Wednesday, May 09, 2012

Wanita Dera Bayi Sendiri?



KUALA LUMPUR: Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu. 

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.

Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. - BERNAMA


Serious sadis dan aku tak boleh terima. Sangat-sangat tak boleh terima. Unacceptable wild behavior towards a helpless baby. Saat ke beberapa ntah tengok video tu hati aku dah mula sebak, mata pun dah bergenang..Pastu apa lagi, berjujuran la air mata membasahi pipi dan tudung. Sampai orang tertanya apehal aku tetibe nangis kat office nih. Aku ingatkan boleh handle. Rupanya tak..

Memula aku ingatkan video tu kat nursery. Sebab memang ada babysitter yang perangai cam har gitu. Before this aku ada gak tengok nanny hidden camera. Pasal orang gaji dera anak la, abaikan baby la hape la..Tapi yang ni aku rasa sangat menyentuh perasaan sebab boleh dengar suara baby tu..Aku sangat kesian dan sedih tengok dia tersembam. Pastu cuba bangun. Pastu tersembam lagi. Pastu kena sepak terajang, cubit, tampar, tolak, cepuk, henyak..Haiiihh..Sampai dah tak dengar suara dia nangis. Rupa-rupanya..tu mak kandung dia?????????????????????????? Melopong dengar. I cant believe that people like this do exist! 

Kan best kalau ada alat merentas masa cap doraemon sebab aku nak pergi selamatkan baby tu..Aku nak pergi kat die sangat. Pas aku lempang pompuan tu sampai pengsan, aku nak amik baby tu. Nak peluk nak pujuk dia, nak cium-cium dia, nak usap-usap belakang dia..Sebab di saat tu takde lain yang baby sekecil tu nak melainkan perlindungan dan pujukan..Dapat bayangkan pas baby tu penat nangis, kita bagi die susu, then mesti die tertido lena..Kesiannya..

As expected, malam tadi sebelum tido memang aku terbayang-bayang video tu. Sangat mental tortured..Sangat mentally traumatized. Sangat teringat-ingat terbayang-bayang. Memang ye la, tak boleh erase..Kalau la banyak lagi video jenis-jenis camni yang aku terrrrrtengok, lama-lama aku yg sewel kot..

Dah la..aku doakan semoga baby ni dapat perlindungan, kasih sayang, perhatian yang cukup selama dia membesar. Walaupun bukan dari makpak kandung yang lebih baik pergi mampos tu, aku harap ada la yang boleh jaga dia seikhlas hati sampai bila-bila..

Nak..kalau makcik mampu kan nak..makcik nak jaga awak tau..Awak boleh kawan dengan Allysha dan adik-adik die..Kita spend time together, makan sama-sama, main peluk-peluk, main kiss-kiss, main tickle-tickle, main peek a boo, etc..We can create a good childhood memories..Because you deserve a better life better environment better future, unknown baby..Really pray the best for you..



Tuesday, May 08, 2012

Sushi Zanmai @ The Garden


I am not a sushi lover.
My first time having sushi at Sushi King was 3 years ago
and it was the last time as well. 

The trial was because I always wonder why sushi lover soooo into sushi.
Then i realized  that sushi definitely not for me.

Tapi kalau makan kat hotel tu memang sesaje la amik sushi seketul due.
Of course lah nak rase sume jenis makanan yang ade kannn..

Until last night, I had to accompany a friend to have a dinner together
and she insist to eat sushi..
Just follow her taste. As usual.

Dalam hati, biarlah dia makan sorang. Aku pun kenyang lagi makan kat Seri Pacific tadi.


Sushi Zanmai at The Garden.
Need to q for about half an hour.
Ok fine. Whatever.


She ordered few plate.


Dont know the name.


Whatever.


Hm..seriously dont want to know lah.


Apa-apa lah. Suka hati u lah nak order apa.

After 1 hours..

Now you can call me a sushi lover.
THE.BEST.SUSHI.I'VE EVER HAD.
Sangat sedap. Tak macam sushi kat hotel pun.
Now I really craving for Zanmai.

Thank you.


Thursday, May 03, 2012

Resepi Kuay Teow Goreng

My favreeetttt..
I love anything to do with kuay teow..
Sebab tak bape suka makan mee kuning tu..
So sume pun nak ditukar dengan kuay toew.
Kuay teow tomyam, kuay toew sup, kuay teow macam-macam lah..
Char kuay teow lagi la sangat suka.
Kasik udang lebih ye.Yum!

But my husband dont eat kuay teow plk. Erk..
Ish niii..sume tak makan tau..boring la..
So kalau kat umah MIL, aku akan goreng kuay teow bila Puteri ada kat umah je..
At least ada lah jugak partner nak menikmati makanan kegemaran..

Semalam balik rumah dikala hujan sangat lah terbayang kuay toew pedas.
Maka ajak Ish singgah Hero dan masak laju-laju..
Only 10 minutes to get ready and serve.


Memang berbaloi kalau masak sendiri ni.
Modal RM 4.00 je (kuay teow, udang, isi ayam, taugeh, kucai, cili)
tapi dapat 4 pinggan..
Puas makan weyh..

Resepi campak-campak..


Bahan-bahan :


Sepeket kuay teow
udang besar
isi ayam
telur
taugeh
daun kucai


(sume ni suka hati lah nak letak banyak mana)


3 sudu cili yang dah dikisar
3 ulas bawang putih yang ditumbuk atau dihiris atau dipenyekkan
3 biji bawang merah/kecil
sedikit ikan bilis tumbuk
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap cair
gula dan garam secukup rasa


Kekdah :


1. Sebelum menumis, rebuskan udang dengan sedikit air sehingga hampir masak.
Air rebusan yang digunakan jangan dibuang.
Goreng juga isi ayam dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan goreng pada apa sederhana-kecil sehingga garing.
Boleh juga terus tambahkan gula dan sedikit garam.
3. Masukkan sedikit air rebusan udang tadi kalau tumisan agak kering.
4. Masukkan kuay teow, taugeh, daun kucai, udang dan isi ayam.
Gaul sehingga sebati.
5. Adjust kuay teow goreng anda dengan sedikit sos tiram dan kicap sampai lah anda perasan yang anda masak sedap anda berpuas hati..


Dah siap!

Wednesday, May 02, 2012

Petua Hati Yang Empty


Sempena menjawab persoalan kipas-susah-mati i di twitter (wah bajet retisss)

Dulu aku selalu jugak rasa empty nih..
Masa belum kahwin, walaupun single takdela rasa empty sangat.
Tapi bila dah kahwin (terutama masa setahun pertama), 
selalu sangat rasa kosong la boring la husband tak sayang la hape la.

Masa pregnant pertama, selalu berdrama dengan Ish 
 "Ish tak sayang Ya kan? Ya dapat rasa Ish tak sayang Ya..My heart is empty.."
Wah, empty kejadah hape? Saje je melayan hasutan syaitan kan? Sape suruh?

Ikutkan takdenye nak empty bagai ni..
Kan dah ada kehidupan baru. Ada suami. Ada family in law. Ada anak. Anak-anak. Ada gaji (walaupun tak banyak cam dulu, tapi ada and it's better than nothing)

Tapi kenapa rasa empty?
Ada dua sebab utama.

1. Tak bersyukur
2. Jauh dari Allah swt

Serious. It happened to me. And till now kalau terleka, it will happen again.

So petua untuk hati yang empty ni senang je

1. Jadilah insan yang bersyukur 

- Tengok orang lain yang lebih susah dari kita, orang lain yang kurang bernasib baik, yang tak sempurna anggota, yang hidup susah, yang berpenyakit, yang sebatang kara, yang diuji dengan ujian yang berat, yang itu yang ini...
Takkan tak bersyukur lagi? Kalau Allah swt tetibe uji kita, sanggup tak? Tak kan? 
It's better to be like us right now..Maka bersyukurlah..

Jangan compare dengan orang yang lagi kaya/lagi banyak harta benda berbanding kita untuk mengelakkan perasaan jelous dan rasa tak best. 
JANGAN COMPARE dengan mereka ini ok. Untuk self motivation boleh la. But it has a limit. 
Jangan sampai iri hati dan mental down. Bersyukurlah dengan apa yang ada..

2. Dekatkan diri dengan Allah swt. 

- Jangan lah lupa segala nikmat yang kita ada adalah kurniaan dari Allah swt. 
Kalau Allah swt tak izinkan, maka kita tak dapat pun apa yang kita ada sekarang. 
Semua orang/benda milik Dia. Kita pinjam je. So for whatever reason, we MUST love Allah swt more than everything. And of course also Rasulullah saw.

Kalau kita ingat yang Allah swt ada dimana-mana/ Allah swt sentiasa memerhatikan kita / Allah swt pemilik semua yang di dunia ni / Allah swt lebih tau apa yang terbaik untuk kita / Allah swt ada sesuatu yang lebih hebat untuk kita berbanding apa yang kita idamkan, mesti tak rasa empty sangat.

Dalam hati kita sepatutnya ada Allah swt. Sentiasa ingat Allah. Sentiasa utamakan Allah.
Then barulah orang / perkara lain. 
(ni peringatan / nasihat untuk diri sendiri. Kalau kak Elly baca, mesti meluat. haks.. tak padan dengan perangai sebenar, nak nasihat orang konon. 
But well, ada orang kata, jangan dipandang pada pemberi nasihat,
 tapi dengarlah apa yang dinasihatkannya..)

Nak dekatkan diri dengan Allah swt melalu ibadah lah.
Yang wajib, dilaksanakan sebaik mungkin dan ditambah nilainya supaya makin mantop 
(Ust Zamri pulak)
Yang sunat, diperbanyakkan. Solat malam, solat dhuha, bacaan tafsir Al Quran, dsbg.
Aku pun tengah mendidik diri nak solat malam dan dhuha. Solat malam ni kalau Allysha nak menyusu, kadang-kadang paksakan diri nak amik wudhu'. Memang malas. Tapi cubalah. 
Agak berat bagi aku yang sayangkan tidur. Tapi akan cuba lagi.
Solat dhuha, weekdays memang malas nak remove make up kan. So cuba buat time weekend. Pas breakfast, kemas-kemas sume tu, boleh la solat dhuha sekejap..
Dan macam-macam lagi lah. 

Konklusinya, jika hati merasa kosong, bolehlah amalkan petua ini :

1. Bersyukur
2. Mencintai Allah swt lebih dari segalanya.

(sorry ayat sangat berterabur. sambil berborak sambil menaip.)

Tuesday, May 01, 2012

Cara Untuk Bersyukur



Di antara sifat-sifat orang beriman adalah ketika mendapat berbagai kenikmatan, 
dia bersyukur Allah swt. Dia mengucapkan: "Alhamdulillaah, segala puji bagi Allah" dan ucapan yang sejenisnya. 

Tetapi cukupkah dengan hanya memuji melalui lisan je? 

Ada yang kata syukur itu mesti melengkapkan tiga perkara. 
Di mana syukurnya seorang hamba tidak akan dinamakan syukur kecuali dengan lengkapnya ketiga-tiganya- iaitu:

Pertama: 
Mengakui nikmat tersebut dengan batin (di dalam hati). Mengetahui dan mengakui bahwa semua kekayaan yang didapatkannya adalah kurnia dari Allah Swt manakala usaha yang dilakukan hanyalah sebab atau ikhtiar semata-mata.

Kedua: 
Membicarakannya secara zahir (iaitu lisan kita memuji Dzat yang telah memberikan nikmat dan menyebut-nyebut nikmat tersebut). Mengungkapkan rasa syukur dalam bentuk puji-pujian seperti alhamdulillah, syukrulillah atau ucapan lainnya yang sama.

Ketiga: 
Meminta bantuan dengan nikmat tersebut di dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah (ertinya menggunakan nikmat tersebut untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah). Membuktikan rasa syukurnya itu dengan amal perbuatan iaitu memanfaatkan harta kekayaan itu pada jalan yang diredhai oleh Allah Swt, baik untuk keperluannya sendiri maupun untuk keperluan keluarga, umat atau untuk fi sabilillah lainnya.

Kesimpulannya, syukur itu berkaitan dengan hati, lisan dan perbuatan.