir apa?
Terfikir kedai menjual barang bakeri lah kan? Heee..

Pasni kalau cakap pasal baking dan nak beli barang baking, silalah terbayang ini.


Haaa..Kedai Bake With Yen.. Ala ala nama program memasak gitew.. 
Kedai menjual barang-barang membuat kek dan roti yang terletak kat Lorong Haji Taib, Chow Kit. Dari zaman tok kaduk dulu kedai ni dah wujud. Aku je baru tau.
Sekarang ada 4 outlet katanya. Kat Puchong, TTDI, PJ pun ada.

Nasib baik Kak Camy bawak gi kedai ni tadi. 
Kalau aku sendiri yang carik, paceroh tak jupe (ganu tetibe). 
End up bertekak ngan Ish je kang sebab terpusing-pusing tapi tak jumpe jugak.

Selama ni beli barang baking kat Hero tu hah. Elok-elok 1 kedai khas untuk bakery, diorang gi combine ngan Hero supermarket. Jadi kecik, tak banyak choice, barang-barang pun dah mahal. So, malas nak teruskan hobi baking. (Walhal memang pemalas)

Ada apa dengan Bake With Yen? (cam ada apa dengan cinta?) 
Most of the things they sell at lower price compare than others. 
Dah kekdahnye kedai borong kan..Haruslah lebih murah..


Cakaplah nak apa, suuummee ada.


Complete all in one shop. Ala one stop center gitew.
Sangat sesuai untuk mereka yang buat bisness kek dsbg.

Masa pergi tadi pun memang ramai akak-akak makcik-makcik membeli dengan sangat kusyu’ dan tahu je diorang nak beli apa. Nampak sangat tokey kek dari gayanya. 
Ada sorang tu amik Philadelphia cheese berkotak-kotak besar terus masuk bakul. 
Tak cam aku yang ternganga-nganga sebab terpegun tengok barang baking yang sangat banyak choice. Harga lebih murah dari biase. 20-40% cheaper la. 

Tapi better pergi time bukan peak hours la. Time lunch tadi agak ramai orang. 
Susah nak tenung barang tu satu-satu. Aku ni kalau kat kedai barang kek memang banyak termenung sebab tengah terbayang nak buat kek apa, decor camne, etc.
Kalau time ramai orang naktanya staff pun memang tak akan dilayan ye.
Silelah kau carik sendiri sampai jumpe.

Sebelum pergi, better dah buat list barang apa yang perlu dibeli.
Kalau tak, sume barang nak dihangkut masuk bakul. 
Elok-elok nak save, kang termembazir pulak. Unless anda memang rajin baking.

Kak camy beli barang nak buat cuppies for 1000 cups ngan fondant cake pengantin total modal tak sampai RM300. Hoi! Kalau beli kat tempat lain cecah gak RM500 katanya.

Dalam hati sangat tak sabar nak beli barang-barang untuk majlis Allysha nanti.

Kedai dibuka dari Isnin-Jumaat jam 9pg hingga 6ptg
dan Sabtu jam 9pg hingga 5ptg
Ahad cuti.

Monday, April 23, 2012

Mommy's Wish List


Mommy's wish list for Allysha's first birthday party and aqiqah..

Indoor : for aqiqah.
Outdoor : for birthday party.

So for indoor, i dont think to have a mini pelamin or katil/buai.
Just a simple wall decoration for photoshoot purpose only..


Macam ni.
Tapi, tepi-tepi tu letak la bunga-bunga decor,
bunga telur, standing lamp, bedside lamp, cusion, etc.

For outdoor pulak, bawah khemah tu untuk buffet la.
Tapi candy bar buat kat porch. Ok tak?


Kalau boleh nak buat candy bar begini.


Pastu buat label cecomel begini.


Kalau dapat yang sangat sweet camni, syukran jazilan.


Camni pun ok. Ngeeee..


Decor untuk backgorund candy bar camni ok ke? 
Background adalah kat tingkap hehe..
Ke camni?


I wish to place the cuppies like this.. ; )


And have this on the table.


Of course the helium balloons!


Semalam ada pergi kedai yang jual helium balloons cecantik camni kat Wangsa Walk Mall.
Harga pun not bad. Ok la.


The centerpiece of every table.
Berangan sangat ke aku ni?


And the cuppies toppers something like this or like yours, semek Ilyia!

Heheeee...

Wednesday, March 28, 2012

Bedroom Makeover Done!


Sempena mama telah mensponsor air cond dan juga lampu baru yang telah menggantikan lampu kalimantang dan alang-alang cina yang pasang-pasang tu sepahkan bilik, 
kitorang pun nak buat lah bedroom makeover. 
Terfikir kenapa mama nak tukar itu ini, adakah beliau sendiri rasa semak ngan bilik kitorang yang macam bilik orang bujang itu? Mungkin ya. Kalau tak sedar-sedar lagi tak tahulah!

So terasa sangat nak cat biik comel kami itu. Ish dah cakap kalau nak cat pun, tunggu la dia cuti supaya dia boleh catkan. Tapi bini dia ni degil no konon-konon terer sangat nak buat sume tu sendiri lah. Siap amik off isnin selasa. Walhal tak pernah sentuh cat pun. 
Paling dasyat ialah guna water color yang berapa belas tahun dulu tu ntah.

Natijahnya settle je cat 1 bilik isnin petang tu, terus demam. Badan sakit gileee. Lenguh, sengal, lemau satu badan macam pergi training military seminggu. Hamekaw sampai arini batuk kokol. Mungkin terkejut tetibe panjat tangga, panjat tingkap, panjat kepala katil. 
Tak sedar diri betul. Patutnya warm up dulu! Tetibe terfikir kesiannya pekerja buruh.

Takpelah. Kesakitan yang worth it. Sooner or later we still need to do something with this room. Sebabnya bilik tidur dah macam bili stor. Contohnya camni:

Tengok la wall belakang Al tu.

Macam bilik orang bujang. Memang tak seswaiii.

We choosed to paint with Nippon satin glo. I lt RM32. 
We utilized about 2 lt and half. Actually 1 lt tu cukup tapi akibat kekotoran degil yang tak terbendung, terpaksa cat sampai 5,6 layer.

 
 As I fall in love with pastel color, I decided to have publo peach and infant smile. Hehe cute je nama color infant smile. Sesuai dengan Al.

Ini publo peach. Nampak macam pink tapi bukan tau. Kalau tengok live ia memang peach.

 
Ini infant smile. Lebih kurang macam peach tapi cair sikit.

Inilah lampu yang di sponsor oleh mama. Love it!

Painting ni memang sejak azali dah ada dalam bilik ni. So biarlah.
Amik mood Ombak Rindu.

Wild english roses. Beli kat KAISON KL Festival City.
Kalau masuk situ, memang ada feeling mak-mak dan sure akan beli vase dan bunga-bunga comel yang sebenarnya yang tak diperlukan. Sebab dah beli, letak jela atas meja tu hah.


Mama asyik tengok bilik ini dan senyum.. “Haaaa…kan ok camni.. Baru la comfortable..”


Ni Allysha yang tak boleh berenggang langsung ngan mommy!
Penat la asyik nak berkepit je darling oii..