Tuesday, May 15, 2012

4 Tanda Hidup Tak Berkat





Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah


Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga

Friday, May 11, 2012

DIY Kaftan



Allysha's kenduri akikah is just 2 weeks from now.
Tapi boleh pulak terlupa Mommy takde baju nak pakai..

Diameter perut semakin bertambah.
Maka perlu cari jenis baju sesuai dan selesa. Thinking of kaftan.
Memula plan nak beli siap je. 
Tapi fikir nak cari kaftan ready made kaler match cam baju melayu Ish memang susah. 

So I decided to buy the same colour material and DIY the kaftan by myself. 
Ala bukan susah pun. Jahit lurus je kan. 
Dulu-dulu boleh je jahit baju kurung / kurung moden sendiri.
 Tapi dah lama malas nak start balik. Sekarang ni tetibe rasa nak sharpen the skills. Eceh.

Kat jakel memang banyak sangat choice kain cecantik sampai apa yang di target pun dah lupa. Naaakkk je aku beli colour purple ngan salmon red td. Haih..Tapi tahan je..
Light turquoise macam baju Ish dah takde..Dah agak dah..
Mata sangat berkenan ngan turquoise camni. Takpelah tak sama tone. Asalkan suka. Haks..


Tanya salesperson tu dia kata cukup 3 meter. Untuk safety, aku amik 3.5 metre. 
Jenis kain Italian valentro. Tak la sekilat satin. Ok la.


Ok ini basic untuk jahit kaftan..

Just jahit tepi, tebuk leher, dan jahit lurus.
Pastu tambah la manik ke, embellishment ke, ribbon kat pinggang ke, lace ke hape ke..
Hopefully jadi la..


Taraaaa!
Ok tak? Ok la untuk preggo. 
Tambah tali untuk ikat cam ribbon kat belakang supaya nampak ada shape 
walaupun perut boyot hehe..
Actually kat leher tu ada lace tapi tak nampak.
For family only eheh.

Selamat menjahhhiiiitttt!

Thursday, May 10, 2012

Resepi Ayam Goreng Kunyit


Hasrat nak buat chocolate maltesers cake malam ni tak kesampaian akibat ketandusan maltesers kat Hero. Alaaaa..kalau pergi Tesco tadi mesti ada..

Takpela..Buat cake itu this weekend saje.
Malah boleh la bagi kat my mom sempena birthday beliau 17 May nanti.
Kita celebrate in advance lah sebab next weekend gonna be busy..

Masa tengah melayan kehampaan kat Hero, tetibe teringat lak kat lori Mat Rock yang kitorang nampak kat Lembaga Getah tadi. 
Ingakan hape la yang orang q pepanjang tetengah panas tuh.
Rupanya nasi + ayam goreng kunyit cap Mat Rock daa..
Kalau belum makan masa lalu tadi, mau aku pun terpedaya dan ter q sama.
Nasib baik dah kenyang..

Special sangat ke ayam kunyit si Mat Rock tuh?
Kena try jugak 1 hari nanti..

So, malam ni nak gantikan aktiviti membuat cake dengan memasak ayam goreng kunyit lah.
Dasar perempuan. Pantang nampak mesti nak! Takpelah..at least i masak sendiri..


Kari bawal Mama diserikan lagi dengan ayam kunyit ini..

Wallah! Resepi simple yang sedap..
Only 15 minutes to prepare. Kalau ayam tak beku lah ye..


Meh nak kongsikan resepi campak-campak ini.

Bahan-bahan (untuk 300g ayam / 2-3 orang makan) :

Isi ayam
2 sudu kunyit
1 sudu kecil garam
(diperap dan digoreng terlebih dahulu)

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3-4 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah
(dihiris)

sedikit kacang panjang
sedikit daun kucai
sedikit carrot
sedikit bunga kobis
sukati lah nak tambah sayur apa lagi
(dipotong kecil)

Kekdahnye :

1. Goreng ayam yang diperap dengan kunyit sehingga garing dan ketepikan.
2. Goreng bahan yang dihiris sehingga kekuningan.
3. Masukkan sayur campur dan goreng sehingga hampir masak.
4. Masukkan ayam kunyit yang dah digoreng memula tadi.
5. Tambahkan garam sikit lagi kalau tak cukup masin.

Dah siap!
Sangat layan jika dimakan dengan nasi panas dan kicap manis kipas udang. ; )

Selamat Mencuba!!
..

Allysha Azzahra : 11 month


Mommy wish to have a fondant cake for Allysha's birthday, bake by me myself.
Never tried fondant before so I tried it last weekend.

It suppose to be like below picture.


Cute is it?



But it turned to be like this.
O M G. What had happened???


Few friends asked me whether this cake made by play doh.
M speechless.
Well thank you for the 'compliments'.. ; p


Ye..memang macam buat pakai tanah liat.
Teringat main gelek-gelek plasticine mase kecik-kecik dulu.


But we got this inside.
The taste is good. Bukan puji diri sendiri. 
Tapi puji Kak Camy sebab resepi mudah lagi pantas beliau sangat menjadi. 
Semua sukakannya. Ish lagi la suka..
Malah mak siap tak segan silu bagi relatives yang singgah rumah + neighbor sikit.



Ok la tu..Rupa paras tak penting kan..
Yang penting rasa dia.. (coverline)


Anyway..Happy 11m Allysha..
Mommy and Papa love you so much.
Mommy tak cakap pun, Allysha boleh tau kan kami sangat suka kamu.
Sebab tu balik keje tak sempat letak beg, tak sempat bukak tudung lagi,
terus main dengan kesayangan kami ni.

The greatest gift we ever had.

Chocolate Malteser's Cake


Nama agak gah.
Tapi sebenarnya kek yang sempoi je.
As usual, i prefer non baked cake.
Sebab kat umah Ampang takde oven 
dan i sememangnye malas nak buat kecah kat dapur MIL.

So mesti sangat rajin untuk cari recipe non baked 
kalau tetibe teringin nak menambah lemak di paha.

Then I found these!








Hoi nampak sedapnye! Ingin sangat memakan kamu..
Tapi malas nak buat.

So search lagi dan terjumpa ini..





Yaaa..ini baru betul yang non baked!
Yummy!
Dah la sangat suka malteser.
Cair di mulut tidak di tangan. ewah!



Tak sabar nak balik dan cuba kat rumah..
Perasan tak cam lebih kurang je ngan rupa paras kek batik?
Haha actually ingredients ngan method dia same je
cuma tambah maltesers masa gaul tu..

Senang kan?
Sesuai untuk isteri pemalas yang busy dan nak cepat sediakan makanan kesukaan suami.


Kalau nak recipe malteser cake sebenar yang bake, pakai telur, tepung bagai, cam gambar-gambar kat atas tuh, boleh search kat Nigella Lawson..