Friday, July 20, 2012

Tips Persediaan Berpuasa Ibu Mengandung


Ramai juga yang tanya, boleh ke puasa nanti? Aku jawab je ‘Insyaallah, boleh..’ ..Ada jugak yang risau kata tak payah sebab takut perut masuk angin la, takut baby lapar la, etc. Tapi baby dalam ni baru 31 weeks. Rasanya mommy boleh tahan kot tak minum ke tak makan ke siang tu. Lagipun, dah try puasa lately, so far ok la. Tak la lapar sangat atau penat sangat. Asalkan bangun sahur dan minum air banyak-banyak sebelum imsak. Cuma yang aku confident nanti, mesti akan sangat mengantuuuukkkkk.. Kalau tak pregnant pun tetap akan mengantuk most of the time. Hmmm..

Semua orang tahu kan, Allah S.W.T. telah memberi kelonggaran (rukhsah) dalam puasa bagi ibu yang mengandung dan menyusukan. Jika tidak mampu berpuasa, ibu boleh meninggalkan puasa tetapi perlu menqadha' puasa tersebut di bulan-bulan lain. Tapii..pahala dan nikmat puasa tersebut memang tidak sama dengan puasa di bulan Ramadhan..

Ok takpe, nak share tips persediaan untuk ibu mengandung yang nak berpuasa.

1.    Jangan tinggal sahur. Dan bersahurlah selambat yang mungkin. Silalah rajin bangun sahur ye ibu-ibu semua. Jangan pulak berangan jadi orang bujang, nak sahur sebelum tidur sebab malas bangun, pastu siang baru kul 8 pagi dah lapar.

2.    Bersahur dan berbuka dengan menu sihat dan seimbang. Yang paling penting, makan ala-ala saja bila berbuka tu ye. Trend family husband ialah bersahur dengan nasi dan lauk pauk. Berbuka pula dengan kuih dan mee/bihun/spaghetti saje. Terbalik dari kebiasaan kan? But that’s the best practice actually. Bila berbuka makan mee je, tak lah kenyang sangat. So kurang malas untuk solat sunat. Tapi bila sahur pulak sangat meriah macam tengah lunch. Hehee..Ok la tu. Lambat la sikit rasa lapar kalau sahur dah makan nasi kan. Perut orang mengandung memang tak sah tak dapat nasi dalam sehari. Tapi jangan pula makan lauk yang terlalu pedas atau berminyak atau berlemak sebab ni akan menyebabkan perut kita tak selesa di waktu siang.

3.    Minum air sebanyak mungkin. Tapi sikit-sikit lah ye sebab perut ibu-ibu ada baby ni cepat keras kan. So minum sikit-sikit sehinggalah nak dekat masuk waktu imsak tu. Ni untuk mengelakkan ibu cepat dehidrated. Maklumlah, ibu ada baby ni asyik nak pergi toilet buang air je kan. So bekalan air dalam badan juga perlu lah banyak. Hehe. Jangan lupa minum susu juge tauu (pandai cakap je tapi dia sendiri tak minum susu pun! Alaa..tak boleh telan air susu laaa)

4.    Lebihkan serat. Sebagai tambahan, makan juga makanan lambat hadam dan membekalkan tenaga. Contohnya oat, nestum, dan kurma. Biasanya aku akan makan nasi sikit masa sahur tu. Pastu bancuh milo campur nestum. Pastu makan kurma 2/3 biji. Berserta air suam.

5.    Positive mindset. Yang paling penting  bila dah niat nak puasa, kena lah yakin yang kita akan larat untuk berpuasa. Kalau kita risau takut lapar la takut haus la, automatically tak lapar pun boleh jadi lapar. So mindset tu kena positive yang kita boleh berpuasa dan tak menjejaskan kesihatan kita dan baby ok. As long as kita dah makan makanan yang sepatutnya masa bersahur.

Insyaallah. Selamat berpuasa ibu-ibu semuaaaaaaaaa! ; )

Thursday, July 19, 2012

Model Dontwannabe


I've to photo-shoot our new stock of baju kurung last night.
The thing is..I don't have any model at home as the mannequin currently at Rawang house.

