Wednesday, March 21, 2012

Bila Diuji


Terbaca ini dari page Ustazah NorBahiyah tadi:

Bila diuji dengan kekayaan,
Jika hati sihat akan menjadi pemurah.Jika hati sakit akan menjadi sombong. 


Bila diuji dengan kemiskinan,
Jika hati sihat akan menjadi redha.Jika hati sakit akan menjadi keluh kesah. 

Bila diuji dengan kesihatan,
Jika hati sihat akan menjadi syukur.Jika hati sakit akan menjadi lupa. 
Bila diuji dengan kesakitan,
Jika hati sihat akan menjadi sabar.Jika hati sakit akan menjadi gelisah. 
Bila diuji dengan ketuaan,
Jika hati sihat akan menjadi tenang.Jika hati sakit akan menjadi merana. 

Bila diuji dengan kemudaan,
Jika hati sihat akan menjadi seorang yg sentiasa beringat2.
Jika hati sakit akan menjadi seorang yg lalai. 

Beriman kepada Qada' dan Qadar

“Assalammualaikum wbt,
Alhamdulillah dapat kita sekali lagi bertemu dalam segmen motivasi pagi di Ikim.fm.
Hari ni saya nak berkongsi mengenai satu topik menarik tentang takdir iaitu beriman kepada qada’ dan qadar.”

Huh? BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR? Laju-laju pusing volume. As usual, apa yang aku type kat sini tak la sejibon sama ngan apa yang diucapkan penyampai tadi. Tapi lebih kurang la. At least bole share main info. Al maklumlah kadang-kadang time dengar tu Ish tanya itu ini singgah beli kuih la hape la. So dah termiss sikit-sikit.

Penyampai tadi tu tak tau la ustaz ke tak. Tapi aku assume dia ustaz. Beriman kepada qada’ dan qadar ni kan Rukun Iman ke  6. Kalau fail nak beriman kepada salah satu, maka fail lah Rukun Iman kita kan. So jangan ambil ringan kepada Rukun Iman yang ke 6 ni. Sebab ini la yang paling senang kita ingkar tanpa disedari, ustaz tu kata. MasyaAllah.

Ustaz kata ada dua perkara utama yang boleh menjadikan kita beriman kepada qada’ dan qadar iaitu SYUKUR dan SABAR. Ustaz kata Rasulullah saw pernah bersabda yang setiap ketentuan Allah swt sebenarnya adalah keajaiban. KEAJAIBAN KEPADA ORANG BERIMAN. Contohnya, kalau Allah swt kurniakan kebaikan dan kita bersyukur, itu satu keajaiban. Sebab itu memberi kebaikan kepada kita.. Kalau Allah swt timpakan musibah dan kita bersabar itu juga satu keajaiaban. Sebab itu kebaikan kepada kita.. Semua qada’ dan qadar itu samada baik atau buruk adalah membawa kebaikan kepada hambaNya dengan syarat kita mempraktikkan dua perkara ini SYUKUR dan SABAR.


Manusia tanpa disedari kerap menyalahkan takdir kalau sesuatu yang tak diingini berlaku. Contohnya, bila accident  mesti kita cakap “eee, Kalau la aku tak ikut jalan ni tadi mesti tak eccident. Kalau la aku tak keluiar rumah tadi mesti tak accident. Kalau la itu kalau la ini” Ustaz kata jika kita pernah terdetik hati macam ni, cepatla beristighfar dan bertaubat. Sebab sama dengan kita menyalahkan Allah swt dengan takdir itu. 

Time krisis dengan husband selalu je terdetik dalam hati “kalau la aku tak kahwin dengan dia mesti tak rasa camni..kalau la aku kahwin dengan orang tu mesti lagi best.."
Astraghfirullahaladzim..Betapa tak bersyukurnya aku. Kan itu takdir. Allah swt dah tentukan itu jodoh aku, ini rezeki aku..Allah swt lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Rasullulah saw juga pernah bersabda perkataan KALAU itu membuka kepada hasutan SYAITAN. Allah swt nak uji kita. So kita kena banyak-banyak bersabar. At least kita ada peluang untuk ingat Allah. Daripada dikurniakan nikmat sepanjang hidup tanpa ujian mesti kita lama-lama hanyut dan tak menghayati aspek kehambaaan kita kepada Allah swt. 

Sepatutnya kita rasa takut kalau kita tak berapa bertaqwa sangat tapi Allah bagi itu ini kat kita. Kita patut sedar semua itu ujian. Yang penting, kita kena sentiasa praktikkan 
SYUKUR dan SABAR itu.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Kalau ditype kan lebih ingat.. (",)
 Macam cikgu suruh salin nota.

Tuesday, March 20, 2012

Cat vs Kucing


Hubby buat lawak tanpa disengajakan..
That's why many telco ads promote better call than sms!

Mommy nak beli cat. Nak cat weekend ni. Jom kita pegi beli cat”
“Nak beli cat?Hmm tapi nak beli kat mana?”
“Kat Ace hardware takde jual ke? Takde ke kedai cat yang tutup lambat sket?”
“Owh cat..ingatkan mommy nak beli kucing…hehe”

…………………………..eheheheeee ahahahaaaa ihihihiiiiiiiiii………………………………
Really cheer my afning    : )

Maybe sebab lately aku asyik sebut pasal kucing je.
Pantang nampak kucing gemok mesti paksa Ish kidnap.
Tapi tak berjaya. Hmph.


Aritu kat Taman Dagang ada nampak kucing  macam ni jalan-jalan berlenggang lenggok ewah macam takde tuan. Siap suh Ish pusing balik sebab one way.
Hati meronta nak tangkap tapi sangat banyak kete takut orang menuduh saya penculik kucing orang lain. Walhal niat di hati nak belanja dia makan je. (eh ye ke?)
Hoi fat tabby! kalau kita jumpa lagi, siap kau! Sila ikut balik rumah.



Kat bawah rumah pulak selalu nampak si muka penyek macam ni.
Tapi tak pernah berjaya nak mendekati beliau sebab dia sangat penakut. 
Nampak je orang mesti dia lari. Lari jauh nyorok pulak tuh.
Sape punya? Sape punya? Kenapa biar furkid cute nak mampos camni keluar rumah?
Kalau sekali takpe, ni dah banyak kali..
Cubaan nak mengkidnap juga dah banyak kali tapi as usual tak berjaya haha.
Hoi di gomok orange persian, jangan nak sombong sangat eh!

Sangat nak bela kucing gemok. Dari belum kawin sampai sekarang tak dapat lagi.
Takpela. Dah ada Allysha yang juga manja, notty, adorable macam cat jugak.


 (",) 

Monday, March 19, 2012

Bedroom Makeover


MIL belanja aircond. Actually we dont need it. 
Sebab kipas pusing level 3 pun kitorang dah mengerekot dalam selimut siap pakai socks.
Tapi Allysha ni kuat berpeluh. Pastu tidur sejuk-sejuk baru dia lena. Amboiii..
Anyway so thankful to Mama. I LOVE MY MIL!! (jerit kat laut)
Pastu siap nak tukar lampu lagi you. Mama, why so kind? (nangis terharu)

Tetibe ada mood nak makeover bilik kami syurga kami itu.
Sangat tak sabar rasa macam nak pergi beli cat sekarang jugak!
Tapi nak color apa ye?


Purple?


Green?


Salmon?


Beige?

Hati tiba-tiba berdebar tengok color-color soft red macam salmon, pearl peach dan lotus pink. macam color font ini)
Fall in love!
Ok nak pergi kedai jotun depan rumah sekarang jugak.
Bye.

Friday, March 16, 2012

Apa Tips Tidurkan Baby?


Allsyha adalah seorang baby yang sangat susah nak tidur sebab dia tak suka tidur. Kalau senang tidur pun dalam kete je. Normally start pukul 10 malam memang dia susah nak tidur. Dia sebok nak main itu ini nak explore sume benda la tu kan. Tapi kalau main elok-elok tak pe. Ni suka sangat panjat kepala katil. Bahaya sangat tauuu. Tapi dah tak tau camne nak control dia. Bagi la toys ape pun, tetapppp nak main panjat-panjat. Tak padan dia tu girl..

Contoh last night (dah pukul 10 lebih ni) Allysha busy main panjat-panjat katil (as usual). Mommy dia yang sekarang dah bertukar jadi macam baby pulak tersangat lah mengantuk mata nak lelap yang tak dapat dibendung lagi. For safety, block tepi-tepi katil dengan bantal yang berdouble triple layer. Tapi entah camne la Allysha ingat Mommy nak kejar dia, dia pun reverse dan jatuh sommersault ke bawah. Macam orang lompat terjun swimming pool pun ade. Berderau darah masa tengok bawah. Tapi Allysha rilex je. Nasib baikkkkkk la dia jatuh atas tilam dan sejadah (memang kat keliling katil dah standby tilam, toto, alas segala yang ada sebab dah tak terkira berapa banyak kali dia jatuh).

Pastu sambung panjat-panjat lagi. Bila tarik dia ajak tidur, Mommy yang kena marah. Hey, tak padan awak tu baru 9 month! Geram betul la..Pastu tetibe dia diam kat hujung katil tu. Dah kaki pulak terselit tepi katil. Dah la 10minit nak kuakan kaki dia pulak sebab tilam sangat berat pastu nak mantainkan dia jangan bergerak sume tu, hadoiiiiiii..

Dah pukul 12 tengah malam! Allysha sambung main panjat-panjat lagi. Kali ni main hempas-hempas badan pulak. Dah berdiri hujung katil, pastu lepas tangan, pastu hempas badan terlentang. Pastu hempap-hempap Mommy. Pastu main korek-korek muka Mommy nak suh layan dia le tu!What the??!! Sampai terlepuk dia jugak la semalam. Geram nye pasal. Mommy dah la sangat mengantuk, Papa tak balik lagi, Allysha makin menjadi-jadi pulak. Terus sms Papa dia suruh balik cepat. Allysha tetap main panjat-panjat..


Dah tukar diapers, bagi susu, tepuk-tepuk, baca surah, nyanyi (walaupun suara Mommy dia boleh mengundang hujan gerimis di tengah malam), pujuk dia, Allysha memang tahan mata dia sebab taknak tidur. Walhal berkali-kali dah dia menguap tu. Mommy makin tak keruan. Rasa nak nangis pun ada. Tiap-tiap malam camni memang la Mommy tak cukup tidur dan akan mengantuk je kat office sayang oiiii..

Tiba-tiba terbayang macam mana kalau Allysha ada adik nanti? Camne? Camneeee? Ah! macam mimpi ngeri kalau fikir double the trouble niii.. Tawakkal je la..Susah-susah dulu, senang-senang kemudian.. Pastu terfikir jugak, memang susah nye kalau takde Papa dengan Mommy..Biasanya kalau dah fade up layan Allysha, Mommy tidur je dulu dan biar Papa main dengan dia sampai tertidur. Biasa sesikit, “papa tengokkan Allysha, papa popok Allysha, papa susukan Allysha, papa itu papa ini”. Banyak sangat harapkan papa dia je..Tetibe nak cakap “Thanks papa..You dont know how hard and terrible my day without you” = p  Sebab tu rasa sangat ngeri bila tetibe Ish kata weekend ni macam kena outstation kat Ipoh. Omg. Hopefully tak jadi..

Dah dekat kul 1 pagi,eh, eh..Allysha dah tertidur kat celah ketiak Mommy laa..Usap-suap kepala dia yang dah tertidur nyenyak tu. Subhanallah..Comelnya baby..Shayangnya die..Kesiannye die sebab kadang-kadang Mommy marah dia..Dia baby, mana la tau pape. Patutnya bersyukur sangat ada anak yang sihat wal afiat. What a greatest gift from Allah swt..Oo, patut la papa cakap kalau dia tengah aktif tu memang tak boleh nak buat ape. Sabar jela layan sampai dia penat, then dia akan teridur sendiri dengan sangat nyenyak. Memang ye pun. Sekali je ehek nak susu..

Sekarang tengah waktu-waktu critical. Maca-macam tips tidurkan anak dah try tapi fail! Nanti kalau Allysha dah ok, boleh la share tips tidurkan anak ni. Tapi rasanya, tips utama adalah SABAR. So, SABAR jela. Nanti kalau dah besar, rindu pulak masa dia baby-baby. So just enjoy the precious moment. Nanti lama-lama kalau dah fine tune ok la tu..Insyaallah..