Sooooooo..Terpaksa minta tolong 'roommate' i jadi model.


Tapiii..Payah betul nak suruh pose elok-elok sikit. 


Walaupun dah bagi instruction dengan serious, tetap nampak sangat masculine model i ni.


Dah la tinggi, jadi senteng pulak baju tu.
It doesn't work.


Ok, I got it. U dont want to help me on this actually.


K fineeee..


At last just hang the baju kurung at the cupboard je.



Memang. Memang tak banyak choice.
Usually bila restock mesti akan tak sabar nak jual kat orang sebelum sempat photoshoot. 
So yang di update kat fb ni balance2 saje. Sorryy..

My Precious



 click this link : my other half



Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, 
Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , 
penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar 
beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , 
alim dan beramal .
Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,
dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , 
perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat 
Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Amin..

Wednesday, July 18, 2012

Back Pain..Please Go Away!


During my first pregnancy, I often feel the foot ache.
Sentiasa rasa lenguh, penat je kaki ni. Berdenyut-denyut pun ye jugak.
Padahal bukannya pergi keje naik public transport pun.
Setakat turun naik elevator untuk tapau lunch.
Plus, pakai kasut kerok je memanjang. Tapi sakit jugak. Pelik.
So terpaksa la we ols urut kaki ngan minyak yuyee setiap malam, without fail.
We ols tu maknanya, husband terlibat sama ye. 
Dia lah tukang urut rasmi, walaupun tak rela. Biarlah. 

Now, I can't stand the back pain!
Hadddooiiiiiii..! Back pain pulak daaahhh..!
Tu maknanya betul-betul tak tahan ok. Hari-hari sakit belakang. 
Walaupun dah alas bantal, duduk tegak, jalan cam orang berkawad, etc.


Ye ye camtu lah muka aku bila rasa sakit sangat belakang ni.



Kalau badan boleh tunjuk sakit tang mana, memang akan timbullah color merah 
cam gambar atas ni. Sakit tang situ, sakit tang sini!


Dan sini juga.


Most often is the right side. Exactly like above picture.
Tak tau la kenapa belah kanan yang paling kerap sakit dan teramat sakit.
Sakit sangat cam contraction pun ada.


Yes. Feels like get struck by the lightning.
Serious kalau sakit tu, sakit teramat sangat, perit.


Rasa cam nak buat camni je.


Tak pun camni.


Lagi bagus kalau dapat buat camni. Biar padan muka kau back pain!
Tapiiii... ;' (

Monday, July 16, 2012

Kelebihan dan Amalan di Bulan Ramadhan

reminder to myself:

Kelebihan Bulan Ramadhan

1. Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur)
2. Bulan penuh keberatan
3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4. Amalan sunat sama dengan solat fardhu
5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7. Bulan menambah rezeki, memberi buka banyak pahala
8. Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam. 
  10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
  10 hari pertengahan - pengampunan,
  10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan Bulan Ramadhan

1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2. Menempah pakaian untuk Ramadhan
3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7. Solat berjemaah setiap waktu solat jemaah di masjid/surau
8. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
9. Sahur diwaktu akhir
11. Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12. Mandi Janabat sebelum Imsak
13. Kurangkan tidur
14. Tunaikan solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15. Tunaikan solat Dhuha
16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17. Tunaikan solat Rawatib
18. Jaga pacaindera
19. Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20. Hadiri majlis ilmu
21. Buat baik pd ibubapa
22. Isteri hendaklah taat pd suami
23. Banyakkan bersedekah
24. Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25. Berbuka bersama org tua
26. Jemput tetamu berbuka
27. Kurangkan berat badan
28. Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29. Baiki hubungan suami isteri
30. Baiki hubungan jiran
31. Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap dan perhiasan
32. Elakkan berbelanja berlebihan
33. Kuatkan kesabaran
34. Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35. Berazam beramal mencari malam Lailatul Qadar
36. Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37. Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40. Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41. Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia
42. Melazimkan solat waktu
43. Elakkan sebelum berbuka pergi bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar
44. Elakkan banyak berhutang
45. Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46. Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1. Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar

2. Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas

3. Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik